Adriana Sports Day 2017 Photo Memories
Adriana Sports Day 2017
Rasanya hampir 2 bulan lebih UA tak update blog, akhirnya UA paksakan diri menaip di sini demi sebuah memori sebagai seorang ibu. Memori membesarkan anak yang pastinya menggembirakan mana-mana ibu. Dua tiga bulan ini UA berehat dari blog dan cuba menyusun kembali masa dan hidup sebagai ibu yang macam rollercoster ini. huhu. Jadi untuk bermula kembali dan disebabkan sekarang kita tengah hangat dengan Sukan Sea 2017, entri kali ini UA ingin kongsikan gambar Adriana dan kawan-kawan di Sports Day 2017 pada 29 Julai 2017. Memandangkan tahun ini tahun akhir anak-anak di sekolah ini, jadi harus titipkan jadi kenangan. Ibu pula sedih lebih sebab 4tahun juga anak-anak sekolah disini
Seawal pukul 7, UA bersama suami dan kakak Afrina sampai di Kampus baru yang terletak di Cyberjaya. Macam tahun sebelumnya apabila melibatkan anak-anak mesti lah meriah Sports Day. Tengok telatah anak kecil seawal umur 3 tahun bersukan. Macam-macam telatah dan ragam,Yang menangis cari mak ayah mesti lah ada, comel sangat! terhibur sangat tengok telatah anak-anak kecil yang tak ada dosa ini. Lupa semua masalah, Asal tengok anak-anak comel ini je mesti terasa nak jadi cikgu kindergarden, terfikir mesti hari-hari senyum terhibur dengan telatah si kecil. hihi.
Seperti biasa acara bermula pukul 8 dengan perarakan anak-anak kecil ini bersama kawan-kawan. Tahun ini Adriana di bagi amanah untuk bawa sepanduk, Suprise UA, sebab tak tahu pun dia pembawa sepanduk sampai lah Adriana dan kawan-kawan beratur get ready untuk perarakan.hihi.
dan gambar di bawah gambar paling UA suka. Thank you pada photogher sekolah yang snap gambar ini untuk kenang kenangan. Tapi sayang semua gambar Adriana tak senyum
Macam biasa seperti kebiasaan nya , selepas perarakan akan ada nyanyian lagu negaraku, lagu sekolah, ikrar dan doa. Selepas itu baru lah acara sukan bermula. Tahun ini Adriana join tiga acara sukaneka. Macam biasa semua mak ayah berpusu-pusu snap gambar anak-anak buat kenangan hikhik.. Jadi jom layan gambar Adriana bersukaneka dengan kawan-kawan..Seronok dia kata hari tu walaupun tak senyum. hihi..
adriana friend, ferhan, comel!ibu berkenan.kihkih
acara pertama, bawa kacang dalam mangkuk haha
Acara kedua mix dan match
acara ketiga, row row boat katanya hihi
Itu sahaja gambar Adriana yang UA dapat kumpulkan dari page sekolah Adriana,sebenarnya ada beribu-ribu gambar telatah anak kecil di sekolah Adriana ni bersukan tapi kita fokus pada Adriana jelah hihi.. Sesiapa rasa nak hilangkan stress tengok telatah anak-anak kecil ni bersukan boleh lah pergi ke Facebook page Brainybunch. Memang terhibur.:)
Terima Kasih sudi melawat dan baca entri kali ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.artyazkee.com/2017/08/adriana-sports-day-2017-photo-memories.html