3 Langkah Elak Malaysia Terima Nasib Seperti India


fazleensafinaPKP untuk negeri rekod kes COVID-19 tinggi dalam tempoh dua minggu BANGI – Malaysia perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi negeri-negeri yang mempunyai kes tinggi COVID-19, meningkatkan pemberian vaksin kepada rakyat dan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP).
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar mencadangkan tiga langkah itu bagi mengelakkan negara ini menerima nasib sama seperti di India yang mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi di dunia akibat wabak itu.
Hanya dengan tindakan serius daripada kerajaan dan rakyat terhadap tiga langkah itu mampu meredakan jangkitan COVID-19, katanya.
“Pada pandangan saya, pelaksanaan PKP bagi negeri-negeri yang mempunyai kes COVID-19 tinggi bagi tempoh minimum dua minggu adalah wajar.
“Tempoh dua minggu ini untuk meredakan kes jangkitan yang melepasi angka 3,000. Kita semua tahu katil di unit rawatan rapi (ICU) di enam buah hospital di Lembah Klang telah mencapai tahap 90 peratus penggunaannya selain ada negeri yang mungkin berdepan situasi kekurangan katil di Pusat Kuarantin serta Rawatan Covid-19 (PKRC),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Tambahan pula, katanya, jumlah pemberian vaksin kepada rakyat di negara ini juga perlu dipertingkatkan dan tidak boleh dilengahkan bagi memutuskan rantaian wabak itu.
“Saya cukup kagum dengan pendekatan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membuka kepada umum bagi mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca biarpun sebelum ini rakyat masih ragu-ragu.
“Kita lihat baharu beberapa jam permohonan dibuka, sudah pun penuh. Dalam situasi itu, saya boleh katakan bahawa kritikan terhadap usaha kerajaan akan ada tetapi apabila ia dibuka, ramai yang ingin mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.
Katanya, beliau turut berharap rakyat terus konsisten terhadap pematuhan SOP dalam kalangan rakyat di negara ini kerana jika ia diabaikan, jangkitan wabak itu akan terus meningkat.
Terdahulu, India terus mencatatkan kes jangkitan COVID-19 harian tertinggi, sehari selepas jumlah jangkitan baharu dicatatkan melepasi angka 400,000 kes.
Kementerian Kesihatan India memaklumkan, sebanyak 3,689 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam
Semalam, Malaysia mencatatkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, varian itu yang mempunyai mutasi berganda dikenali B.1.617.1, dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS), selepas saringan dilakukan di pintu masuk utama negara.
Katanya, kes mutasi berganda yang menyumbang hampir 60 peratus daripada penularan secara besar-besaran di India dikesan menerusi seorang warga republik itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/3-langkah-elak-malaysia-terima-nasib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Berisiko Hadapi Jangkitan Covid Seperti India

Malaysia Berisiko Hadapi Jangkitan Covid Seperti India

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 222 hits
Malaysia berisiko hadapi jangkitan Covid seperti India Oleh May 06 2021Jumlah peningkaan kes harian Covid 19 di Malaysia semakin membimbangkan kerana grafnya tidak melandai sejak darurat diisytiharkan pada Januari lalu Ketua Pembangkang Par...
Pkp 3 0 Dilaksana Kerana Tak Mustahil Malaysia Jadi Seperti India Kata Ismail Sabri

Pkp 3 0 Dilaksana Kerana Tak Mustahil Malaysia Jadi Seperti India Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 230 hits
MALAYSIA NOW PKP 3 0 dilaksanakan bagi mengelakkan krisis Covid 19 yang lebih buruk dalam negara Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Gambar Bernama Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mempertahankan tindakan kerajaan mengetatkan kembali kawalan...
Malaysia Terima 3 52 Juta Dos Vaksin Bulan Ini Kata Menteri

Malaysia Terima 3 52 Juta Dos Vaksin Bulan Ini Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 202 hits
Malaysia terima 3 52 juta dos vaksin bulan ini kata menteri nbsp Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 May 202
Travel Ban Forces India S Badminton Team To Miss Malaysia Open

Travel Ban Forces India S Badminton Team To Miss Malaysia Open

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 276 hits
All top Indian singles and doubles players were due to participate in the Kuala Lumpur event scheduled to run from May 25 to 30 NEW DELHI India s badminton team has been forced to withdraw from the Malaysia Open due to a travel ban potentia...
Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 310 hits
Peningkatan kes Covid 19 di Malaysia baru baru ini telah membuatkan ia dijadikan contoh oleh Kementerian Kesihatan Indonesia untuk mengingatkan rakyatnya agar berwaspada Jurucakap kementerian bagi vaksinasi Covid 19 DR Siti Nadia Tarmizi M ...
Ganjar Ingatkan Jangan Karena Mudik Terjadi Lonjakan Covid 19 Seperti India

Ganjar Ingatkan Jangan Karena Mudik Terjadi Lonjakan Covid 19 Seperti India

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 212 hits
Sedangkan untuk mengantisipasi ledakan kasus Covid 19 di Jateng Ganjar menegaskan siap mengisolasi warganya yang mengabaikan larangan mudik Lebaran Idulfitri 2021
Malaysia Kesan Kes Pertama Mutasi Berganda Dari India

Malaysia Kesan Kes Pertama Mutasi Berganda Dari India

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 225 hits
Mutasi berganda dikenali sebagai B 1 617 1 itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu hasil saringan di pintu masuk utama negara https bit ly 3eb4elD Muzik https artlist io
First Case Of Covid 19 Variant From India Detected In Malaysia

First Case Of Covid 19 Variant From India Detected In Malaysia

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 292 hits
Malaysia has recorded its first case of the Covid 19 variant from India which is a double mutation known as B 1 617 Health Minister Dr Adham Baba said the variant was identified through analysis of the whole genome sequencing which was done...
Malaysia Airlines Says Flights From India Did Not Carry Any Passengers Only Flight Crew

Malaysia Airlines Says Flights From India Did Not Carry Any Passengers Only Flight Crew

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 262 hits
Bernama file photo showing a Malaysian Airlines aircraft KUALA LUMPUR Malaysia Airlines Berhad today stressed that its flights mounted between May 1 and 3 from India did not carry any passengers other than the flight crew who remained on bo...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Wanita Tiba Tiba Ketawa Menjerit Dipercayai Dirasuk Ketika Majlis Perkahwinannya

Makanan Yang Harus Dihindari Bila Anak Yang Ada Eczema Demam

Anak Bapak Ini Tanda Tanda Anak Yang Kuat Bonding Dengan Bapanya

Boleh Beli Queens Group Pelakon Paling Mahal Di Korea Nilai Aset Kim Soohyun Dilapor Cecah Lebih Ratusan Juta

Tak Dibenarkan Balik Korea Hyoyeon Snsd Bomi Apink Ramai Lagi Ditahan Oleh Pihak Berkuasa Bali

Rasuah Bukan Kesalahan Besar Kot Tengok Tak Dak Maki Hamun Pun Walaun Suci La Tew