Ahmad Maslan Gagal Kali Kedua Untuk Batal Pertuduhan Gagal Isytiharkan Dana Rm2 Juta


 
KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Ahmad Maslan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan beliau dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah.
Dua pertuduhan tersebut adalah gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mendapati tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen dalam menolak permohonan Ahli Parlimen Pontian itu untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.
“Oleh itu mahkamah menetapkan untuk tidak menggunakan kuasa bagi semakan terhadap keputusan mahkamah rendah (mahkamah sesyen),” katanya.
Terdahulu, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad, 54, selaku pemohon berkata alasan Mahkamah Sesyen bahawa permohonan anak guamnya adalah pramatang, adalah tidak tepat.
“Ini kerana permohonan boleh dimasukkan pada sebarang peringkat memandangkan kes telah dikemukakan. Sesiapa sahaja boleh membuat permohonan tersebut jika ia tidak berasas.
“Tujuan permohonan (semakan) kami adalah bagi mendapatkan kebenaran Yang Arif  untuk memastikan sekiranya Mahkamah Sesyen telah melakukan kekhilafan. Dalam kes ini, tiada sebarang notis atau arahan dikeluarkan terhadap anak guam saya yang menyatakan kelewatan beliau dalam membuat pembayaran dan sebagainya,” kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar berkata pihak pendakwaan telah memfailkan bantahan terhadap permohonan semakan tersebut.
“Kami melihat  permohonan untuk membuat semakan ini adalah tidak berasas kerana ia adalah penyalahgunaan proses kuasa,” katanya.
Pada 24 Julai lepas, Mahkamah Sesyen menolak permohonan Ahmad untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi setiausaha agung UMNO itu selepas berpuas hati permohonan tersebut adalah pramatang.
Mahkamah itu juga  menetapkan tarikh perbicaraan kes pada 1 dan 2 Okt, 16 Okt, 23 Okt, 6 Nov dan 24 Dis depan selain menetapkan 4 Sept ini untuk sebutan kes.
Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Beliau dituduh telah menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 30 April, 2014.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa telah memberi penyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/ahmad-maslan-gagal-kali-kedua-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Pertama Negatif Kali Kedua Positif

Kali Pertama Negatif Kali Kedua Positif

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 257 hits
Rina HamzahKhairuddin perlu kuarantin wajib selama 14 hari seperti mana rakyat biasa Makcik gelang pink saringan pertama pun negatif tetapi selepas 13 hari menjalani kuarantin beliau didapati positif Covid 19 Begitu juga dengan kluster Siva...
Rekod Kelajuan Internet Terpantas Dunia Kini 178 Tbps 2 Juta Kali Ganda Lebih Pantas Berbanding Malaysia

Rekod Kelajuan Internet Terpantas Dunia Kini 178 Tbps 2 Juta Kali Ganda Lebih Pantas Berbanding Malaysia

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 375 hits
Hari ini kami melaporkan kelajuan purata Internet di Malaysia ialah 81 46 Mbps Tetapi hari ini penyelidik dari United Kingdom dan Jepun berjaya mencatatkan kelajuan Internet terpantas dunia yang mencecah 178 Tbps Ini bersamaan dengan 2 185 ...
Ahmad Maslan Puji Takiri

Ahmad Maslan Puji Takiri

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 413 hits
Nilai eksport sawit Malaysia tahun ini diunjur berjumlah antara RM65 bilion hingga RM70 bilion berbanding RM63 73 bilion tahun lalu Bagi nilai eksport minyak sawit untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini adalah RM21 16 bilion berbanding R...
Hanya Ada 4 Huruf Mia Ahmad Kongsi Sebab Iris Jadi Nama Pilihan Untuk Anak Kedua

Hanya Ada 4 Huruf Mia Ahmad Kongsi Sebab Iris Jadi Nama Pilihan Untuk Anak Kedua

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 309 hits
Mia Ahmad yang baru baru ini telah menimang cahaya mata kedua telah mendedahkan nama anak keduanya itu yang diberi nama Iris Binti Izham Tarmizi Hanya mempunyai empat huruf Mia tampil menjelaskan sebab dia memilih nama yang serba ringkas it...
Gunung Berapi Sinabung Meletus Kali Kedua Pagi Tadi

Gunung Berapi Sinabung Meletus Kali Kedua Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 260 hits
TERKINI Gunung Berapi Sinabung Indonesia yang terletak di Sumatra Utara dilaporkan meletus sekali lagi pagi tadi pada jam 6 07 pagi Letusan kali ini berketinggian 1 000 meter dari atas puncak yang setinggi 3 460 meter dari permukaan laut Gu...
Tabung Solidariti Guan Eng Kumpul Rm2 9 Juta Kata Pegawai Kit Siang

Tabung Solidariti Guan Eng Kumpul Rm2 9 Juta Kata Pegawai Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 1660 hits
KUALA LUMPUR 11 Ogos Sumbangan bagi membantu ikat jamin Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berhubung kes rasuah kini berjumlah RM2 9 juta Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan hari ini Syahredzan berkata pe...
Pak Kades Kaget Bendahara Diduga Korupsi Rp700 Juta Dana Desa

Pak Kades Kaget Bendahara Diduga Korupsi Rp700 Juta Dana Desa

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 233 hits
Kepala Desa Suka Mulya Kecamatan Wonosari Kabupaten Boalemo Suleman Pakaya mendadak melaporkan bendaharanya sendiri ZK ke Polda Gorontalo Bendahara desa itu diduga korupsi dana desa Saat diwawancarai Liputan6 com Suleman mengungkapkan lapor...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint