Agong Pm Dan Bekas Pm Pun Jalanikuarantin Kenapa Khairuddin Berlagak Sangat
DYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tidak mengelak daripada menjalani kuarantin diri selama 14 hari berikutan terdapat seorang kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19
Baginda berdua menjalani kuarantin setelah diuji dan disahkan negatif Covid-19
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin diri 14 selama hari di rumah setelah didapati bermesyuarat dengan seseorang yang disahkan positif Covid-19 di Pejabat Perdana Menteri
Sebelum menjalani kuarantin, Muhyiddin telah diuji negatif Covid-19
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut menjalani kuarantin diri 14 hari setelah didapati berada dalam kontak dekat dengan seorang Ahli Parlimen yang disahkan positif Covid-19
Tun Mahathir bagaimanapun disahkan negatif sebelum menjalani kuarantin tersebut
Kenapa orang-orang besar itu menjalani kuarantin
Sebabnya itulah ketetapan kerajaan dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 daripada terus menggila dalam negara
Tetapi, Khairuddin Attakiri yang baru balik dari Turki pada 7 Julai lalu, bukan saja tidak menjalani kuarantin diri, malah pergi ke sana sini menghadiri pelbagai program
Walhal, bermula 10 Jun, kerajaan telah menetapkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin diri selama 14 hari di rumah masing-masing
Ketika isu berkaitan dirinya tidak menjalani kuarantin itu hangat diperkatakan, Attakiri berkata, beliau telah menjalani tiga ujian Covid-19 dan disahkan negatif
Malah, dengan bangga, beliau mengatakan turut dibenarkan menghadiri suatu majlis di Istana Negara lantaran ujian terhadapnya disahkan negatif
Attakiri ni faham ke tidak tentang ketetapan kerajaan dalam mencegah Covid-19
Tahukah beliau bahawa sebab diuji negatiflah, maka seseorang itu kena dikuarantin selama 14 hari, manakala kalau positif akan terus dimasukkan ke hospital menerima rawatan
Apa yang dia buat dalam mesyuarat kabinet setiap Rabu
Kalau Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri boleh menjalani kuarantin, apa yang beliau berlagak sangat dan rasa begitu istimewa sampai tak mahu dikuarantin
Sedangkan jika Yang Dipertuan Agong, Muhyiddin atau Tun Mahathir tidak mahu menjalani kuarantin pun, siapa yang tahu dan siapa yang boleh memaksa
Tetapi, kenapa mereka masih sanggup menjalani kuarantin selama 14 hari dengan senang hati
Tentulah sebabnya kerana mereka itu adalah insan-insan terpuji, berhati luhur, patuh kepada ketetapan kerajaan dan tidak berlagak dalam kehidupan
Maka, berbanding mereka itu, apa yang Attakiri nak berlagak sangat sampai tak mahu menjalani kuarantin kalau dapat jadi menteri pun sekadar melalui tebuk atap
Kalau beberapa menteri di luar negara sanggup meletakkan jawatan kerana didapati melanggar peraturan Covid-19, susah sangatkah sebagai pemimpin parti Islam untuk beliau bertindak mulia seperti itu? (Shahbudindotcom 22/08/2020)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/08/agongpm-dan-bekas-pm-pun.html