Agong Raja Raja Melayu Perlu Waspada Pihak Cuba Perangkap Institusi Raja



Isu yang ada di hadapan kita sebenarnya sangat kecil sahaja, iaitu jemaah menteri pada 21 Julai telah memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat. Malaysia Now
Riuh seluruh negara bila Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin, mengeluarkan kenyataan terbuka yang:
(1) Menzahirkan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua ordinan darurat yang telah dimasyhurkan oleh Seri Paduka sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Seri Paduka.
(2) Menzahirkan rasa amat dukacita Seri Paduka kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin Hassan, menteri undang-undang, dan Idrus Harun, peguam negara, semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua ordinan darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.
(3) Menegaskan bahawa kenyataan Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.
BACA DI SINI: Tandatangan Agong Bukan Keperluan Untuk Batal Ordinan Darurat, Kata Bekas Hakim Kanan Kenyataan terbuka ini dibuat di saat-saat ahli-ahli Parlimen daripada parti pembangkang, khususnya Ahli-Ahli Parlimen Sepang dan Puchong, Mohamed Hanipa Maidin dan Gobind Singh Deo, berusaha keras mahu merujukkan Takiyuddin Hassan ke jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen atas dakwaan bahawa beliau mengelirukan Parlimen.
Pendedahan Istana Negara berhubung keputusan kerajaan melaksanakan pembatalan ordinan darurat yang membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong ini juga segera disambut dengan meriahnya oleh ahli-ahli Parlimen daripada parti pembangkang, khususnya ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, sendiri yang terus sahaja mengemukakan satu usul hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Ia juga disambut riang oleh ahli-ahli akademik tertentu yang sememangnya sudah tidak berpuas hati dengan kerajaan, termasuklah Dr Mohammad Agus Yusoff, yang dengan lantangnya menyebut “hari ini berlaku lagi krisis perlembagaan” dan “kerajaan ini perlu pergi” kerana “kerajaan ini telah melakukan pembohongan besar dan mengenepikan prinsip Perlembagaan serta tidak menghormati institusi diraja” dan “ini boleh dikira sebagai penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, terhadap Perlembagaan, memberi salah nyata palsu kepada Dewan Rakyat, mengelirukan Dewan Rakyat, dan membohongi rakyat Malaysia keseluruhannya.”
Dengan sedih sekali, kesemua perkara ini menimbulkan tanda tanya di dalam minda sebahagian besar rakyat mengenai kedudukan tinggi dan neutral Yang di-Pertuan Agong selaku payung rakyat kerana perkembangan ini memberikan gambaran seolah-olah Seri Paduka, sama ada disedari atau tidak, telah terperangkap atau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
BACA DI SINI: Penjelasan Tan Sri Annuar Musa Tentang Ordinan Darurat Dan Proklamasi Darurat Mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan, penasihat undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong adalah peguam negara, oleh itu jika timbul indikasi bahawa Seri Paduka membelakangkan nasihat peguam negara dan menerima pakai nasihat orang-orang lain, dan Seri Paduka yang sepatutnya menerima nasihat pula bertindak memberi nasihat kepada pihak yang sepatutnya memberi nasihat maka sudah pastilah keadaan akan menjadi tunggang-terbalik.
Isu yang ada di hadapan kita sebenarnya sangat kecil sahaja, iaitu jemaah menteri pada 21 Julai telah memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat.
Seperti yang dijelaskan oleh Pejabat Perdana Menteri, perdana menteri telah pada 23 Julai mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri dan memohon limpah perkenan Seri Paduka ke atasnya.
Bila perkenan ini tidak diperolehi sehingga pada 26 Julai 2021 Takiyuddin Hassan, yang berdepan dengan desakan ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya Dewan Rakyat mengungkaikan ordinan darurat yang telah dimasyhurkan oleh Seri Paduka telah mengumumkan bahawa kerajaan, iaitu jemaah menteri, telah membuat keputusan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat berkenaan.
BACA DI SINI: Tindakan Kerajaan Teratur Dan Selaras Dengan Peruntukan Undang-Undang Dan Perlembagaan Malaysia Seperti yang dijelaskan oleh Pejabat Perdana Menteri juga, pengumuman Takiyuddin Hassan ini adalah suatu kenyataan fakta yang bertujuan memaklumkan kepada Dewan Rakyat keadaan sebenarnya secara telus.
Mungkin bahasa dan cara penyampaian yang digunakan oleh Takiyuddin Hassan tidak begitu jelas kerana beliau tidak memaklumkan sama bahawa pembatalan ordinan-ordinan darurat berkenaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, tetapi sebarang kedukacitaan ke atasnya boleh sahaja dizahirkan secara tertutup seperti lazimnya.
Adalah menjadi jangkaan semua pihak bahawa perkenan atau tidak perkenan ke atas pembatalan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibuat sebelum Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pada 26 Julai, tetapi bila ia tidak muncul pastilah spekulasi akan timbul.
Sekiranya perkenan tidak diberikan pun, perkara ini tidak akan menjadi isu, apa lagi sehingga ke peringkat krisis perlembagaan, kerana bila Proklamasi Darurat berakhir pada 1 Ogos ordinan-ordinan darurat berkenaan akan terbatal dengan sendiri enam bulan dari tempoh itu.
Hanyasanya, pendedahan dan kritikan terbuka Istana Negara ini dilihat sebagai kurang bijaksana kerana menyebabkan situasi politik kembali menjadi hangat sehingga memerlukan Pejabat Perdana Menteri turut membuat kenyataan terbuka bagi menjelaskannya.
Sebab itulah Raja-Raja Melayu perlu sentiasa mengingati perisytiharan prinsip-prinsip Perlembagaan yang dibuat oleh baginda-baginda semua pada 4 Julai 1992 yang berbunyi “kita selaras dengan amalan Perlembagaan tidak seharusnya mendedah atau membincangkan dengan pihak media massa apa-apa perkara yang mungkin menimbulkan kontroversi mengenai hal ehwal pentadbiran negara/negeri.”
Dalam konteks inilah juga relevannya ingatan tokoh ulung negara, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, dan penyandang kerusi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Dr. Shamrahayu A. Aziz pada 20 Jun lalu supaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu perlu waspada supaya institusi beraja tidak termasuk perangkap pihak yang tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan yang cuba mengheret institusi ini untuk melakukan perkara di luar bidang kuasa baginda-baginda semua.
Iskandar Hasan Tan Abdullah ialah pensyarah kanan di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan.
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/07/30/agong-raja-raja-melayu-perlu-waspada-pihak-cuba-perangkap-institusi-raja/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/07/30/agong-raja-raja-melayu-perlu-waspada-pihak-cuba-perangkap-institusi-raja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lupa Dap Pkr Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong Raja Raja Melayu

Jangan Lupa Dap Pkr Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 349 hits
Tuduhan Ketua Pemuda Sosialis DAP Howard Lee Chuan How bahawa parti politik bersandarkan nama Melayu dan Islam mengkhianati institusi raja membuka pekung siapa sebenarnya parti rasis dan cauvinis DAP itu sendiri Malah dia menuduh kerajaan P...
Surat Kedua Ydpa Agong Kepada Kerajaan Apakah Maksud Sebenarnya Raja Petra Kamarudin

Surat Kedua Ydpa Agong Kepada Kerajaan Apakah Maksud Sebenarnya Raja Petra Kamarudin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 388 hits
RAJA PETRA KAMARUDIN Selepas kontroversi kenyataan semalam nampaknya Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong cuba memperbetulkan keadaan menerusi surat kedua yang tular dalam media sosial dan kali ini ia lebih bersifat peribadi bukan sura...
Zuraida Kamaruddin Cuba Nak Sekolahkan Agong

Zuraida Kamaruddin Cuba Nak Sekolahkan Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 173 hits
Zuraida Agong boleh dapatkan penjelasan sebelum keluarkan kenyataanMalaysiakini Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak tidak wajar menurut Menteri Perumahan dan...
Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 384 hits
Dari segi perlembagaan dan prinsip moral kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO dipercayai seramai 14 orang jum...
Agong Permaisuri Zahir Penghargaan Sumbangan Perubatan Raja Saudi

Agong Permaisuri Zahir Penghargaan Sumbangan Perubatan Raja Saudi

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 198 hits
Sumbangan dari Raja Arab Saudi itu termasuk sejuta dos vaksin AstraZeneca dan 4 5 juta unit peralatan perubatan bernilai USD5 juta yang tiba di Malaysia menerusi dua pesawat Saudia Airlines semalam dan hari ini KUALA LUMPUR Yang di Pertuan ...
Tak Hormat Institusi Raja Dewan Kecoh Anwar Baca Kenyataan Istana

Tak Hormat Institusi Raja Dewan Kecoh Anwar Baca Kenyataan Istana

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 234 hits
Laungan derhaka letak jawatan ketika Anwar baca kenyataan AgongAnwar Ibrahim berkata negara bukan sahaja menghadapi krisis Perlembagaan tetapi kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin turut menghina Agong dan menipu Ahli Parlimen serta rakyat KUA...
Pn Bersama Pas Pelopor Khianat Terhadap Raja Raja Melayu

Pn Bersama Pas Pelopor Khianat Terhadap Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 174 hits
Oleh RAJA BAHRIN SHAH August 4 2021Belum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap DYMM Tuanku Agong dan Raja Raja Melayu kita Ini bukan isu hendak mendewakan Raja raja Melayu ...
The Never Ending Constitutional Crises Involving The Raja Raja Melayu

The Never Ending Constitutional Crises Involving The Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 195 hits
This latest Constitutional Crisis is the same Pakatan Harapan is being backed by the United States in its effort to trigger a so called regime change But that can only happen if the Agong or Istana Negara backs them Hence the reason for dra...
Raja Raja Melayu Perlu Berperanan Demi Negara

Raja Raja Melayu Perlu Berperanan Demi Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 517 hits
RENCANA AHADGambar fail Majlis persidangan Raja Raja SESUNGGUHNYA negara kita sekarang ini berada dalam keadaan sangat tidak kondusif harubiru Keadaan seburuk hari ini belum pernah berlaku sejak negara ini wujud secara perlembagaan lebih 64...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman