Pengetua Guru Besar Diminta Guna Budi Bicara Dalam Tempoh Pkpb



KUALA LUMPUR – Pengetua dan guru besar (PGB) perlu menggunakan budi bicara yang sewajarnya dalam menentukan keperluan guru yang tinggal jauh untuk kembali ke stesen bertugas masing-masing dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusi Gabungan Alumni Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Malaysia, Dr Ab Wahab Che Mat berkata ini kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) boleh dilakukan secara dalam talian di mana sahaja hatta di kampung sekalipun dan tiada keperluan mendesak untuk memanggil guru berada di stesen bertugas pada waktu ini.

“PGB boleh memanggil guru dalam kuantiti seminimum yang boleh untuk membantu urusan pentadbiran yang dirasakan benar-benar penting di sekolah ketika ini. Namun, sekiranya sesuatu perkara itu boleh lagi dibincangkan melalui dalam talian, ia harus terus dilakukan melalui kaedah itu.

“Keutamaan buat guru kini ialah meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa di rumah sehinggalah sekolah dibuka kelak, jadi dengan ini ia sedikit sebanyak mengurangkan kesulitan guru yang sudah berada di kampung untuk berfikir pulang bertugas dalam waktu terdekat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu yang tular dalam media sosial bahawa terdapat arahan daripada PGB supaya guru kembali ke stesen bertugas masing-masing iaitu kediaman terdekat dengan sekolah kerana semua pejabat kerajaan telah dibuka bermula pada 4 Mei termasuk premis sekolah.

Perkara itu juga telah menimbulkan kesulitan kepada guru khususnya mereka yang terkandas di negeri untuk pulang kembali bertugas sedangkan tiada keperluan mendesak buat waktu ini termasuk urusan sesi persekolahan yang ditutup ekoran penularan wabak COVID-19.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran pula berpendapat walaupun guru terikat dengan Aku Janji iaitu bersedia berkhidmat jika dipanggil bertugas seperti mana penjawat awam lain, namun perkara itu perlu dilihat dalam konteks semasa.

Beliau berkata ia perlu dilihat dengan kenyataan Perdana Menteri pada 1 Mei lepas di mana kerajaan mengutamakan kakitangan awam untuk bekerja dari rumah kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat dan mesyuarat juga digalakkan diadakan secara dalam talian.

“Saya rasa semua guru faham dengan Aku Janji sebagai penjawat awam, tapi disebabkan situasi semasa pandemik COVID-19, bukan dalam keadaan normal, ia tidak boleh diaplikasikan 100 peratus, kena akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa yang lebih penting.

“Jadi saya berharap PGB faham perkara ini dengan perancangan yang betul dan teliti pentadbiran sekolah itu masih boleh diteruskan dan guru boleh meneruskan tugas mereka di rumah masing-masing secara dalam talian sehingga satu tarikh yang sesuai diumumkan oleh pihak kementerian,” katanya.

Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Dr Wan Wan Mohd Zahid Mohd Noordin pula berpandangan isu ini timbul kerana tidak ada ‘sumber autoriti’ sehingga berlaku percanggahan pendapat di peringkat bawahan termasuk PGB.

“Kita tidak mahu sesuatu arahan menjadi kelam kabut apa yang patut buat, ada rungutan sana sini dan menyebabkan pentadbiran lintang pukang. Jadi pihak atasan Kementerian Pendidikan perlu keluarkan satu garis panduan yang jelas dan akhirnya kecacatan sifar dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, seorang guru di facebook yang meluahkan pandangan berkata selagi tiada pengumuman rasmi pembukaan sekolah, PGB perlu bertolak ansur dengan memberi kebebasan untuk guru membuat pilihan untuk bekerja dari mana sekalipun.

Namun katanya, apabila kenyataan Perdana Menteri bahawa sektor ekonomi termasuk sektor awam akan dibuka, kemudian disusuli arahan-arahan supaya balik bekerja, maka guru terkejut seketika.

“Lebih menyulitkan lagi, semua arahan hanya berbentuk ‘taip di Whatsapp atau Telegram’ sahaja tanpa hitam putih rasmi. Ada negeri kata begini, ada negeri lain kata begitu.

“Pendapat saya, apa salahnya dalam tempoh berbaki cuma dua minggu sahaja lagi sebelum cuti sekolah (cuti hari raya Aidilfitri) akan datang, dibenarkan sahaja guru untuk terus kekal berada di mana-mana mereka berada sekarang.

“Hampir pasti sekolah tidak dibuka sebelum cuti sekolah ini. Sehingga saat ini pun tiada apa-apa pengumuman tentangnya,” katanya.

— BERNAMA




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/pengetua-guru-besar-diminta-guna-budi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Guru Yang Perlu Ke Sekolah Ketika Pkpb

Ada Guru Yang Perlu Ke Sekolah Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan sudah memutuskan ada guru sekolah akan dipanggil balik bekerja meskipun sesi persekolahan masih belum dibenarkan beroperasi Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat keperluan yang per...
Roti Nak Tamat Tempoh Jangan Dibuang Buat Bengkang Roti Guna Sukatan Cawan Je Padu Rasa Dia

Roti Nak Tamat Tempoh Jangan Dibuang Buat Bengkang Roti Guna Sukatan Cawan Je Padu Rasa Dia

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 888 hits
Selalu kalau beli roti tak sempat habis dah tamat tempoh Akhirnya buang macam tu sahaja Jangan dibuang roti yang dah nak sampai hari expired boleh buat bengkang roti yang mudah dan sedap Seperti perkongsian yang dibuat oleh menerusi laman F...
Agensi Pelancongan Dibenar Beroperasi Dalam Tempoh Pkpb Ismail Sabri

Agensi Pelancongan Dibenar Beroperasi Dalam Tempoh Pkpb Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 268 hits
Kerajaan bersetuju membenarkan pejabat agensi pelancongan seluruh negara beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Bagaimanapun beliau berkata kebenaran pengoperasian han...
Kkm Gesa Ibu Bapa Bawa Anak Anak Ke Fasiliti Kesihatan Awam Untuk Terima Perkhidmatan Imunisasi Semasa Tempoh Pkpb

Kkm Gesa Ibu Bapa Bawa Anak Anak Ke Fasiliti Kesihatan Awam Untuk Terima Perkhidmatan Imunisasi Semasa Tempoh Pkpb

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 428 hits
Seperti yang semua sedia maklum Kementerian Kesihatan Malaysia telah lama menyediakan perkhidmatan imunisasi kepada kanak kanak melalui sekolah dalam usaha untuk mencegah penularan penyakit berjangkit NORBERT MILLAUER DDP AFP via Getty Imag...
Guru Guna Unsur Jenaka Tarik Minat Belajar Dalam Talian

Guru Guna Unsur Jenaka Tarik Minat Belajar Dalam Talian

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 304 hits
SHAH ALAM 28 APRIL Seorang guru menggunakan elemen jenaka untuk mendidik pelajar dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Muhd Zahiruddin bin Abdul Wahab 34 yang mengajar subjek sains di sebuah sekolah menengah memilih imej...
Pkpb Srjkc Diserbu Diarah Henti Mesyuarat Guru Sedang Berlangsung Serta Merta Di Sipitang

Pkpb Srjkc Diserbu Diarah Henti Mesyuarat Guru Sedang Berlangsung Serta Merta Di Sipitang

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 694 hits
PKPB Sekolah diserbu diarah henti mesyuarat guru sedang berlangsung serta merta PKPB Sekolah diserbu diarah henti mesyuarat guru sedang berlangsung serta merta 15 Mei Sipitang Majlis Daerah Sipitang Sabah telah memuatnaik satu laporan berke...
Shaf Shalat Tarawih Berjamaah Di Masjidil Haram Renggang Ini Kata Guru Besar Universitas Islam Madinah

Shaf Shalat Tarawih Berjamaah Di Masjidil Haram Renggang Ini Kata Guru Besar Universitas Islam Madinah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 509 hits
Ada pemandangan yang berbeda dalam pelaksanaan shalat fardhu dan tarawih di Masjidil Haram pada bulan Ramadhan ini Shaf shalat terlihat renggang tidak lagi rapat seperti biasanya Pemandangan ini terlihat dalam beberapa hari terakhir di Masj...
Pkpb 500 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Di Arah Patah Balik

Pkpb 500 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Di Arah Patah Balik

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 403 hits
PUTRAJAYA Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri dengan alasan untuk balik kampung ditahan di sekatan jalan raya Beliau berkata polis mengambil tindakan tidak membenarkan mereka merentas negeri...
Insentif Maidam Sepanjang Tempoh Pkp Covid 19

Insentif Maidam Sepanjang Tempoh Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 589 hits
INSENTIF MAIDAM SEPANJANG TEMPOH PKP COVID 19 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah melaksanakan beberapa INSENTIF MAIDAM SEPANJANG TEMPOH PKP COVID 19 Antaranya adalah Bantuan Bulanan dan Sara Hidup Asnaf diawalkan pada 18 Ma...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang