Agong Terima Panggilan Erdogan Malaysia Sokong Sidang Tergempar Oic


Bernama Agong menzahirkan ketetapan yang diambil kerajaan Malaysia untuk bersama Turki dan komuniti antarabangsa mengecam pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Photo: Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, di Istana Negara semalam.
Menurut kemas kini terbaru di laman Facebook rasmi Istana Negara, Agong menzahirkan ketetapan yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk bersama Turki dan komuniti antarabangsa mengecam pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
Dalam perbualan telefon selama 20 minit bermula pukul 6 petang itu, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa Malaysia menyokong dan mengalu-alukan cadangan untuk mengadakan persidangan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincang isu keganasan Israel terhadap Palestin.
Selain itu Sultan Abdullah turut menyentuh tentang hubungan dua hala yang erat terjalin selama ini di antara Malaysia dan Turki serta usaha-usaha pengukuhan perdagangan antara kedua-dua negara.
Agong dan Erdogan pada masa yang sama turut bertukar ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk kepada ahli keluarga.
Pada masa yang sama Agong juga menzahirkan penghargaan kepada Erdogan atas jemputan mengadakan Lawatan Negara ke Turki pada September tahun ini.
Sebelum ini Sultan Abdullah dijadualkan mengadakan Lawatan Negara ke Turki selama lima hari bermula pada 19 April 2020, namun terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.
Mengikut rekod kali terakhir Sultan Abdullah berkenan berbual bersama Erdogan menerusi panggilan telefon ialah pada 6 Jun tahun lalu di Istana Negara dan Agong sebelum itu juga berkenan menerima menghadap pemimpin berkenaan di Istana Negara pada 18 Dis 2019 sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur.
Terdahulu pada pukul 3 petang, Sultan Abdullah berkenan membuat panggilan telefon secara peribadi kepada Presiden Indonesia Joko Widodo bagi menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarganya serta seluruh rakyat Indonesia.
Menurut kenyataan itu, Agong turut menzahirkan ucapan takziah kepada pemimpin itu dan seluruh keluarga mangsa kapal selam KRI Nanggala 402 susulan tragedi kemalangan yang menimpa kapal itu pada 21 April di utara perairan Bali, Indonesia.
Menerusi panggilan itu Joko Widodo juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan yang diberi dalam usaha mencari dan menyelamat kapal selam itu selain merakamkan ucapan terima kasih kepada Sultan Abdullah atas doa dan sokongan kepada seluruh rakyat Indonesia.
Selain itu kedua-dua pemimpin turut berkongsi pandangan berkenaan usaha memerangi penularan Covid-19 di kedua-dua negara termasuk perintah kawalan pergerakan (PKP) dan larangan merentas daerah serta negeri yang juga dilaksanakan di Indonesia.
Dalam perbualan itu, Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar hubungan dua hala dan kerjasama di antara kedua-dua negara akan kekal erat dan terus utuh walaupun berhadapan dengan kekangan situasi Covid-19.
Kali terakhir pertemuan di antara Agong bersama presiden Indonesia itu ialah pada Ogos 2019 bersempena lawatan negara ke Indonesia selama empat hari bermula 26 Ogos yang merupakan lawatan sulung Sultan Abdullah setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/agong-terima-panggilan-erdogan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Berkenan Terima Panggilan Telefon Presiden Turki

Agong Berkenan Terima Panggilan Telefon Presiden Turki

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 238 hits
Agong berkenan terima panggilan telefon presiden Turki nbsp Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 May 2021 11 49P
Muhyiddin Terima Panggilan Telefon Pemimpin Hamas Di Semenanjung Gaza

Muhyiddin Terima Panggilan Telefon Pemimpin Hamas Di Semenanjung Gaza

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 362 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semalam Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang berada di Semenanjung Gaza menghubungi beliau memaklumkan mengenai situasi semasa di Palestin terutama di Gaza Perdana Menteri berkata beliau amat terkesa...
Malaysia Terima 3 52 Juta Dos Vaksin Bulan Ini Kata Menteri

Malaysia Terima 3 52 Juta Dos Vaksin Bulan Ini Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 258 hits
Malaysia terima 3 52 juta dos vaksin bulan ini kata menteri nbsp Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 May 202
Malaysia Digesa Beri Tekanan Kepada Israel Melalui Oic Puoic

Malaysia Digesa Beri Tekanan Kepada Israel Melalui Oic Puoic

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 346 hits
Pertubuhan itu bertanggungjawab bersuara tegas beri tekanan kepada Israel KUALA LUMPUR Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa kerajaan menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam serta Kesatuan Parlimen Negara Negara Anggota OIC memberi ...
Ig Disekat Amp Terima Ugutan Bunuh Yatt Hamzah Tetap Tak Gentar Sokong Palestin

Ig Disekat Amp Terima Ugutan Bunuh Yatt Hamzah Tetap Tak Gentar Sokong Palestin

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 262 hits
Dari peringkat awal serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan penu terhadap saudara sesama Muslim di sana Malah ramai golongan selebriti turut membantu menyebarkan kesedaran kepada masyarakat du...
Malaysia Perlu Gerak Pbb Oic Tekan Pengganas Israel

Malaysia Perlu Gerak Pbb Oic Tekan Pengganas Israel

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 404 hits
A Perjuangan Palestin bebaskan Baitulmaqdis sah ikut undang undang antarabangsa BANGI Malaysia perlu menggerakkan semua kesatuan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam untuk memberi tekanan ke ...
3 Langkah Elak Malaysia Terima Nasib Seperti India

3 Langkah Elak Malaysia Terima Nasib Seperti India

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 338 hits
PKP untuk negeri rekod kes COVID 19 tinggi dalam tempoh dua minggu BANGI Malaysia perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi negeri negeri yang mempunyai kes tinggi COVID 19 meningkatkan pemberian vaksin kepada rakyat dan memperket...
Raya Visits May Turn Malaysia Into Next Brazil Or India Warns Dr M

Raya Visits May Turn Malaysia Into Next Brazil Or India Warns Dr M

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 283 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has urged Malaysians to exercise patience and not visit each other over the Hari Raya holidays to stem the spread of Covid 19 In a video message posted on his Facebook page he said staying at home d...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Rugi Invest Ini Sebab Kenapa Mak Ayah Kena Ambil Gambar Bayi

Isteri Di Rumah Kena Cantik Cantik Salima Habibi Pikat Suami Dengan Solekan Minyak Wangi

Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader