Agong Raja Permaisuri Titah Rakyat Malaysia Jaga Keselamatan Kesihatan


BERNAMA



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan empat kes koronavirus di Malaysia sehingga semalam, bertitah seluruh rakyat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, terutama sekali bagi mereka yang menetap atau mengembara di kawasan terjejas dengan wabak itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua menyeru rakyat untuk mengambil inisiatif bagi memahami wabak ini dengan lebih mendalam serta sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah-langkah pencegahan sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini termasuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan serta sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung,” katanya dalam satu kenyataan Istana Negara hari ini.

Beliau berkata, Seri Paduka berdua turut menitahkan orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini wabak itu dengan membaca pelbagai maklumat yang disebarkan melalui mana-mana saluran rasmi KKM.

Al-Sultan Abdullah turut menasihati semua rakyat sentiasa merujuk kepada panduan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai keputusan terbaharu pihak berkuasa Republik Rakyat China pada 23 Jan, 2020 untuk melanjutkan penggantungan perjalanan keluar ke tujuh bandar lain, di samping Wuhan di wilayah Hubei.

Bandar-bandar itu adalah Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan.
Setakat ini, KKM mengesahkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura disahkan positif koronavirus.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas tindakan segera dan pemantauan yang berterusan oleh KKM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Singapura dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam usaha memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berkesan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan penghargaan kepada Kementeian Luar Negeri khususnya Kedutaan Besar Malaysia di Beijing yang telah menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan untuk menjangkau rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dan misi diplomatik Malaysia yang lain di Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai dan Xi'an serta Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar Pasukan Bertindak Pantas (RRT) dan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) negara dimantapkan dan diperkuatkan untuk menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan penyaringan penumbang antarabangsa di lapangan-lapangan terbang Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Seri Paduka berdua amat kesal atas tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan palsu, yang kemudiannya ditularkan oleh segelintir pihak lain tanpa usul periksa.

Ahmad Fadil menegaskan Seri Paduka berdua berharap setiap rakyat Malaysia akan memainkan peranan untuk tidak mencetuskan rasa cemas atau mengganggu ketenteraman dalam kalangan rakyat jelata dengan menyebarkan sebarang maklumat yang belum dipastikan kesahihannya atau yang boleh mencetuskan kontroversi.

“Seri Paduka Baginda berdua menggesa semua rakyat memberikan kerjasama penuh kepada warga Kementerian Kesihatan dan mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perjalanan kerja mana-mana petugas kesihatan," katanya.- Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/agong-raja-permaisuri-titah-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koronavirus Agong Titah Rakyat Jaga Kesihatan Diri Patuhi Arahan Pihak Berkuasa Baca Maklumat Rasmi Dari Kkm Sahaja

Koronavirus Agong Titah Rakyat Jaga Kesihatan Diri Patuhi Arahan Pihak Berkuasa Baca Maklumat Rasmi Dari Kkm Sahaja

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 343 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus yang melanda beberapa negara termas...
Doktor Hospital Sg Buloh Rakyat Malaysia Doa Keselamatan Kakitangan

Doktor Hospital Sg Buloh Rakyat Malaysia Doa Keselamatan Kakitangan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 720 hits
Doktor Hospital Sg Buloh Mohon Rakyat Malaysia Doa Keselamatan Kakitangan Seperti diketahui hari ini Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kes terbaru coronavirus membabitkan rakyat China menjadikan tujuh kes direkod di negara ini set...
Rakyat Pahang Terguris Hati Netizen Cina Cerca Raja Permaisuri

Rakyat Pahang Terguris Hati Netizen Cina Cerca Raja Permaisuri

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 324 hits
Terlalu kurang ajar sombong langsung tidak punya budi bahasaOleh Ainul Illia Meor Suzurudin 15 01 2020BANGI 19 Jamadilawal 1441H Rabu Seluruh rakyat di negeri Pahang yang mencintai keamanan berasa amat terguris hati dengan kenyataan netizen...
Doakan Keselamatan Kami Warga Hospital Sg Buloh Pohon Doa Rakyat Malaysia

Doakan Keselamatan Kami Warga Hospital Sg Buloh Pohon Doa Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 419 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan empat kes novel koronavirus telah dikesan di Malaysia setakat hari ini Seperti sedia maklum Hospital Sungai Buloh menjadi tempat rawatan untuk prosedur dan pemeriksaan sepatutnya di mana menjadi ma...
Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 305 hits
PUTRAJAYA 30 Jan Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei China diaktifkan hari ini susulan penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di wilayah berkenaan kata Menteri Kesihat...
China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 268 hits
MALAYSIAKINI Pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Hubei yang dilanda wabak koronavirus kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah Malah Kementerian Perta...
Henti Rebut Kuasa Dalam Ph Jaga Ekonomi Perut Rakyat Rais

Henti Rebut Kuasa Dalam Ph Jaga Ekonomi Perut Rakyat Rais

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 435 hits
Pakar strategi Bersatu itu menggariskan lima isu yang boleh memanjangkan jangka hayat PH melangkaui pilihan raya umum ke 15 akan dtaang
56 Rakyat Malaysia Terlibat Is Masih Terkandas Di Syria

56 Rakyat Malaysia Terlibat Is Masih Terkandas Di Syria

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 263 hits
Pengganas IS menyakinkan rakyat Malaysia kekal dan berjuang bersama mereka dan yakin akan kembali menubuhkan Daulah Islamiah PEKAN Terdapat 56 rakyat Malaysia yang disyaki terbabit aktiviti keganasan masih berada di Syria kata Ketua Penolon...
Malangnya Rakyat Malaysia Ada Menteri Kewangan Tak Diyakini Seperti Lge

Malangnya Rakyat Malaysia Ada Menteri Kewangan Tak Diyakini Seperti Lge

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 291 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata adalah malang bagi rakyat negara ini kerana mempunyai Menteri Kewangan seperti Lim Guan Eng Bidasnya jelas Guan Eng Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak b...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap