Ahli Umno Masuk Ppbm Mula Rasa Pengorbanan Maruah Sia Sia Shahrir Samad



(Malaysia Gazette) – Ahli UMNO yang melompat parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah mula merasakan ‘pengorbanan’ mereka akan menjadi sia-sia jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM).
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sungguhpun kepimpinan dan akar umbi UMNO menolak politik berasas kepada hanya pilihan antara ‘Anwar atau Mahathir’ dan lebih condong kepada penentuan masa depan politik negara melalui pilihanraya, Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) turut terdesak oleh bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM.
“Mereka sudah mula merasakan bahawa ‘pengorbanan’ maruah diri mereka mungkin menjadi sia-sia kalau Anwar tidak dapat dihalang menjadi PM.
“Inilah dorongan untuk mereka melompat. Untuk menghalang Anwar dari menjadi PM seperti janji Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kepada mereka yang sanggup menggadai maruah diri mereka.
“Maka tidaklah luarbiasa apabila (Datuk Seri) Hamzah Zainudin dan rakan-rakannya selompatan telah ke hadapan menganjurkan satu kongres untuk membincangkan ‘maruah’ bangsa Melayu pula,” dakwa Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu dalam kenyataan.
Menurut Shahrir, manalah tahu, kongres ‘maruah’ Melayu ini akan menjadi sama sebagai penentu masa depan bangsa seperti Kongres Melayu 1946 yang menyatukan orang-orang Melayu untuk menentang gagasan Malayan Union.
“Manalah tahu. Tapi dulu Malayan Union. Hari ini, Anwar Ibrahim. Dulu maruah bangsa, hari ini maruah ahli politik yang tersalah langkah.
“Bagi Tun Mahathir, ianya bukan soal maruah dirinya atau maruah bangsa, mahupun maruah negara. Ianya bagaimana beliau bolih turun dengan selamat dari harimau yang ditunggangnya. Harimau itu ialah Anwar Ibrahim,” dakwanya.
Kata Shahrir, gesaan Perdana Menteri untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik Melayu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Tambah beliau, ia telah disampaikan oleh Dr. Mahathir kepada kepimpinan UMNO buat pertama kalinya setelah lompatan Ahli Parlimen UMNO ke PPBM terhenti.
Selain itu, ujarnya, cadangan mewujudkan gabungan parti-parti politik Melayu dilakukan kerana pelawaan kepada mereka yang masih dalam UMNO untuk menjadi ahli parlimen bebas tapi menyokong PPBM juga telah gagal.
“Dorongan kepada gabungan parti-parti politik Melayu, iaitu usaha yang ketiga ini, ialah semata-mata untuk menyekat DS Anwar Ibrahim dari menjadi PM.
“Inilah sebabnya bancian telah dibuat terhadap pendirian di kalangan ahli-ahli parlimen UMNO, soalannya simple sahaja: Anwar atau Mahathir?,” katanya.
Shahrir mendakwa, kumpulan yang diketuai oleh Hamzah merupakan golongan yang jelas tidak mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan rela meninggalkan UMNO untuk bersama Dr. Mahathir.
Sememangnya tambah beliau, ia merupakan langkah politik yang ada asas dan logik namun dalam politik, sifat kesementaraan asas itu terbukti setelah UMNO dan Pas memantapkan kerjasama pada pilihanraya kecil Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
Kini, kerjasama antara UMNO dan Pas yang bermula dengan konsep Penyatuan Ummah menjelma sebagai Muafakat Nasional, iaitu satu gagasan bagi masa depan rakyat dan negara menjelang PRU15 dan sebagai suatu pemerintahan politik negara.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/05/ahli-umno-masuk-ppbm-mula-rasa-pengorbanan-maruah-sia-sia-shahrir-samad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kenalah Jadi Jantan Untuk Selamatkan Maruah Melayu

Umno Kenalah Jadi Jantan Untuk Selamatkan Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 325 hits
Dulu katanya melayu akan jadi bangsat jika umno tewas maka bangkitlah kembali untuk menebusnya Bukankah bangkitkan semula maruah Melayu itu adalah sumpah Dan agenda parti keramat tugas dan perjuangan umno Kenapa perlu terhegeh hegeh tagih d...
Bubar Umno Dan Pas Masuk Bersatu

Bubar Umno Dan Pas Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 625 hits
Jika benar sayangkan bangsa dan ugama Tun tolak penyatuan dengan UMNO dan PAS untuk MEMBENTUK kerajaan baru kerana ia tidak mencerminkan kerajaan majmukSebagai rakyat sedarlah Hina atau tidak bukan kerana Melayu berkuasa atau tidak Sendiri ...
9 Rasa Bersalah Yang Kerap Dirasakan Ibu Bekerja Padahal Semua Pengorbanan Demi Anak Juga

9 Rasa Bersalah Yang Kerap Dirasakan Ibu Bekerja Padahal Semua Pengorbanan Demi Anak Juga

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 769 hits
Capek jiwa dan raga Please jangan hakimi kami dengan bilang Cari apalagi sih mbok di rumah aja Harta bisa dicari rezeki pasti ada Mending juga sama anak karena kalian nggak tahu keadaannya
Umno Dulu Sekat Masuk Universiti Ph Buka Seluasnya Tapi Lebai Tetap Kata Umno Lebih Baik

Umno Dulu Sekat Masuk Universiti Ph Buka Seluasnya Tapi Lebai Tetap Kata Umno Lebih Baik

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 374 hits
Cuba jwb dgn jujur zaman umno jadi kerajaan dulu dpt tak parti lebai masuk universiti utk jual agama Kirim salam ok Usahkan universiti sekolah tadika pun lebai diharamkan masuk Nak mengajar di masjid2 pun tak dapat Alhamdulillah di bwh kjaa...
Umno Dijangka Hantar Wakil Ke Kongres Maruah Melayu

Umno Dijangka Hantar Wakil Ke Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 367 hits
Diterbitkan Hari ini 10 25 malamSelepas PAS Umno juga kemungkinan akan menghantar pemimpin kanan menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung di Shah Alam Ahad ini Malaysiakini difahamkan Umno yang bermesyuarat hari ini mem...
Ahli Pas Kini Gelisah Dengan K Jaan Campuran Bersama Umno

Ahli Pas Kini Gelisah Dengan K Jaan Campuran Bersama Umno

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 679 hits
Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ahli ahli PAS kini mulai resah dan gelisah dengan timbulnya cadangan untuk membentuk kerajaan campuran dengan Umno Kamarul berkata keadaan itu berlaku tidak sampai seminggu selepas kedua d...
Umno Pas Cuba Gagalkan Usaha Pembangunan Kampung Baru Khalid Samad

Umno Pas Cuba Gagalkan Usaha Pembangunan Kampung Baru Khalid Samad

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 420 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad bercakap semasa sesi sidang media pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya foto AFFAN FAUZI PUTRAJAYA Pas dan UMNO did...
Dampak Mengerikan Jika Unjuk Rasa Terus Berlanjut Ke Sektor Ekonomi

Dampak Mengerikan Jika Unjuk Rasa Terus Berlanjut Ke Sektor Ekonomi

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 291 hits
Jika rangkaian aksi unjuk rasa terus terjadi maka akan berpotensi mengganggu minat investor untuk masuk ke Indonesia
Baru Dapat Rasa Aiskrim Matcha Family Mart

Baru Dapat Rasa Aiskrim Matcha Family Mart

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 769 hits
Dulu dulu Family Mart ni popular sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Sejak Oden popular semua dok pakat serbu Family Mart Yang jauh nak merasa tu memang tak dapat lah kan Tapi sekarang Family Mart dah buka di merata Negeri Dekat Negeri Sembil...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misi Bantuan Kebakaran Sekolah San Tambunan Sabah

Flavorful Ground Beef Recipe Easy Quick

Sinopsis Filem Banduan

Kebaikan Belimbing Buluh Rahsia Superfood Tempatan Yang Menakjubkan

Pound Sterling Terpaksa Merosot Seiring Pasaran

Zinidan Zidan Feat Yaya Nadila Saat Kau Jauh Chord