Ahli Sains Politik Minta Mp Kaji Semula Undang Undang Hina Mahkamah


MALAYSIAKINI


Selepas Malaysiakini didapati bersalah menghina mahkamah dan didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan semalam, ahli sains politik, Wong Chin Huat berkata anggota parlimen perlu mengkaji semula peruntukan undang-undang bagi mengelakkan situasi serupa di masa depan.
"Kita tidak boleh beritahu hakim bagaimana mereka harus buat keputusan, namun jika undang-undang cacat sehingga membenarkan penghakiman yang buruk, kita perlu perbaiki undang-undang.
"Ahli parlimen diminta berfungsi sebagai penggubal undang-undang dan kaji bagaimana undang-undang berhubung penghinaan mahkamah harus dipinda untuk mencegah kes yang lain seperti ini," kata Wong dalam catatan di Facebook.
Dia meminta anggota parlimen menjadikan keputusan terhadap Malaysiakini semalam sebagai krisis terhadap kebebasan dan hak perlembagaan.
"Walaupun parlimen digantung, tiada sesiapa boleh menggantung pendapat ahli parlimen.
"Jawatankuasa pilihan khas mengenai kebebasan dan hak perlembagaan  harus diadakan walaupun secara tidak secara rasmi. Anggota Parlimen lain juga harus menyertainya," kata Wong.
Semalam panel hakim Mahkamah Persekutuan mendapati Malaysiakini bersalah kerana menghina mahkamah menerusi komen yang dibuat pembacanya.
Bagaimanapun hakim mendapati Ketua Pengarang Malaysiakini yang juga responden kedua, Steven Gan tidak bersalah kerana menghina mahkamah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf yang mempengerusikan panel tujuh hakim menyampaikan keputusan majoriti 6-1, dengan hakim yang tidak bersetuju adalah hakim Mahkamah Persekutua, P Nalini.
Denda RM500,000 yang dikenakan kepada Malaysiakini adalah lebih tinggi berbanding denda yang dimohon Peguam kanan persekutuan Suzana Atan iaitu sebanyak RM200,000.
Wong juga menyatakan rasa kecewa kerana tiada kabinet bayangan dibentuk oleh 108 ahli parlimen pembangkang untuk membincangkan kes tersebut.
"Mohon didebat dan usulkan pindaan yang perlu. Jangan beritahu kami bahawa anda tidak dapat melakukan apa-apa kerana anda tidak berada dalam kerajaan.
"Sekiranya anda tidak kisah mengenainya, tidak ada yang akan berubah walaupun anda berada dalam kerajaan," kata Wong.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/ahli-sains-politik-minta-mp-kaji-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Ingatkan Ahli Politik Jangan Undang Orang Asing Campur Tangan Hala Tuju Malaysia

Ppbm Ingatkan Ahli Politik Jangan Undang Orang Asing Campur Tangan Hala Tuju Malaysia

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin PPBM mengingatkan ahli politik tempatan jangan mengundang orang asing untuk campur tangan hala tuju Malaysia Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rafiq Mohd Abdullah mengulas kenyataan 90 Ahli Parlimen dari tuj...
5409 Ahli Politik Wajar Contohi Dap Mca Ppim Malaysia Gazette 16 02 2021

5409 Ahli Politik Wajar Contohi Dap Mca Ppim Malaysia Gazette 16 02 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Ahli politik Melayu wajar mencontohi DAP dan MCA kerana kedua dua parti itu tidak mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan kaum mereka Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata semua ahli pol...
Kerajaan Ikut Kehendak Politik Bukan Sains

Kerajaan Ikut Kehendak Politik Bukan Sains

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 264 hits
SHORT BERANI SEMUKA 23 FEBRUARI 2021 Berikut merupakan petikan Berani Semuka Sinar Harian bertajuk PKP rakyat terabai YB sila jawab bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3aJih02 Muzik...
Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 266 hits
Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan menjadi antara penerima vaksin Covid 19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam Beliau berkata perkara itu dipersetujui...
Kdn Kaji Semula Sosma Akta Hasutan Antipemerdagangan Orang

Kdn Kaji Semula Sosma Akta Hasutan Antipemerdagangan Orang

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 222 hits
Hamzah Zainudin berkata kementeriannya juga akan mengkaji semula Dasar Pengalihan Penyalahgunaan Dadah dan penggubalan Rang Undang undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 serta RUU Pesara dan Bekas Polis PUTRAJAYA Kementerian Dalam...
Mahkamah Persekutuan Putuskan Malaysiakini Hina Mahkamah Denda Rm500 Ribu

Mahkamah Persekutuan Putuskan Malaysiakini Hina Mahkamah Denda Rm500 Ribu

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 311 hits
Portal berita Malaysiakini didenda RM500 000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman itu semasa prosiding hari ini Terdahulu dalam keputusan majoriti 6 1 hakim mendapati Malaysia...
Malaysiakini Didenda Rm500 000 Kerana Hina Mahkamah

Malaysiakini Didenda Rm500 000 Kerana Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 342 hits
Portal berita Malaysiakini didenda RM500 000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman itu semasa prosiding hari ini Sebelum ini Jabatan Peguam Negara memohon denda sebanyak RM200 00...
Hina Mahkamah Mkini Dotcom Bayar Denda Rm500 000

Hina Mahkamah Mkini Dotcom Bayar Denda Rm500 000

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 331 hits
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Premesh Chandran menjelaskan denda itu hari ini PUTRAJAYA Mkini Dotcom Sdn Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini membayar denda RM500 000 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan selepas men...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord