Ahli Politik Henti Sentimen Perkauman Etnik


SHAH ALAM – Pemimpin politik perlu berhenti daripada memainkan sentimen perkauman dan etnik demi mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kedudukan mereka.
Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, ini kerana tindakan itu boleh meruntuhkan usaha untuk membina perpaduan negara ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang.
Menurutnya, sebagai ahli politik, mereka seharusnya membawa suara rakyat meliputi semua bangsa dan agama, bukannya kaum dan etnik tertentu sahaja.
“Nasihat saya kepada pemimpin politik dan pemimpin negara supaya janganlah kita memainkan atau menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan.
“Walaupun saya dari MIC (parti India) tapi saya mewakili semua etnik tanpa perbezaan. Itulah yang saya amalkan dan harus dibuat oleh semua pemimpin secara ikhlas.
“Jadi, saya harap ahli politik harus membuang sikap pentingkan diri dengan menggunakan elemen-elemen tidak sihat seperti perkauman bagi memastikan mereka dapat mengekalkan posisi (sebagai ahli politik) demi memastikan pembangunan negara akan terlaksana,” katanya pada Wacana siri ke-193 yang membincangkan topik Hari Malaysia, Hanya Sekadar Sambutan di Kumpulan Karangkraf di sini.
Wacana itu turut menampilkan tiga panelis lain iaitu Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (Kita), Datuk Dr Teo Kok Seong, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dan penyanyi rap dan usahawan, Caprice, manakala Amin Idris sebagai moderator.
Mengulas lanjut, Sivarraajh berkata, dalam membentuk generasi yang cintakan negara, ibu bapa juga perlu memainkan peranan.
Katanya, agenda pembangunan negara seharusnya menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan usaha itu mencapai matlamat yang dikehendaki.
“Setiap ibu bapa harus memainkan peranan penting di rumah untuk pastikan agenda pembentukan negara itu terjadi,” katanya.
Golongan selebriti turut mempunyai tanggungjawab untuk mengajak masyarakat khususnya golongan muda memahami sejarah negara bagi menambahkan lagi semangat cintakan tanah air.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkata, perkara itu dapat dilakukan dengan berinteraksi bersama peminat melalui medium media sosial.
“Sebagai selebriti kita kena tahu (sejarah Malaysia) dan kita berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat ini kepada anak-anak muda di luar sana.
“Selepas saya ceburi bidang seni barulah saya tahu banyak sebenarnya cara untuk semarakkan semangat patriotik. Kita boleh lakukan dengan menyanyi lagu dan sebagainya,” katanya.
Ditanya sama ada faktor hiburan yang melalaikan sehingga membuatkan golongan muda lupa dengan sejarah dan tarikh penting negara, Nabila berkata, kenyataan itu dilihat tidak tepat.
Katanya, perkara itu sebenarnya bergantung kepada individu dan bukannya dipengaruhi dengan latar belakang seseorang itu yang terlibat dalam seni hiburan semata-mata.
“Pada pendapat saya sendiri, sebagai seorang selebriti, kita tidak boleh hendak salahkan hiburan semata-mata.
“Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Macam kita sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri kena ada sifat untuk ambil tahu (sejarah dan tarikh penting negara).
“Tapi kalau untuk menyalahkan hiburan sebab kita tidak ingat Rukun Negara dan sebagainya, bagi saya itu (hiburan jadi faktor lupa tarikh penting negara) satu kenyataan kurang tepat,” katanya.
The post Ahli politik henti sentimen perkauman, etnik appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/17/ahli-politik-henti-sentimen-perkauman-etnik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Perubatan Bidas Ahli Politik Langgar Sop Covid 19 Di Sabah

Persatuan Perubatan Bidas Ahli Politik Langgar Sop Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 350 hits
Persatuan Perubatan Malaysia berkata pemimpin politik harus menunjukkan contoh yang baik dalam mengutamakan kesihatan masyarakat di Sabah susulan peningkatan kes Covid 19 di negeri itu PETALING JAYA Persatuan Perubatan Malaysia membidas ahl...
Kahwin Di Setiap Tempat Yang Dilewati Ahli Politik Thailand Catat Rekod Miliki 120 Isteri

Kahwin Di Setiap Tempat Yang Dilewati Ahli Politik Thailand Catat Rekod Miliki 120 Isteri

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 343 hits
Ahli politik yang juga bekerja sebagai ahli perniagaan berusia 60 an menjadi perhatian ramai setelah mengakui dia mempunyai 120 isteri Perkahwinannya direstui oleh isteri isterinya yang lain namun bagaimana kisahnya bermula Namanya adalah T...
Pembohong Tegar Dan Ahli Politik Gila Azmin

Pembohong Tegar Dan Ahli Politik Gila Azmin

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 229 hits
Diterbitkan Hari ini 4 06 pmDakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional Walaupun ramai pemimp...
Bila Ahli Politik Mendakwa Youtuber Menipu Demi Views

Bila Ahli Politik Mendakwa Youtuber Menipu Demi Views

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 293 hits
1 Bulan Jun 2020 lalu tular kisah adik Veveonah M kat Youtube yang sanggup panjat dan belajar atas pokok semata mata nak dapatkan line Internet untuk jawab exam 2 Namun tular pula apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin Timbalan Menteri Komunika...
Politik Majmuk Inklusif Menuju Malaysia Baharu Wanita Keadilan

Politik Majmuk Inklusif Menuju Malaysia Baharu Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 263 hits
Hari Malaysia pada tahun ini mungkin berbeza dan unik bagi rakyat Malaysia apabila parti pemerintah mula mengiktiraf politik majmuk yang mengutamakan kepelbagaian kaum dan agama dalam KEADILAN sejak 20 tahun lalu sebagai teras politik terba...
Amanah Lahir Dari Ijtihad Politik Demi Malaysia Lebih Sejahtera Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Amanah Lahir Dari Ijtihad Politik Demi Malaysia Lebih Sejahtera Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 375 hits
USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR Prinsip kepelbagaian dan Malaysia adalah tiga kata yang telah menggabungkan rakyat Malaysia dari pelbagai jalur fikir etnik dan latar kehidupan untuk menyertai Parti Amanah Negara lima tahun yang lalu AMANAH lahir ha...
Syed Saddiq Daftar Muda Sebagai Parti Politik Hari Ini

Syed Saddiq Daftar Muda Sebagai Parti Politik Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 304 hits
Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia akan mendaftarkan Muda sebagai sebuah parti politik hari ini Dalam wawancara dengan stesen radio BFM hari ini Syed Saddiq berkata Muda akan menjadi parti politik Malaysia perta...
Hanya Syiah Jadikan Politik Sebagai Akidah

Hanya Syiah Jadikan Politik Sebagai Akidah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 246 hits
Ipohmali Melihat ucapan Ulama dan Kepimpinan dalam Muktamar PAS Gambaran Kepimpinan Syiah bila menanganggap persaoalan Politik sebagai perkara Aqidah Sehingga menentang keputusan Imam mereka Maka dihalalkan darah mereka Lebih teruk mereka P...
Kami Harap Parti Muda Tidak Dibayangi Parti Politik Sedia Ada Netizen Mahukan Perubahan Sokong Usaha Syed Saddiq

Kami Harap Parti Muda Tidak Dibayangi Parti Politik Sedia Ada Netizen Mahukan Perubahan Sokong Usaha Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 282 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia kepada Jabatan Pertubuhan Syed Saddiq mengingatkan jika terdapat sebarang halangan untuk mendaftarkan parti itu ia pasti akan mengun...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu