Aeon Icash Pinjaman Tanpa Penjamin Dan Tidak Perlu Pengesahan Majikan


AEON iCash Personal Financing merupakan pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad, adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya berlandaskan konsep Bai Al-Inah, yang telah disahkan oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh AEON.


Pinjaman ini juga adalah pinjaman tidak bercagar (unsecured loan). Oleh itu pemohon tidak perlu mengemukakan cagaran atau menyediakan penjamin untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash.

Antara ciri menarik yang membuatkan pinjaman peribadi AEON ini sangat diminati adalah kerana syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak AEON tidak terlalu ketat.

Anda hanya perlu mempunyai gaji minimum tahunan sekurang-kurangnya RM18,000, iaitu RM1,500 sebulan.

AEON Credit juga menawarkan skim pembiayaan peribadi ini kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira jenis pekerjaan.

Pelan ini ditawarkan kepada mereka yang Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara, Tentera, dengan had umur dari 18 hingga 65 tahun.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, bolehkah saya mohon AEON iCash Personal Financing?

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.

Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik - boleh cuba memohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan atau perumahan - anda dinasihatkan MENUNGGU tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan.

Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

KELEBIHAN PEMBIAYAAN PERIBADI AEON iCash

1. Kelulusan Segera

Rata-rata bank menyatakan kelulusan segera, tetapi ini adalah tertakluk kepada beberapa faktor seperti kelayakan pemohon, dokumen yang diberikan dan beberapa faktor-faktor lain.

Mengikut pengalaman, tempoh kelulusan AEON Kredit iCash adalah antara 1-3 hari bekerja. Ini sudah dikira pantas berbanding bank lain.

2. Kadar Rendah

Pinjaman peribadi AEON iCash menawarkan kadar terendah daripada 0.8% hingga 1.5% setiap bulan. Kadar ini bergandung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

3. Kelayakan had umur yang fleksibel

Selain jumlah pembiayaan dan tempoh pembiayaan yang fleksibel, kelayakan had umur yang dibenarkan untuk memohon juga tidak membebankan.

Mereka yang berumur semuda 18 tahun boleh mohon pinjaman ini, bagi memudahkan mereka yang baru menjawat jawatan dan ingin memohon pelan pembiayaan peribadi.

Had umur maksimum pula ditetapkan pada 65 tahun pada tempoh matang pinjaman.

4. Kadar keuntungan yang berpatutan

Oleh kerana AEON iCash adalah pinjaman peribadi Islamik – caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah berpatutan.

AEON hanya mengenakan kadar keuntungan tahunan tetap antara 7.92% p.a hingga 14.4% p.a.

5. Pembiayaan sehingga RM100,000

Dengan jumlah pinjaman serendah RM1,000 sehingga mencecah RM100,000, pinjaman peribadi AEON iCash sesuai untuk semua golongan.

6. Tempoh Pembayaran Sehingga 84 bulan

AEON iCash memberi tempoh pembayaran pinjaman yang begitu fleksibel. Anda boleh memilih untuk membayar dari 6, 9, 12, 15, 18, 24, 30, 36, 48, 60, 72 dan 84 bulan.

7. Dokumen Yang Ringkas

Anda cuma perlu menyediakan dokumen yang ringkas seperti slip gaji, penyata bank, penyata EPF (Jika perlu).

8. Tidak Perlu Penjamin Atau Pengesahan Majikan

Pinjaman peribadi AEON iCash tidak memerlukan penjamin, cagaran atau pengesahan majikan.

9. Lulus Syariah

Oleh kerana AEON iCash adalah berasaskan konsep Bai Al Inah, pembiayaan peribadi ini lulus syariah. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk memohon AEON iCash.

SYARAT LAYAK MEMOHON

Sekiranya anda berminat dan ingin mohon pinjaman ini, berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing.

1. Syarat umum
Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun hingga 65 tahun. Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas. Gaji bersih minimum RM800 setiap bulan. Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia. Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA). Bukan di bawah seliaan AKPK.
2. Syarat untuk kakitangan awam

Status pekerjaan ialah tetap.

3. Syarat untuk pekerja swasta
Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama. Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.
4. Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri
Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun. Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas.
DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan dokumen adalah lengkap dan seperti yang diminta untuk melancarkan urusan permohonan AEON iCash anda.

1. Kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank)
Salinan kad pengenalan depan dan belakang. Penyata slip gaji 3 bulan terkini. Penyata bank 3 bulan terkini. Penyata KWSP (EPF) terkini.
2. Kerja makan gaji (gaji dibayar tunai)
Salinan kad pengenalan depan dan belakang. Penyata slip gaji 6 bulan terkini. Penyata KWSP (EPF) terkini.
3. Kerja makan gaji (tiada potongan EPF)
Salinan kad pengenalan depan dan belakang. Penyata slip gaji 6 bulan terkini. Penyata bank 6 bulan terkini.
4. Pendapatan tidak tetap/Penerima komisen
Salinan kad pengenalan depan dan belakang. Penyata komisen 6 bulan terkini atau Penyata KWSP (EPF) terkini.
5. Bekerja sendiri
Salinan kad pengenalan depan dan belakang. Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini. Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
Dokumen-dokumen yang diperlukan sangat ringkas.

CAJ PEMBIAYAAN

Berikut ialah bayaran dan caj yang dikenakan terhadap peminjam pinjaman peribadi AEON iCash:
Untuk pinjaman berjumlah RM1,000 hingga RM10,000 – caj pemprosesan sebanyak 4% dari jumlah pinjaman. Untuk pinjaman berjumlah RM10,100 hingga RM100,000 – caj pemprosesan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman. Caj maksimum dihadkan kepada RM400.
AEON Credit tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak (early termination fee).

Walau bagaimanapun, caj lewat bayar dikenakan antara RM18 hingga RM40, bergantung kepada syarat dan terma.

Caj-caj ini mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

JADUAL PEMBAYARAN SEMULA







CARA MEMOHON PINJAMAN PERIBADI AEON iCash

Tips: Sebelum memohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat yang telah dinyatakan.

Tiada guna memohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi AEON iCash.

Anda boleh memohon pembiayaan peribadi AEON iCash dengan cara:

1. Walk in ke kaunter AEON Credit

Anda boleh pergi ke cawangan AEON Credit terdekat untuk memohon.

Untuk memudahkan proses permohonan, sila sediakan dokumen seperti yang dinyatakan di atas terlebih dahulu.

2. Mohon secara online

Anda boleh memohon secara online menerusi laman web AEON melalui pautan ini – KLIK DI SINI

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu OPR Dan Interest Rate Bank Negara Dan Kesannya Kepada Nilai Wang?Ketahui 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tapi Ramai Tak Tahu
sumber: (1)(2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/05/pinjaman-tanpa-penjamin-dan-pengesahan-majikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lagi Berbaloi Dimaki Tak Reti Jaga Anak Oleh Majikan Jururawat Berhenti Kerja Kini Jana Pendapatan 5 Angka

Hiburan Lagi Berbaloi Dimaki Tak Reti Jaga Anak Oleh Majikan Jururawat Berhenti Kerja Kini Jana Pendapatan 5 Angka

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 234 hits
Seorang bekas jururawat yang berhenti akibat dimarahi majikannya kerana tidak pandai menjaga anak kini berjaya menjana pendapatan sehingga RM12 000 Difahamkan daripada temubual Nurul Fadzilah Mazlan menyatakan bahawa dia mula berkhidmat di ...
Majikan Masih Terbeban Keputusan Kerajaan Naikkan Kadar Gaji Rm1 500 Kata Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman

Majikan Masih Terbeban Keputusan Kerajaan Naikkan Kadar Gaji Rm1 500 Kata Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 246 hits
nbsp Persekutuan Majikan majikan Malaysia mengakui kebanyakan majikan ketika ini masih terbeban dengan kadar gaji minimum RM1 500 yang dikuatkuasakan bermula 1 Mei lalu Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata ini kerana kebany...
Gaji Rm1 500 Bila Perbaharui Kontrak Amah Indonesia Majikan Wajib Bayar

Gaji Rm1 500 Bila Perbaharui Kontrak Amah Indonesia Majikan Wajib Bayar

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Majikan yang menggaji pembantu rumah warga Indonesia ketika ini wajib membayar gaji minimum RM1 500 apabila memperbaharui kontrak kerja mereka Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata pelarasan gaji itu adalah untuk dis...
Hiburan Bazir Masa Dan Duit Pekerja Mengeluh Penat Mental Dan Fizikal Rayu Majikan Beri Pilihan Wfh

Hiburan Bazir Masa Dan Duit Pekerja Mengeluh Penat Mental Dan Fizikal Rayu Majikan Beri Pilihan Wfh

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 206 hits
Sejak pihak kerajaan memberi banyak kelonggaran dan kini negara sudah lalui fasa endemik banyak syarikat sudah mula memanggil pekerja mereka untuk datang bekerja semula ke pejabat setelah 2 tahun hanya bekerja dari rumah Baru baru ini tular...
Panduan Ringkas Menyediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Untuk Buat Pinjaman

Panduan Ringkas Menyediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Untuk Buat Pinjaman

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 222 hits
Anda biasanya perlu sediakan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan jika ada hasrat mahu memohon duit pinjaman dari agensi kewangan kerajaan Selain itu jika anda seorang pelajar universiti atau kolej ambil kursus tambahan keusahawanan umpamanya ...
Rekomendasi 5 Aplikasi Pinjol Resmi Untuk Pinjaman Uang Mendesak

Rekomendasi 5 Aplikasi Pinjol Resmi Untuk Pinjaman Uang Mendesak

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 271 hits
Kehadiran sistem pinjaman online akan membantu masyarakat agar lebih mudah mendapatkan pinjaman dana Hal itu bisa membantu masyarakat saat Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Pinjaman Rumah Tanpa Slip Gaji 2022 Skim Jaminan Kredit Perumahan

Pinjaman Rumah Tanpa Slip Gaji 2022 Skim Jaminan Kredit Perumahan

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 220 hits
PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI 2022 Skim Jaminan Kredit Perumahan Kepada individu yang berpendapatan tidak tetap dan tiada slip gaji tetapi ingin memiliki rumah kediaman sendiri anda boleh membuat permohonan pinjaman melalui Skim Jaminan Kr...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Rania Main Air Masak Masak

Sambal Nasi Lemak

Pekerja Pusat Khidmat Pelanggan Kata Ai Lebih Banyak Menyusahkan Daripada Membantu