Ahli Kimia Terbabit Bunuh Kim Jong Nam Bebas
Ri Jong Chol dirakam sedang berkaraoke dalam satu video yang diperolehi Al Jazeera.
Seorang lelaki Korea Utara, yang ditahan berhubung pembunuhan dramatik Kim Jong Nam di lapangan terbang 2 tahun lalu, kini menjalani kehidupan biasa, dengan satu video Al Jazeera memaparkan dia sedang menikmati sesi karaoke di sebuah restoran di China.
Ri Jong Chol, 48, ditahan polis beberapa hari selepas serangan terhadap Jon Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di Sepang pada 13 Februari 2017. Jong Nam dipercayai bersengketa dengan abang tirinya, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Tetapi Ri dipercayai dibebaskan selepas satu rundingan dengan Korea Utara, yang menahan 9 rakyat Malaysia di kedutaan di Pyongyang.
Pihak berkuasa di Malaysia berkata tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Ri, walaupun bukti menunjukkan dia berhubungan dengan duta Korea Utara dan diplomat lain. Setibanya di Beijing selepas pembebasannya, Ri menuduh polis Malaysia cuba memaksa dia mengakui pembunuhan itu.
Kim Jong Nam dibunuh dengan ejen saraf di KLIA2 pada 13 Februari 2017.
Rakaman itu dikeluarkan sebelum pembebasan Doan Thi Huong, seorang warga Vietnam yang didakwa atas pembunuhan Jong Nam, bersama seorang warga Indonesia, Siti Aisyah.
Siti Aisyah dibebaskan selepas pendakwaraya mengugurkan pertuduhan terhadapny dan Doan dibebaskan dari penjara.
Kedua-dua wanita itu dirakam CCTV KLIA2 mengenakan agen saraf VX pada muka Jong Nam. Dia meninggal dunia 2 jam kemudian. Kedua-duanya menafikan tuduhan tersebut, mengatakan mereka diperdaya untuk percaya mereka dalam satu rancangan televisyen.
Al Jazeera berkata ia melihat dokumen serta kandungan telefon Ri menunjukkan dia berhubungan rapat dengan duta Korea Utara dan diplomat lain.
“Lima bulan sebelum Kim diracun, Ri terima $38,000 tunai. Polis kata mereka temui wang itu bersama 5 peralatan komputer, 4 telefon dan 1 botol klorida di pangsapurinya di pinggir Kuala Lumpur,” kata laporan itu.
Antara lain, ia berkata Ri bekerja di bahagian IT sebuah syarikat ubat-ubatan herba, Tombo Enterprise di Malaysia.
Ia memetik pemilik syarikat itu, Chong Ah Kow sebagai berkata dia memberikan kerja itu kepada Ri atas permintaan kawannya.
Ia juga melaporkan penyiasat asing percaya Ri adalah ejen kerajaan Korea Utara yang “membantu Korea Utara melepasi sekatan dengan mendapatkan keperluannya dan mendapatkan wang.
“Para pegawai mengesyaki dia menyediakan ejen saraf itu di rumah. Mereka menggeledah pangsapuri Ri sekali, menyoal siasatnya sekali dan tidak menguji barang miliknya untuk kesan-kesan VX,” katanya.
Menurut Al Jazeera, polis Malaysia enggan memberikan ulasan. – FMT – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor
KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan
KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB
KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
The post Ahli kimia terbabit bunuh Kim Jong Nam bebas? appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/191854/ahli-kimia-terbabit-bunuh-kim-jong-nam-bebas/