Afiq Muiz Diminta Bertaubat Minta Maaf Pada Ibu





     Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohonan maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu.

Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

“Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.

“Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.

“Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.

“Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan Afiq yang meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu yang membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.

Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut selepas hatinya hancur melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.

Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.




Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18.

Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayanginya dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.

Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.

“Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.

“Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.

“Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita,” tegasnya.

Sumber - MStar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rashidyshidy.blogspot.com/2013/05/afiq-muiz-diminta-bertaubat-minta-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Perihal Artis Afiq Muiz

Panas Perihal Artis Afiq Muiz

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 126 hits
Salam Sejahtera semua Bro nak share satu perihal yg sangat panas ni Sekarang ni bro pun dah keliru siapa yang cari pasal dengan siapa Ada sebelah pihak kata Afiq Muiz ni anak derhaka yang sangat ego tak mahu maafkan ibunya Dan ada sebelah p...
Fizo Omar Pula Tegur Afiq Muiz

Fizo Omar Pula Tegur Afiq Muiz

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 115 hits
Fizo Omar Tegur Afiq Muiz Kongsi Kisah Hidup Susah PETALING JAYA Sebagai pelakon yang lebih tua Fizo Omar melahirkan rasa terkilan dan menegur sikap pendatang baru Afiq Muiz kerana enggan memohon maaf terhadap ibunya Hasliza Mohd 48 berikut...
Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 170 hits
KHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNGKHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNG Mengandung merupakan fasa memenatkan bagi para ibu pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi untuk melahirkan zuriat Kalau diklinik kesihatan memang ban...
Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 242 hits
TIPS IBU BAPA BILA ANAK ANAK MASUK TADIKA Alhamdulillah Mek Icha dah umur 4 tahun Hari hari cakap nak ke sekolah jadi ummi dan papa mencari tadika yang sesuai untuk anak sulung belajar Kebetulan Mek Cah terjumpa tips ini untuk ibu bapa mema...
Baru Anak Tak Jemu Rasa Bubur Macam Ala Mushroom Soup Ibu Ini Kongsi Resipi

Baru Anak Tak Jemu Rasa Bubur Macam Ala Mushroom Soup Ibu Ini Kongsi Resipi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 342 hits
Bila anak dah masuk 7 bulan mama pun dah perkenalkan jenis jenis makanan pada bayi jadi boleh lah mama campurkan beberapa bahan di dalam bubur supaya anak tak mudah jemu Yang penting anak tiada alahan terhadap bahan yang dikongsi ini Jika a...
Selepas Dua Anak Baru Tahu Ibu Ayah Tak Pernah Bernikah

Selepas Dua Anak Baru Tahu Ibu Ayah Tak Pernah Bernikah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 251 hits
NUR HUDA MUSAPETALING JAYA Seorang wanita terkedu apabila mengetahui ibu dan bapanya tidak pernah bernikah secara sah dan memalsukan sijil pernikahan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli melalui satu hantaran di laman F...
Andra Respati Aku Merindumu Ibu Chord

Andra Respati Aku Merindumu Ibu Chord

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 150 hits
Dm C G C Em F EmDm E Am Amterngiang ngiang suaramu Am Dmengkau memanggil manggil namaku G Cdisaat engkau membutuhkanku ibu Eoh ibu Amterbayang bayang senyumanmu Am Dmengkau membelai belai rambutku G Ckau nasehati diriku ini ibu Eoh ibu Am k...
Lelaki Maut Digilis Lori Lepas Kelar Leher Ibu Potong Cuping Telinga

Lelaki Maut Digilis Lori Lepas Kelar Leher Ibu Potong Cuping Telinga

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 245 hits
Seorang anak tergamak mengelar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5 Jalan Jeniang dekat Gurun awal pagi Rabu Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah kejadian dipercayai berlaku...
Ibu Terpaksa Mencuri Demi Derita Anak

Ibu Terpaksa Mencuri Demi Derita Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 166 hits
NANJING CHINA Selepas kisah seorang ibu yang terpaksa mencuri ayam dan beberapa buah buku untuk dihadiahkan kepada anaknya telah menarik simpati netizen malah sebuah laman diwujudkan bagi meraih derma bagi membantu mereka Liu Jinxia mempuny...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation