Adun Dap Buntong Sertai Gerakan Dakwa Demokrasi Dalam Dap Cacat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong A Sivasubramaniam hari ini secara rasmi menyertai parti Gerakan.
Ini  selepas bekas wakil rakyat DAP dari Perak itu mengumumkan keluar  daripada parti itu pada 9 Mac lalu dan mengisytiharkan sokongan terhadap  gabungan Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu kenyataan hari ini,  Sivasubramaniam yang merupakan Adun bagi penggal ketiga di Buntong  berkata bahawa beliau bertindak keluar dari DAP selepas mengalami  "pengalaman pahit" selama 22 bulan bersama parti itu di Perak.
"Kita semua kenal, kononnya, DAP adalah sebuah parti multiracial (pelbagai kaum) berpaksikan demokratik.
"Tetapi,  keadaan sebenarnya adalah terlalu pahit. Demokrasi dalam DAP Perak  dikuasai oleh satu dua orang yang berkuasa yang mengenepikan kesuburan  demokrasi dalam parti itu.
"Di peringkat negeri, dua saudara yang  terlalu selesa dan kuat. Tiada siapa yang boleh menegur mereka, tiada  siapa boleh menasihati mereka. Demokrasi ala DAP terlalu cacat," katanya  tanpa menyebutkan nama spesifik.
Terdahulu, Sivasubramaniam  mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin Gerakan sebelum  mengumumkan menyertai parti itu secara rasmi di Wisma Gerakan Ipoh,  Perak, pagi tadi.
Menurutnya, keputusannya untuk melepaskan  keahlian dalam DAP adalah tepat dan dibuat demi kebaikan dan kebajikan  penduduk DUN Buntong.
"Ada yang kata keputusan saya untuk keluar parti telah membelakangkan kepercayaan rakyat yang memilih saya.
"Saya  ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa dalam 22 bulan  (kerajaan PH) campur tangan DAP dalam pemerintahan negeri adalah terlalu  parah dan hanya berpaksikan kepentingan diri sendiri oleh segelintir  pemimpin," katanya.
Untuk rekod, DAP Perak sebelum ini dilihat  berpecah kepada dua kem selepas bekas bendahari Paul Yong tidak sehaluan  dengan dua pemimpin kanan DAP Perak, Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.
Paul  Yong merupakan Adun Tronoh juga bertindak keluar dari DAP dan PH  bersama empat Adun Bersatu dan satu daripada Amanah mengakibatkan  kerajaan PH di Perak tumbang.
Sementara itu, Sivasubamaniam  memberitahu bahawa dengan menyertai Gerakan, kini beliau dalam  perjalanan baru yang dapat memenuhi aspirasi rakyat.
"Gerakan akan menjadi wadah baru perjuangan saya.
"Dengan  ini juga sebanyak 21 cawangan DAP dari kawasan Buntong juga bertindak  keluar dan menyertai Gerakan," katanya sambil mengucapkan terima kasih  kepada Presiden Gerakan Dominic Lau.
Tambah Sivasubramaniam, dia juga tetap menyokong kepimpinan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu  dan kerajaan PN Perak.
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/adun-dap-buntong-sertai-gerakan-dakwa.html