Ahli Parlimen Sebar Berita Palsu Disiasat Ayob Khan



JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah membuka siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyebarkan berita palsu di sini malam tadi.

Ia mendakwa situasi di luar kawalan berlaku apabila ribuan pekerja Malaysia di Singapura bersesak-sesak untuk pulang di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sekiranya benar tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status mereka kerana perbuatan tersebut tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kegusaran awam.

"Laporan mengenai isu ini sudah dibuat oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir di Balai Polis Larkin jam 11.30 pagi tadi dan siasatan diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terklas Bukit Aman.

"Kita tidak ada dua undang-undang, satu untuk orang awam dan satu lagi untuk Ahli Parlimen. Semua orang adalah sama dan jika melakukan kesalahan akan disiasat di bawah undang-undang yang sama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) Johor di sini hari ini.

Menerusi akaun Facebook milik Ahli Parlimen berkenaan kira-kira jam11 malam tadi, disiarkan video dengan durasi 1 minit 4 saat menunjukkan orang ramai bersesak-sesak di bangunan tersebut sebelum menjadi viral dalam media sosial.

Di samping video yang dimuat naik itu, Ahli Parlimen itu meletakkan kapsyen: "Sedang berlaku di CIQ JB, situasi di luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapura cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel lima bintang untuk quarantine mereka."

Ayob Khan berkata, siasatan juga akan dilakukan adakah dakwaan itu benar-benar daripada Facebook Ahli Parlimen berkenaan atau pun daripada akaun Facebook palsu, tetapi menggunakan nama wakil rakyat tersebut.

Katanya, siasatan mendapati video berkenaan merupakan visual pada tahun lalu semasa latihan kebakaran dilakukan di bangunan berkenaan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian," katanya.

Dalam pada itu, semakan di akaun Facebook milik Ahli Parlimen tersebut pada petang ini mendapati wakil rakyat dari Pahang itu sudah pun membuat permohonan maaf dalam status terbaharunya.



MR :  Tangkap aje biar dia jadi pengajaran kepada rakyat jenis penghasut ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/ahli-parlimen-sebar-berita-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fuziah Salleh Disiasat Kerana Sebar Berita Palsu

Fuziah Salleh Disiasat Kerana Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 213 hits
Polis Johor sudah membuka siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyebarkan berita palsu di sini malam tadi Ia mendakwa situasi di luar kawalan berlaku apabila ribuan pekerja Mala...
Mohon Maaf Sebar Berita Palsu Najib Minta Fuziah Jangan Ulang Kesilapan

Mohon Maaf Sebar Berita Palsu Najib Minta Fuziah Jangan Ulang Kesilapan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 254 hits
Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memuji tindakan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang memohon maaf kerana menyebar berita palsu kononnya wujud keadaan tidak terkawal di Tambak Johor Najib turut berharap Fuziah tidak mengulangi...
Ahli Parlimen Dungun Pulang Balik Duit Bpn

Ahli Parlimen Dungun Pulang Balik Duit Bpn

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 270 hits
Wan Hassan Foto ihsan Rosli Ilham Harian Metro DUNGUN 10 April Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli akan memulangkan kembali duit Bantuan Prihatin Nasional yang diterimanya kepada pihak kerajaan Wan Hassan berkata beliau sudah membuat...
Ahli Parlimen Akan Dipanggil Beri Keterangan Jika Didapati Muat Naik Video Cetus Kegusaran Awam

Ahli Parlimen Akan Dipanggil Beri Keterangan Jika Didapati Muat Naik Video Cetus Kegusaran Awam

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 296 hits
Polis akan menyemak satu laman Facebook yang didakwa memuat naik kandungan video yang mencetuskan kegusaran orang ramai sebelum memanggil seorang Ahli Parlimen yang juga bekas timbalan menteri untuk memberi keterangan Ketua Polis Johor Datu...
Sebar Berita Palsu Polis Siasat Bekas Timbalan Menteri

Sebar Berita Palsu Polis Siasat Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 275 hits
Johor Bahru Polis akan membuka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan berikutan menyiarkan video dengan keterangan palsu di akaun Facebooknya malam tadi sehingga menyebabkan kegusaran awam di negeri ...
Sebar Berita Palsu Fuziah Mohon Maaf

Sebar Berita Palsu Fuziah Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 219 hits
Selepas mendakwa pekerja Malaysia di Singapura membuat percubaan untuk balik beramai ramai ke negara ini di Facebook Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh membuat permohonan secara terbuka Permohonan maaf itu dibuat setelah posting berkenaan ...
Covid 19 Ahli Parlimen Batu Sapi Diarah Kuarantin Diri Dua Minggu

Covid 19 Ahli Parlimen Batu Sapi Diarah Kuarantin Diri Dua Minggu

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 333 hits
SANDAKAN Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong dinasihatkan oleh pegawai perubatan untuk melakukan kuarantin diri kerana mempunyai kontak dengan orang yang disyaki menghidap Covid 19 Vui Keong berkata kuarantin bermula 1 April selama...
Mca Gesa Ahli Majlis Mbsa Disiasat Jika Salah Guna Kuasa

Mca Gesa Ahli Majlis Mbsa Disiasat Jika Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 221 hits
MALAYSIAKINI MCA Selangor menggesa seorang ahli majlis disiasat sekiranya menyalahgunakan kuasanya untuk membenarkan sebuah dewan badminton dibuka ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan Ini selepas individu berkenaan semalam dita...
Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 447 hits
Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19 Anda kenal Zed Zaidi Zed Zaidi merupakan seorang pelakon dan juga sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19 Zed Zaidi antara empat individu didakw...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip