Aduan Kerosakan Lampu Jalan Tnb Menerusi Sms Mudah Dan Pantas
Salah satu lampu jalan di lorong rumah Mak saya di kampung Johor mengalami kerosakan. Saya cuba menghubungi talian 15454 untuk membuat aduan kerosakan. Selepas menekan pilihan bahasa, terus muncul suara memberitahu lokasi-lokasi yang sedang mengalami gangguan elektrik. Eh, panjang pulak dia bercakap dari satu negeri ke satu negeri. Malas nak menunggu, saya tamatkan panggilan
Saya kemudiannya buka laman web TNB, mencari kalau ada cara lain untuk kita buat aduan. Oh, rupanya boleh juga buat aduan menerusi SMS. Begini caranya 👇🏽
Tangkap layar daripada laman web TNB.
Saya tak daftar, terus je buat aduan sebab yakin nombor telefon saya sudah ada dalam sistem TNB. Ini bukan kali pertama saya buat aduan kerosakan lampu jalan.
Saya menghantar SMS di atas pukul 2.36 petang, 20 September lalu. Sejurus selepas itu, satu panggilan masuk diterima (tertera lokasi pemanggil - Semenyih). Rupa-rupanya panggilan dari pihak TNB berkenaan aduan SMS saya tadi. Pantas
Setelah menjawab beberapa soalan pengesahan aduan dan memberi maklumat berkenaan tiang lampu yang rosak (besi atau konkrit, berbayar bulanan atau tidak, paling penting - nombor tiang), saya diberi jaminan bahawa kerosakan akan dibaiki dalam tempoh 24 jam
Saya fikir tentu esok hari baru pihak TNB akan baiki. Saya buat aduan pun dah petang. Tapi sekitar pukul 8.30 malam (hari yang sama), saya terima panggilan dari seseorang bertanyakan lokasi lorong rumah Mak saya. Katanya nak baiki lampu jalan yang rosak. Terkejut juga, tak sangka mereka buat kerja jugak waktu malam
Alhamdulillah, selesai hal lampu jalan rosak hanya dalam tempoh masa kurang 7 jam daripada masa aduan dibuat. Memang terbaik sungguh servis TNB 👍🏽
Selepas itu baru saya tahu bahawa sudah bertahun lama ada servis SMS ni. Saya je yang ketinggalan info. Jadinya saya catatkan di blog kot ada orang yang belum tahu macam saya jugak 😄. Tapi sebelum buat aduan tu kenalah pastikan tu tiang lampu di bawah selenggaraan pihak mana. Bukan semua tiang lampu kepunyaan TNB tau. Boleh tahu dengan membaca info pada tiang lampu berkenaan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2021/09/aduan-kerosakan-lampu-jalan-tnb.html