Adnan Nasihat Zahid Tak Gelabah Hati Hati Keluar Kenyataan



KUANTAN: Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Sri DiRaja Adnan Yaakob menasihatkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi "jangan menggelabah" dan patut lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tidak mencipta lebih ramai musuh.

"Selaku orang tua, saya nasihatkan presiden jangan menggelabah dalam keadaan UMNO tidak stabil.

"Jangan menambah musuh," katanya, lapor media tempatan.

BH Online memetik Adnan berkata sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bersedia mengikut jejak langkahnya menjadi Adun bebas jika beliau berbuat demikian.

Sebaliknya, Adnan yang juga ADUN Pelangai dan Ketua UMNO Bahagian Bentong menjelaskan beliau cuma mengenangkan Menteri Besar sekarang, Wan Rosdy Wan Ismail yang dianggap sebagai saudara kandungnya.

"Saya mengenangkan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail yang saya anggap macam adik kandung.

“Saya nak beritahu, saya bukan ada pengaruh sangat. Jadi MB pun 19 tahun je. Kalau hari ini saya isytihar jadi ADUN bebas, sebahagian besar ADUN akan ikut saya.

UMNO nampak tak tegar

“Saya bukan takbur, boleh jatuh kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang. Ini bukan niat saya. Setakat ini saya ahli UMNO tegar. Cuma UMNO nampak tak segar,” katanya lagi.

Laporan BH Online juga menyatakan kenyataan Adnan itu dikongsikan Naib Presiden UMNO , Hishammuddin Hussein kepada wartawan menerusi WhatsApp apabila diminta mengulas dakwaan Ahmad Zahid berhubung wujud gerakan membeli MP dan Adun Pahang untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhkan BN di negeri itu.

Hishammuddin dipetik laporan itu berkata Adnan menjawab dakwaan Ahmad Zahid dan kemudian dikongsikan kepada pemimpin tertinggi Umno.

“Let Pahang leaders answer u my friend. Mantan MB has spoken. Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Kuala Lipis has also answered Press’,” kata Hishammuddin, petik BH Online lagi.


Semalam, Ahmad Zahid berkata ada gunting dalam lipatan yang berusaha menumbangkan kerajaan BN di Pahang dengan membawa MP dan Adun UMNO berpaling tadah.

Mengulas lanjut, Adnan dipetik berkata kenyataan Ahmad Zahid itu sebagai terlalu rambang.

“Kenyataan Presiden ini tersangat rambang.

“Setahu saya Hishammuddin... tidak pernah menghubungi sesiapa di Pahang untuk mengajak Ahli Parlimen atau ADUN Pahang meninggalkan UMNO.

“Soal dapat maklumat, tak perlu jadi ‘menteri polis’, ‘menteri askar’. Pernah jadi menteri besar kecil pun banyak dapat maklumat, termasuk maklumat sulit mengenai presiden.

“Tulisan saya bukan sebab ‘siapa makan cili, dia terasa pedas’. Saya wajib jawab sebab kenyataan Presiden dibuat dalam konteks UMNO Pahang,” katanya.

Sementara itu, Adnan juga mendedahkan beliau telah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak pernah minta jumpa Tun (Dr Mahathir). Tun yang panggil saya jumpa beliau. Sebelum berjumpa Tun saya menyembah maklum kepada Pemangku Raja dan memaklumkan kepada Menteri Besar.

“Perjumpaan dengan Tun selama setengah jam berkisar masa depan Melayu. Saya baru sekali saja sekali berjumpa Tun” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/_23a_7y6Ok0/adnan-nasihat-zahid-tak-gelabah-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Punca Ramai Keluar Parti

Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Punca Ramai Keluar Parti

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 421 hits
KUANTAN Tindakan ramai bekas pemimpin UMNO keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia berpunca daripada faktor hilang keyakinan terhadap pimpinan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ketua Set...
Menteri Singapura Keluar Kenyataan Keras Pada Malaysia

Menteri Singapura Keluar Kenyataan Keras Pada Malaysia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 743 hits
Semakin ramai Menteri Singapura yang keluar kenyataan keras terhadap Malaysia Terkini Heng Swee Keat Menteri Kewangan Singapura MINDEFMalaysia MSabu Official https t co REIyZ1HjYT
Malaikat Buat Salah Masalah Melayu Suka Translate Suka Hati Keluar Hadis Bagai

Malaikat Buat Salah Masalah Melayu Suka Translate Suka Hati Keluar Hadis Bagai

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 477 hits
Even Angels Make Mistakes Tun MKecoh satu Msia sampai keluar hadis bagai Amboi Buat malu English idioms atau terms bukan semuanya hangpa boleh terjemahkan bulat bulat Saya bagi contoh Baca sampai habis supaya ilmu tu tambah sikit 1 The devi...
Kenyataan Daripada Pihak Cimb Ini Melegakan Hati Pelanggan Cimb Clicks

Kenyataan Daripada Pihak Cimb Ini Melegakan Hati Pelanggan Cimb Clicks

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 508 hits
Sejak beberapa lepas kecoh seketika dunia perbankan internet apabila dilaporkan ada pelanggan CIMB Clicks menjadi mangsa transaksi tanpa izin Mereka juga mendakwa berjaya log masuk ke akaun biarpun menggunakan kata laluan yang tidak disahka...
Zahid Pahang Hati Hati Ada Gunting Dalam Lipatan

Zahid Pahang Hati Hati Ada Gunting Dalam Lipatan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 274 hits
MALAYSIAKINI Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud gerakan untuk membeli anggota parlimen dan Adun supaya berpaling tadah untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pahang Menurut MP Bagan Datuk itu terdapat gunting dalam lipatan yang m...
Hati Hati Buat Kenyataan Muhyiddin

Hati Hati Buat Kenyataan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 396 hits
Fazrik Kamarudincnews nstp com myMuhyiddin menasihatkan Maszlee supaya berhati hati mengeluarkan kenyataan selepas ini supaya tidak disalah erti SEMUA pihak sama ada yang mengeluarkan kenyataan atau melaporkannya perlu berhati hati bagi men...
Get Out Lain Orang Keluar Kenapa Pula Zahid Yang Kena

Get Out Lain Orang Keluar Kenapa Pula Zahid Yang Kena

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 416 hits
Kita berharap laporan yang mengatakan pemuda UMNO sebuah negeri dimana wakil wakil rakyatnya dan pemimpin bahagian berbondong bondong keluar parti semalam yang meminta Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi agar get out adalah tidak benar at...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka