Agrobank Umum Tiada Caj Keuntungan Tambahan Untuk Moratorium 6 Bulan



Agrobank hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan mengenakan caj keuntungan tambahan ke atas pembiayaan untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak dalam tempoh moratorium automatik enam bulan

Ini susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30 April lepas, iaitu pembiayaan Islam dengan kadar tetap berkemungkinan dikenakan caj keuntungan tambahan selepas tempoh moratorium selama enam bulan yang berkuatkuasa 1 April hingga 30 Sept, 2020

Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Khadijah Iskandar berkata Agrobank komited untuk meringankan beban pelanggannya dalam masa sukar ini

“Oleh itu, bagi pelanggan pembiayaan berkadar tetap Agrobank terutama pelanggan pembiayaan mikro, tidak akan ada sebarang perubahan dalam jumlah tertunggak dan keuntungan semasa yang perlu ditanggung oleh pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata pelanggan hanya perlu membayar jumlah pembayaran bulanan yang sama mulai Oktober 2020 dan seterusnya, namun tempoh pembiayaan akan dipanjangkan sehingga enam bulan lagi daripada tempoh pembiayaan asal


Lanjutan itu bertujuan untuk menampung tempoh penangguhan enam bulan sepanjang moratorium automatik, katanya

Agrobank berharap pengumuman ini dapat memberi lebih kelegaan kepada pelanggannya dan sekali gus membantu mereka menghadapi cabaran lain yang mungkin sedang dialami

Khadijah berkata pandemik COVID-19 adalah satu keadaan yang tidak dijangkakan dan telah memberi kesan kepada perniagaan termasuk industri pertanian terutama bagi perniagaan kecil dan mikro

“Justeru, langkah yang diambil ini akan memberi banyak kelebihan kepada pelanggan pembiayaan mikro kami. Agrobank komited untuk terus menyokong pelanggan kami dalam memperkukuh perniagaan mereka terutamanya pada masa sukar ini,” katanya

Agrobank turut menekankan penangguhan pembayaran masih secara automatik untuk pelanggannya dan tidak ada sebarang langkah tambahan yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelanggan menikmati kemudahan moratorium automatik tersebut

Agrobank berkata bagaimanapun, bagi pelanggan yang tidak mahu mengambil moratorium ini, mereka masih boleh memilih untuk berbuat demikian pada masa ini dengan mengisi borang di https://ift.tt/35n0hV9 dan meneruskan pembayaran berjadual mereka berdasarkan syarat perjanjian yang ada

Dalam tempoh sukar ini, Agrobank terus peka dan mengambil berat mengenai keadaan pelanggannya

Bagi pelanggan yang terjejas ekoran wabak COVID19, Agrobank menyediakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk perniagaan mereka

Bank itu berkata pelanggan boleh menghubungi [email protected] dan [email protected] untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. - Bernama

from Sehinggit Media https://ift.tt/2WiCMbD
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/agrobank-umum-tiada-caj-keuntungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moratorium Tiada Caj Tambahan Jika Bayar Sebelum Jun 2020

Moratorium Tiada Caj Tambahan Jika Bayar Sebelum Jun 2020

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 478 hits
Bank Negara MalaysiaPEMINJAM pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan diberi pilihan dari segi pembayaran balik Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia dalam kenyataan berkata pel...
Kenyataan Media Tiada Caj Tambahan Untuk Peminjam Yang Memilih Moratorium

Kenyataan Media Tiada Caj Tambahan Untuk Peminjam Yang Memilih Moratorium

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 373 hits
Assalamualaikum Minggu lepas ramai yang tak puas hati tentang kenyataan yang dibawa keluar oleh Bank Negara Malaysia berhubung caj faedah yang bakal dikenakan pada peminjam high purchase konvensional dan shariah yang memilih moratorium sela...
Tiada Caj Tambahan Untuk Moratorium Pinjaman Sewa Beli Kereta Kenyataan Media Menteri Kewangan 6 Mei 2020

Tiada Caj Tambahan Untuk Moratorium Pinjaman Sewa Beli Kereta Kenyataan Media Menteri Kewangan 6 Mei 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 1633 hits
Alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Malaysia akhirnya kontroversi telah diselesaikan YB Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan hari ini tentang pengecualian caj tambahan yang dikenakan ke at...
Tiada Caj Tambahan Bagi Ansuran Perjanjian Sewa Beli

Tiada Caj Tambahan Bagi Ansuran Perjanjian Sewa Beli

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 320 hits
MALAYSIAKINI Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pihak bank dan institusi kewangan di negara ini bersetuju melupuskan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli bagi kedua dua sistem konvensional dan syari...
Selepas Dua Bulan Berkahwin Tegar Penyanyi Viral Indonesia Umum Bakal Jadi Ayah Tahniah Buat Pasangan Muda Ni

Selepas Dua Bulan Berkahwin Tegar Penyanyi Viral Indonesia Umum Bakal Jadi Ayah Tahniah Buat Pasangan Muda Ni

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 631 hits
Setelah dua bulan melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta Sarah Sheika Penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian yang cukup popular dengan lagi Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang mengumumkan bakal menjadi seorang ayah tidak lama la...
Bank Negara Terlepas Pandang Punca Syarat Tambahan Moratorium Dikenakan

Bank Negara Terlepas Pandang Punca Syarat Tambahan Moratorium Dikenakan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 542 hits
Perubahan terbaru prosedur untuk mendapatkan moratorium pinjaman selama enam bulan bagi perjanjian sewa beli nampaknya berlaku disebabkan oleh kealpaan Bank Negara Ekoran pengumuman mengenai moratoria automatik terhadap semua pembayaran pin...
Menteri Kewangan Tiada Caj Tambahan Terhadap Pinjaman Sewa Beli

Menteri Kewangan Tiada Caj Tambahan Terhadap Pinjaman Sewa Beli

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 635 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan mengenai persetujuan pihak bank untuk tidak mengenakan sebarang caj tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan syariah Be...
Moratorium 6 Bulan Pinjaman Kenderaan Sebenarnya Masih Dikenakan Faedah Peminjam Perlu Beritahu Pihak Bank

Moratorium 6 Bulan Pinjaman Kenderaan Sebenarnya Masih Dikenakan Faedah Peminjam Perlu Beritahu Pihak Bank

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 383 hits
Bagi mereka yang mengambil pilihan moratorium 6 bulan untuk pinjaman sewabeli kenderaan mereka informasi terkini mendapati mereka sebenarnya akan dikenakan faedah untuk tempoh enam bulan tanpa pembayaran itu Menurut laporan RinggitPlus com ...
Moratorium 6 Bulan Pinjaman

Moratorium 6 Bulan Pinjaman

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 590 hits
MORATORIUM 6 BULAN PINJAMAN BAGI PINJAMAN SEWA BELI PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP APA MAKSUD MORATARIUM Tawaran ini merupakan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pembiayaan untuk jangka masa yang terhad Dala...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan