Hadi Mesti Berani Seperti Anwar Jika Benar Mahu Tumbangkan Kerajaan


 
Presiden Pas, Hadi Awang adalah satu-satunya pemimpin blok pembangkang PN yang paling gemar dan sentiasa ghairah bercakap mengenai usaha menebuk atap bagi menumbangkan kerajaan.
Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin pun tidak sekerap dan seghairah beliau bercakap untuk menjatuhkan kerajaan.
Berbanding topik lain seperti ekonomi, pelaburan, pengangguran, pendidikan, malah berkenaan banjir yang sedang melanda beberapa negeri sekarang, Hadi Awang boleh dikata tidak bercakap langsung mengenainya.
Tetapi, bila bab menjatuhkan kerajaan dan menumbangkan Anwar Ibrahim, matanya sentiasa saja bersinar-sinar untuk bercerita.
Peliknya, ketika kempen pilihan raya diadakan sebelum ini, tidak pula beliau keluhatan ghairah berkempen ke seluruh negara untuk memenangkan PN dan mengelakkkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.
Keghairahan beliau hanya mula muncul setelah keputusan pilihan raya diumumkan dan diumumkan tiada parti yang cukup majoriti secara sendirian untuk menubuhkan kerajaan.
Ketika itu, dalam perjumpaan yang sepanjang masa berlangsung di kediaman Mahiaddin, kelibat beliau sentiasa saja ada kelihatan.
Kadang-kadang, awal pagi lagi beliau sudah sampai di rumah Pengerusi PN itu.
Kerajinannya itu hampir kalah jika dibandingkan dengan semangatnya untuk hadir ke Parlimen.
Kemudian setelah kerajaan perpaduan terbentuk, Anwar dinobat sebagai Perdana Menteri dan sehinggalah sekarang, pantang ada peluang, sasaran pengucapannya tidak lain ialah untuk menjatuhkan kerajaan dan menumbangkan Anwar.
Ishh…ishh…ishh….
Susulan kenyataannya sebelum ini bahawa Anwar akan tumbang tidak lama lagi dan kenyataan itu dipertikaikan banyak pihak kerana dianggap bertentangan dengan titah Yang Dipertuan Agong, Hadi tetap mempertahankan kenyataan tersebut.
Kata beliau, menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa dalam politik.
“Itu satu kenyataan daripada segi politik dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling tadah, itu berlaku.
“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri, ada berlaku.
“Sebab itu ia tidak mustahil akan berlaku,” tambahnya.
Kadang-kadang, terutama dengan adanya akta lompat parti di mana peralihan sokongan Ahli Parlimen secara individu tidak lagi terpakai, bahkan akuan bersumpah atau SD pun sudah tak laku, disusuli wujudnya perjanjian persefahaman melibat lima parti teras yang membentuk kerajaan perpaduan sekarang – PH, BN, GPS, GRS dan Warisan – geli hati pun ada dengan gelagat Hadi ini.
Hakikatnya, daripada segi logik akal adalah sukar untuk melihat Anwar dapat dijatuhkan, kecuali ada parti yang bertindak menarik sokongan.
Tak puas hati seorang dua tidak memberi kesan apa-apa.
Pilihan yang tinggal dan paling munasabah untuk menukar kerajaan hanyalah melalui PRU dan undi rakyat setiap lima tahun sekali.
Sebab itu, kalau kita perhatian, Mahiaddin selaku Pengerusi PN dan Hamzah selaku Ketua Pembangkang lebih menumpukan kepada isu-isu kepentingan rakyat atau menyerang Anwar sebagai Perdana Menteri berbanding bercakap mengenai tebuk atap dan menjatuhkan kerajaan di tengah jalan.
Kenapakah hanya Hadi seorang yang tidak henti bercakap tentang tebuk atap?
Apakah beliau tidak memahami realiti?
Atau Hadi sebenarnya ingin dirinya pula berbanding Mahiaddin atau Hamzah ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri?
Meskipun hak Hadi untuk terus bercakap mengenai tebuk atap atau menjatuhkan kerajaan, malah tidak pun menjadikan elaun Ahli Parlimennya dipotong, ingin dipesan adalah lebih baik agar beliau segera tampil secara membuktikan kata-katanya itu.
Lakukanlah seperti Anwar dulu yang berani mengadakan sidang media mengenai cukup sokongan telah diperolehinya untuk mengambil alih kerajaan.
Jangan asyik sembang kosong saja tapi tak juga berlaku apa-apa.
Mahu juga dilihat siapa yang sedia bersama dan ingin bergotong-royong dengan beliau untuk memanjat dan menanggalkan atap itu?
Buktikanlah segera, asyik-asyik cakap saja, takut nanti isteri dan anak-anaknya sendiri di rumah pun turut sama loya menyaksikan drama yang tiada “ending” ini. – ShahbudinHusin 07/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/hadi-mesti-berani-seperti-anwar-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insya Allah Kerajaan Anwar Akan Tumbang Hadi

Insya Allah Kerajaan Anwar Akan Tumbang Hadi

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 177 hits
malaysiakini comPresiden PAS Abdul Hadi Awang menjangkakan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi Berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan Mendepani Cabaran Globalisasi Media ...
Haji Hadi Masih Nak Tumbangkan Kerajaan Perpaduan Rakyat Susah Dia Tak Kesah

Haji Hadi Masih Nak Tumbangkan Kerajaan Perpaduan Rakyat Susah Dia Tak Kesah

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 280 hits
SHAFIQAH MUKHSINKetika rakyat baru menarik nafas lega di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan timbul pula isu daripada pihak lawan yang ingin menumbangkan kerajaan sedia ada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke 10 D...
Kelebihan Kerajaan Anwar Tidak Menjual Aset Seperti Kerajaan Mahathir

Kelebihan Kerajaan Anwar Tidak Menjual Aset Seperti Kerajaan Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 173 hits
Jika hendak di ikutkan kepada data kerajaan Anwar lebih berkedudukan parah kerana mewarisi kerajaan peninggalan Muhyiddin Yassin Muhyiddn Yassin mewarisi kerajaan peninggalan Tun Mahathir Ismail Sabri pula sekadar menjadi Perdana Menteri ba...
Hadi Awang Ramal Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Ibrahim Akan Tumbang Dalam Masa Terdekat

Hadi Awang Ramal Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar Ibrahim Akan Tumbang Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 175 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang meramalkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa terdekat nbsp Hadi berkata demikian ketika berucap di sesi Dialog Ulama Negarawan Mendepani Cab...
Anwar Biarlah Hadi Terus Merancang Dan Mengigau

Anwar Biarlah Hadi Terus Merancang Dan Mengigau

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 154 hits
Shakira BuangPerdana Menteri Anwar Ibrahim tidak begitu mengendahkan ramalan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan pimpinannya akan tumbang tidak lama lagi Tak apalah biar dia merancang dan mengigau katanya ringkas kepada pemberita ...
Apa Yg Bersihnya Sangat Kerajaan Anwar Ini

Apa Yg Bersihnya Sangat Kerajaan Anwar Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 209 hits
Dari Hari pertama selepas PRU15 hingga sekarang Kerajaan retorik
Sharir Samad Amaran Hadi Permulaan Langkah Jatuhkan Kerajaan

Sharir Samad Amaran Hadi Permulaan Langkah Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 152 hits
MalaysiakiniPemimpin kerajaan perlu berwaspada dengan amaran Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bakal tumbang Veteran Umno Shahrir Samad berkata ini kerana PAS juga merupakan pence...
Mind Your Words Don T Challenge Malay Rulers Anwar Tells Hadi

Mind Your Words Don T Challenge Malay Rulers Anwar Tells Hadi

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 180 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has told PAS president Abdul Hadi Awang to mind his words and never go against the decisions taken by the Malay rulers This is especially in matters concerning the rulers powers in issues pertaining to Islam suc...
Hadi Should Be Mindful Of His Words And Not Offend Malay Rulers Says Anwar

Hadi Should Be Mindful Of His Words And Not Offend Malay Rulers Says Anwar

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 188 hits
Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang should be mindful of his words in order not to offend the Malay Rulers especially when it comes to sensitive religious comments Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said Hadi must respect the decisi...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment