Adun Pkr Diingatkan Jangan Ejek Wakil Rakyat Pn Hingga Hina Islam


agendaily.com28/02/2023
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, meninjau kebakaran yang memusnahkan motosikal penduduk di di Flat Tuna, Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang. - Gambar FB Muhammad Fawwaz
Seorang pemimpin politik di Pulau Pinang berpendapat wakil rakyat kerajaan yang memerintah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan Islam, dalam usahanya menyemai kebencian terhadap Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Ibrahim Ani yang juga seorang pemerhati politik tempatan mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR itu memohon maaf atas perbuatan menyinggung dan merendah-rendahkan Islam.

Menurutnya usaha memperlekehkan Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan kini telah melampaui diri Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang sebelum ini bukan sahaja berusaha membantu rakyat secara zahir, malah dilakukan juga dengan berdoa kepada Allah SWT.

“Tetapi perlekehan mereka (pemimpin PKR) melampaui batang tubuh Muhammad Fawwaz di mana hingga mengheret kepada ikhtiar dan tawakal beliau kepada Allah SWT. Doanya memohon kepada Yang Maha Berkuasa, bukannya yang ada kuasa tetapi bakhil!

“Itupun diejek dan diperolok-olokkan mereka hanya kerana cuba menyemai sebar kebencian kepada dirinya. Ini sudah keterlaluan kerana perbuatan memperlekeh amalan doa sebenarnya menghina agama yang suci ini.

“Oleh itu mereka yang berkenaan mesti segera meminta maaf atas perbuatan menyinggung merendahkan Islam itu. Atau bersedia laporan kepada pihak berkuasa kerana cuba mencetuskan ketidaktenteraman awam atas sikap berbaur perkauman dan agama melampau tersebut,” katanya dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakah, dipercayai merujuk kepada ADUN PKR Machang Bubok, Pulau Pinang, Lee Khai Loon.

Difahamkan, perkara itu tercetus setelah Lee mendakwa Fawwaz gagal menjalankan fungsinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam kes kebakaran beberapa buah motosikal penduduk di Flat Tuna, Seberang Jaya.

Lee dikatakan membuat kenyataan “YB kawasan tak buat kerja ke? Sampai mantan MP Pematang Pauh Nurul Izzah Anwar kena kembali buat kerja untuk Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan” hingga mencetuskan perbalahan di laman Facebooknya.

Dalam membalas satu komen netizen, ADUN Machang Bubok itu menulis “ADUN Seberang Jaya mana free, selalu pergi main golf kat KL mana ada masa jaga rakyat, ustaz Fawwaz datang apa apa pun tak dapat bantu, ambil gambar banyak dan doa doa sahaja. Sebagai wakil rakyat kena ambil tindakan dan bukan sekadar thoughts and prayers untuk dapatkan like kat Tiktok tapi kerja tak buat”.

Kejadian motosikal terbakar itu dilaporkan berlaku 2 Februari lalu. Difahamkan, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan telah mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk di flat berkenaan dan menguruskan bantuan zakat yang dikatakan telah pun diluluskan.

Mengulas Bajet 2023, Ibrahim berkata pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berusia 100 hari dalam hanya lima hari sahaja lagi, namun belum terlaksana segala janji dan reformasi yang pernah diikrarkan.

Menurutnya janji-janji Anwar cukup tersohor hingga membuak harapan ramai menanti detik direalisasikan setelah beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

“Malangnya semua itu dimungkiri bersama formula-formula karut Si Rafizi Ramli. Begitu juga laungan keramat ‘Reformasi’ menentang kronisme dan nepotisme, akhirnya menjadi halal kepada kawan dan keluarga sendiri.

“‘Lawan Tetap Lawan’ terhadap penyamun dan perompak, kini semuanya menjadi kawan.

“Malah, Belanjawan 2023 yang ditunggu-tunggu untuk menggegar sejarah, hanya sekadar indah khabar dari rupa. Sebaliknya, pembentangan bekas ‘Menteri Kewangan Terbaik Asia’ itu dilihat bagaikan ‘copy paste’ yang ‘dulu-dulu’.

“Enak terdengar cuma kalimah ‘Madani’, ‘Rahmah’ dan perkataan-perkataan Indonesia yang dilantunkan Anwar dalam ucapannya. Beliau juga terlihat ghairah untuk ‘berceramah’, tetapi seperti berada dalam khayalan ‘syok sendiri’,” kata Ibrahim lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/adun-pkr-diingatkan-jangan-ejek-wakil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Wakil Rakyat Kelantan Bakal Naik Berita Lama

Gaji Wakil Rakyat Kelantan Bakal Naik Berita Lama

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 241 hits
Menyedari sikap rakyat Malaysia hanya suka membaca tajuk berita tanpa membaca keseluruhan isi berita maka ada pihak yang menulis kembali berita yang sudah bertahun tahun berlaku Ada satu media dalam talian menaikkan satu tajuk Gaji wakil ra...
Belajar Dari Rakyat Pemimpin Pembohong Penipu Buat Salah Cakap Tak Serupa Bikin Jangan Lari Jangan Nafi

Belajar Dari Rakyat Pemimpin Pembohong Penipu Buat Salah Cakap Tak Serupa Bikin Jangan Lari Jangan Nafi

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 247 hits
Rakyat boleh faham boleh maafkan jika berani MENGAKU salah Jika lari jika terus sombong jika terus bohong jika terus membuli jika Cuba jadi diktator rakyat akan ajar kamu di PRN
4 Ekor Dilucut Wakil Rakyat

4 Ekor Dilucut Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 394 hits
DUN Pulau Pinang lucut 4 wakil rakyat Bersatu kerana lompat partiEmpat Adun Bersatu itu berpaling tadah kepada Perikatan Nasional selepas memenangi kerusi mereka di bawah tiket Pakatan Harapan pada PRU14 06 Mar 2023 Zolkifly Lazim Dr Afif B...
Adun Chukai Nafi Hina Menu Rahmah

Adun Chukai Nafi Hina Menu Rahmah

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 427 hits
ADUN Chukai Nafi Hina Menu Rahmah Adun Chukai Hanafiah Mat berkata hidangan yang dipaparkan dalam video yang telah menjadi tular tidak ada kaitan dengan program Menu Rahmah Menurut laporan Sinar Harian exco kebajikan Terengganu itu merancan...
Banjir 2 Warga Emas Lemas Air Naik Hingga Bumbung Rumah

Banjir 2 Warga Emas Lemas Air Naik Hingga Bumbung Rumah

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua warga emas ditemui lemas dalam rumah masing masing yang dinaiki air di Segamat Johor Berdasarkan keadaan mayat dua warga emas itu dipercayai berusaha menyelamatkan diri hingga saat akhir tetapi gagal Ketua Pol...
Nostalgia Tahun 2000 An Di Everblast Festival Ada Hoobastank Hingga Simple Plan

Nostalgia Tahun 2000 An Di Everblast Festival Ada Hoobastank Hingga Simple Plan

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 144 hits
Kalau dengar nama Hoobastank atau Simple Plan pasti langsung teringat masa di mana lagu mereka sering banget kita dengar di warnet Nah kali ini Everblast Festival menghadirkan sejumlah musisi populer tahun 2000 an yang akan mengajak nostalg...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu