Ahmad Maslan Kata Hayat Pn Telah Berakhir Berundur Je La Muhyiddin




August 14, 2021 Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan jawatan selepas parti-parti luar daripada gabungan itu menolak kerjasama rentas parti yang ditawarkan, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Beliau berkata, jangka hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berakhir dengan penolakan tersebut, justeru Muhyiddin perlu berundur tanpa menunggu keabsahannya ditentukan oleh Parlimen pada bulan depan.
Katanya, usaha kerjasama rentas parti yang diumumkan semalam merupakan satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini untuk mengekalkan kuasa yang ada.
“Apabila tawaran itu ditolak, Muhyiddin tidak mempunyai dahan lagi untuk berpaut dan perlu meletakkan jawatan secara terhormat bagi mengembalikan mandat rakyat kepada perdana menteri yang mempunyai sokongan yang cukup.
“Muhyiddin juga tidak berhak menyatakan pandangannya bahawa tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri kerana soal pelantikan tersebut merupakan keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Ahmad berkata, peletakan jawatan itu membolehkan Agong, melaksanakan tanggungjawab mengikut Perkara 40 (2) untuk melantik seorang perdana menteri baharu dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.
Dalam sidang media semalam, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti atau sokongan bi-partisan kepada pembangkang termasuk peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen serta melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi.
Bagaimanapun, Maslan berkata, Muhyiddin tidak perlu menggariskan pelbagai perkara bagi memastikan cadangan kerjasama rentas parti diterima kerana ia sesuatu yang tidak praktik untuk dilaksanakan.
“Kami (Umno) menunggu sehari dua ini, apakah langkah yang akan dilakukan oleh Muhyiddin bagi melanjutkan usia jawatan perdana menteri yang kini telah berada di hujung tanduk,” ujarnya.
Jelasnya, walaupun tindakan Muhyiddin semalam boleh disifatkan sebagai tawaran berunsur rasuah di khalayak awam, namun katanya, tidak mungkin Ahli Parlimen Pagoh itu hendak melanggar undang-undang secara terang-terangan.
Disoal mengenai pendirian Umno, Ahmad menegaskan parti tersebut kekal dengan keputusan mahu mandat rakyat dikembalikan dalam menentukan kerajaan baharu yang akan dibentuk
“Selagi tiada mandat baharu dari rakyat, keadaan seperti ini akan berterusan dan ini akan menyebabkan kedudukan perdana menteri sentiasa dicabar dan dipersoalkan oleh banyak pihak,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/ahmad-maslan-kata-hayat-pn-telah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno S Ahmad Maslan Confirms He Is Among Signatories Of Declaration To Withdraw Support For Perikatan Muhyiddin

Umno S Ahmad Maslan Confirms He Is Among Signatories Of Declaration To Withdraw Support For Perikatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 244 hits
In a tweet the Umno secretary general said he faced two choices before signing the declaration but ultimately the decision was not a difficult one for him to make Picture by Shafwan ZaidonJOHOR BARU Aug 3 Umno s Pontian MP Datuk Seri Ahmad ...
Ahmad Maslan Gives Math Lesson On Muhyiddin S Majority

Ahmad Maslan Gives Math Lesson On Muhyiddin S Majority

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 260 hits
Umno secretary general Ahmad Maslan has offered a simple math lesson to illustrate that Prime Minister Muhyiddin Yassin has lost majority control of the Dewan Rakyat The Pontian MP said after 11 Umno MPs had withdrawn their support Muhyiddi...
Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 308 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata dakwaan Muhyiddin menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali PETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu ...
Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

Panas Pemimpin Umno Kata Hadi Dan Peja Tiada Kualiti Untuk Ganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 224 hits
August 3 2021 DI MANA KAN KU CARI GANTI Pendirian UMNO sehingga Khamis lalu adalah untuk menarik sokongan terhadap TS Mahaidin sebagai PM tapi tetap ingin bersama dengan PN dalam kerajaan gabungan Pendirian ini dinyatakan secara jelas oleh ...
Ini One Man Show Tapi Saya Lakukan Sebaiknya Kata Muhyiddin

Ini One Man Show Tapi Saya Lakukan Sebaiknya Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 283 hits
Muhyiddin Yassin ketika pertemuan dengan editor kanan media berkata beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin PUTRAJAYA Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau akan menjalankan tugas se...
Panas Netizen Kata Muhyiddin Lebih Teruk Dari Kleptokrat

Panas Netizen Kata Muhyiddin Lebih Teruk Dari Kleptokrat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 386 hits
August 14 2021 1 Antara alasan Maahiddin mengajak Pembangkang bersama Adalah mahu menolak Kleptokrat Masa dia dilantik PM boleh pulak Deal dengan Kleptokrat Bagi aku Mahiaddin hari ini jauh lebih teruk dari Kleptokrat yang telah membuat ker...
5 Ahli Parlimen Pkr Cuba Dibeli Untuk Keabsahan Muhyiddin Kata Saifuddin

5 Ahli Parlimen Pkr Cuba Dibeli Untuk Keabsahan Muhyiddin Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 243 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Usaha rancak sedang dijalankan untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang termasuk lima daripada PKR bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail Beliau berkata Ahli ...
Tidak Sukar Untuk Buat Keputusan Ahmad Maslan

Tidak Sukar Untuk Buat Keputusan Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 131 hits
Tidak sukar untuk buat keputusan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan beliau tidak sukar membuat keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Kata Ahli Parlimen Pontian itu senada dengan keputusan...
Zahid Ahmad Maslan Ku Li Najib Azalina Antara Ahli Parlimen Hantar Surat Akuan Kepada Agong

Zahid Ahmad Maslan Ku Li Najib Azalina Antara Ahli Parlimen Hantar Surat Akuan Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 265 hits
Keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semakin tergugat akibat tindakan Umno PETALING JAYA Sekurang kurangnya 11 Ahli Parlimen difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk diserah ...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025