Ahli Sindiket Ah Long Ditahan Polis


Oleh KHAIRUL MOHD ALI

PASIR GUDANG: Seorang lelaki dipercayai ahli sindiket ah long yang aktif melakukan jenayah ugutan dengan menyimbah cat merah dan membaling bahan letupan molotov koktel ke rumah mangsa diberkas polis di Taman Ria Plentong, Masai, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan, suspek dipercayai menerima bayaran sebanyak RM300 bagi setiap jenayah ugutan yang dilakukannya.
“Bertindak atas maklumat awam, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia yang aktif melakukan jenayah ugutan terhadap mangsa sindiket ah long dengan menyimbah cat dan membaling bahan letupan molotov koktel.
“Suspek ditahan dihadapan sebuah kedai di Taman Ria Plentong, Masai dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Shahrulanuar, polis turut merampas pakaian dan topi keledar yang terdapat kesan percikan cat merah, marker pen yang dipercayai digunakan untuk menulis nota ugutan serta pemetik api yang dipercayai digunakan untuk menghidupkan sumbu molotov koktel.
“Siasatan lanjut ke atas suspek turut mendapati suspek mempunyai dua rekod dikehendaki atas kesalahan dadah di Johor Bahru dan satu kes penipuan di Inanam, Sabah.
“Suspek juga memiliki empat rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing dibuat mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.
Ujar Shahrulanuar, suspek dipercayai telah melakukan satu kes membaling bahan letupan molotov koktel di hadapan sebuah rumah di Taman Molek, Johor Bahru pada 14 Januari lalu dan satu kes membaling cat merah di hadapan sebuah rumah di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram pada hari sama.
“Suspek kini direman bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut kerana polis percaya suspek turut terlibat dalam jenayah sama di beberapa daerah lain dalam negeri ini,” katanya.
Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian dan sindiket ini agar dapat tampil membantu siasatan dengan mengunjungi mana-mana balai berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/ahli-sindiket-ah-long-ditahan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Guru Wanita Kerugian Rm27 550 Di Percayai Di Tipu Dek Sindiket Macau Scam

Polis Guru Wanita Kerugian Rm27 550 Di Percayai Di Tipu Dek Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 269 hits
KUANTAN Seorang guru wanita kerugian RM27 550 dipercayai ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis Dalam kejadian Rabu lalu mangsa berusia 57 tahun dari Raub di sini dihubungi seorang individu mendakwa pegawai polis dar...
Periksa Cctv Semua Balai Polis Kata Ahli Parlimen Dap

Periksa Cctv Semua Balai Polis Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 260 hits
Kasthuri Patto menekankan penting bagi sistem pengawasan di semua balai polis diperiksa PETALING JAYA Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto meminta audit dilakukan terhadap fungsi kamera litar tertutup di balai polis seluruh negara berikutan lap...
Demi Upah Rm2 000 Lelaki Sewa Lori 1 5 Tan Guna Duit I Sinar Untuk Hantar Stok Daun Ketum Ditahan Polis

Demi Upah Rm2 000 Lelaki Sewa Lori 1 5 Tan Guna Duit I Sinar Untuk Hantar Stok Daun Ketum Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 382 hits
The ReporterSeorang lelaki yang memandu lori dengan membawa muatan 1 5 tan daun ketum ditahan di Jalan Kampung Tong Prok Mukim Padang Kerbau di sini semalam Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata suspek ditahan kira kira ...
Polis Sahkan 8 Anggota Fru Ditahan Perhilitan

Polis Sahkan 8 Anggota Fru Ditahan Perhilitan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 261 hits
SEREMBAN Polis mengesahkan lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan cawangan Seremban termasuk seorang berpangkat inspektor ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia pada Ahad Ketua Polis Negeri Sembi...
Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 410 hits
Betullah orang kata demi anak ibu sanggup berkorban apa sahaja Susah senang hidup kita ni tak sama Begitu juga masalah orang lain kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil bara...
Polis Kl Tumpas Sindiket Penyeludupan Pengedaran Dadah

Polis Kl Tumpas Sindiket Penyeludupan Pengedaran Dadah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo menunjukkan hasil rampasan dadah yang bernilai RM11 9 juta pada sidang media di IPD Dang Wangi Foto Fathil Asri KUALA LUMPUR Polis Kuala Lumpur menumpaskan sindiket penyeludupan dan...
Pesawah Ugut Bunuh Ahli Keluarga Ditahan

Pesawah Ugut Bunuh Ahli Keluarga Ditahan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 221 hits
Oleh Polis rampas sebatang besi yang digunakan suspek dalam kejadian ugutan di Kampung Lembah Raja Pinang Tunggal Kepala Batas Foto Ihsan PDRM KEPALA BATAS Polis menahan seorang pesawah selepas bertindak mengugut mahu membunuh dua adik pere...
Panggil Polis Babi Seorang Lelaki Ditahan

Panggil Polis Babi Seorang Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 351 hits
Oleh NUR NAZLINA NADZARI WARI KIEW KANGAR Tindakan biadab seorang lelaki yang mengeluarkan kata kata kesat kepada anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan negeri membawa padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer 1 Jala...
Lahaddatu Empat Beradik Ditahan Polis Larikan Mayat Bapa Dari Khemah Zon Pui

Lahaddatu Empat Beradik Ditahan Polis Larikan Mayat Bapa Dari Khemah Zon Pui

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 315 hits
Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di sini yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan di Hospital Lahad Datu kelmarin Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa