Adinda Izzah Mula Bersuara Kekanda Mujahid Mesti Suka Kan


Malaysia baru sahaja melepasi fasa pergolakan politik terlalu sengit - yang menyaksikan perbalahan serta serangan tidak rasional menyalahkan antara satu sama lain. Hentikanlah.

Benar, kemarahan dan kejutan yang kita hadapi bersama sudah tentu tidak akan reda dengan serta-merta. Namun, kita harus bertindak wajar dengan mengutamakan golongan yang terpenting.

Saya bersyukur kerana diberi mandat oleh rakyat Permatang Pauh selaku ahli parlimen untuk mewakili suara mereka pada hari bersejarah, 9 Mei 2018.

Jelas, mandat rakyat harus kita hormati dan pertahankan. Ini prinsip yang merangkul agenda demi rakyat - sama ada kita bergerak sebagai kerajaan mahupun pembangkang.

Keputusan saya pada akhir Dis 2018 untuk tidak lagi bersama di pentas arena politik arus perdana adalah berdasarkan prinsip mengutamakan pemaknaan agenda reformasi - yang harus menjalar pelaksanaannya di kalangan masyarakat - khususnya penduduk Permatang Pauh.

Tahun ini menjadi saksi kepada sebahagian besar daripada usaha penuh makna di Permatang Pauh - yang melibatkan kerjasama bakat terbaik tanah air kita untuk memberi impak sosioekonomi yang positif kepada rakyat.

Saya amat bimbang sekiranya pertimbangan politik jahat menguasai mana-mana kerajaan, maka program-program demi rakyat yang telah kami usahakan bersama bakal menjadi mangsa. Sedangkan program demi rakyat harus kalis politik jahat.

Antara projek rintis yang utama adalah SEDAR iaitu program psiko-sosio-rohani yang melibatkan penggunaan metadon di masjid dan diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk penagih heroin yang mahu kembali ke pangkal jalan.


Bukan kepada kroni

Selain itu, kami bakal melaksanakan kajian dari rumah ke rumah untuk meninjau tahap kemiskinan - dengan mengukur indeks kemiskinan multidimensi di Permatang Pauh - bersama pakar kemiskinan dan ahli ekonomi tersohor Malaysia, Prof Fatimah Kari.

Kita juga perlu meneruskan agenda reformasi yang diusahakan oleh Jabatan Penjara Malaysia - yang menyasarkan 75 peratus daripada jumlah banduan yang layak serta mampu menyertai Program Pemulihan Dalam Komuniti - di luar penjara. Inilah program pemulihan yang sebenar!

Kita memerlukan reformasi dalam bidang pertanian, dan hasrat saya adalah untuk memperkenalkan sistem pertanian bebas racun perosak; dengan pasaran lumayan luar negara yang tersedia.

Barulah petani kita bakal meraih keuntungan yang setimpal dengan perit jerih mereka. Pertanian moden sebegini sudah tentunya memerlukan pelaburan yang tinggi - bukan kepada kroni tetapi petani sejati.

Barulah bekalan makanan negara terjamin dan usaha murni ini wajib dilunaskan oleh agensi kerajaan dan jabatan sedia ada, tidak kira parti atau bendera mana yang mengepalai kementerian berkenaan. Bendera petanilah yang terpenting.

Bayangkan, Malaysia mampu mencapai masa depan tanpa kanser serviks - khususnya yang lebih perit dialami oleh wanita berpendapatan rendah - menerusi kolaborasi kami dengan Yayasan Rose, Universiti Malaya.

Tambahan program yang mahu dilaksanakan bukan program sebarang program, namun yang sudah terbukti berhasil - kerana menjadikan pakar sebenar, bukannya pakar politik sebagai bahan rujukan.


Beri suara kepada yang tak mampu

Tidak kira siapa yang memerintah, bersatulah kita semua, dalam memastikan mereka yang mempunyai kuasa, termasuklah ketua-ketua setiausaha di dalam setiap kementerian, mengutamakan kebajikan rakyat, bukannya kepentingan politik.

Kita harus mengumpulkan idea-idea terbaik Malaysia dan melaksanakan program yang memberi impak kepada golongan terpinggir, dan terjerumus ke kancah kemiskinan.

Ingatlah, penagih memerlukan rawatan. Maka, klinik Cure and Care di seluruh Malaysia harus diberi dana sokongan supaya dapat beroperasi seperti biasa.

Selain itu, bantuan sara hidup dan bantuan lain harus tepat pada sasaran menerusi ukuran kemiskinan yang lebih menyeluruh dan tepat.

Bantuan haruslah memperkasa dan mempertahan maruah golongan yang dibantu. Inilah reformasi kemiskinan yang sebenar.

Reformasi penjara juga perlu disokong. Berikan suara kepada mereka yang tidak mampu bersuara di atas nama keadilan sosial.

Semaikan kasih sayang, toleransi dan adab serta akhlak yang mulia. Walau ada yang menyemai kebencian, ingatlah peribadi Rasulullah SAW kesayangan umat Islam, kitalah yang mencerminkan agama Islam yang syumul.

Desak kerajaan hari ini untuk mencerminkan rakyatnya; desak mereka untuk mempertahan nilai nilai murni dan mengutamakan rakyat terpinggir dan golongan bawahan.

Wadah politik saya ialah PKR - yang telah memungkinkan saya merealisasikan idealisme reformasi berpaksikan prinsip keadilan - Insya-Allah.

Di mana-mana sahaja kawasan parlimen yang kita wakili, kekalkanlah kredibiliti melalui kerja, program, inisiatif dan dalam mempertahan dasar perjuangan.

Saya akan terus menyokong kepimpinan dan teman-teman PKR khususnya untuk memberikan usaha terbaik dalam memelihara idealisme dan kredibiliti.

Kita mesti menyahkan unsur-unsur khianat di dalam jemaah. Kini, adalah masa untuk kita membina semula parti, menegakkan prinsip-prinsip yang kita perjuangkan, dan membantu rakyat menikmati dasar terbaik yang kalis politik jahat dan kalis masa depan.

NURUL IZZAH ANWAR
MP PKR Permatang Pauh
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/adinda-izzah-mula-bersuara-kekanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekian Lama Berdiam Diri Nurul Izzah Akhirnya Bersuara Saya Amat Bimbang Sekiranya

Sekian Lama Berdiam Diri Nurul Izzah Akhirnya Bersuara Saya Amat Bimbang Sekiranya

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 275 hits
Lama tidak mendengar kisah tentang Nurul Izzah Binti Anwar apabila beliau mengumumkan untuk mengundurkan diri dari pentas arena poIitik pada Disember 2018 atas sebab peribadi Sekian Lama Berdiam Diri Nurul Izzah Akhirnya Bersuara Saya Amat ...
Minumlah Susu Sebagai Persediaan Untuk Hamil Kalau Tak Suka Paksa Diri

Minumlah Susu Sebagai Persediaan Untuk Hamil Kalau Tak Suka Paksa Diri

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 596 hits
Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu Tetapi terpaksalah minum untu...
Kenapa Kita Suka Tiru Luar Negara

Kenapa Kita Suka Tiru Luar Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 379 hits
Dari penulis novel sampailah pengarah di Malaysia memang suka meniru Memang bukan semua tapi susah nak cari orang yang boleh hasilkan lagu atau cerita yang bukan ciplak dari luar negara Kita ambil contoh drama Malaysia Sweet Dreams tiru dra...
20 Jenis Hadiah Untuk Perempuan Yang Pasti Mereka Suka

20 Jenis Hadiah Untuk Perempuan Yang Pasti Mereka Suka

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 485 hits
Mungkin anda ada kawan atau kekasih hati perempuan dan cadang utk bg hadiah Jadi disini akan dikongsikan jenis yg sesuai utk mereka Ianya akan memberi
Mencoba Berpikir Logis Saat Menghadapi Pejabat Publik Yang Suka Bikin Pernyataan Kontroversial

Mencoba Berpikir Logis Saat Menghadapi Pejabat Publik Yang Suka Bikin Pernyataan Kontroversial

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 294 hits
Walau sulit jangan esmosi dulu Mungkin ini sederet alasan kenapa akhir akhir ini emang banyak tokoh pejabat yang suka asbun
Akibat Suka Ikut Parti Lain Dan Tak Ada Pendirian

Akibat Suka Ikut Parti Lain Dan Tak Ada Pendirian

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 219 hits
Hah guane Haji asyik ikut bontot Umno saja akhirnya kan dah kena tipu saja ada Haji tapi parti calon KULI mmmmm melepas lah nak jadi Menteri Ustaz arwah Dato Fadzil Noor dan arwah Tok Guru tak ikut Umno kenapalah kau begini
Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita

Kenapa Negara Luar Suka Tiru Kita

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 448 hits
Kalau sebelum ni aku buat topik Sekarang kita reverse topik Negara luar pun ada yang tiru lagu kita Ingat lagi lagu Meniti Hari oleh Amy Mastura Lagu tahun 1994 tu Videoklip dia keluar tahun 1996 Lagu dia kena tiru oleh Korea Lagu OST untuk...
Ketahui 6 Jenis Hantu Jepun Yang Suka Menghantui Tandas

Ketahui 6 Jenis Hantu Jepun Yang Suka Menghantui Tandas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 648 hits
Jepun mempunyai kepercayaan terhadap makhluk makhluk yang menyeramkan roh roh menakutkan dan hantu hantu yang penuh dendam Di Jepun makhluk makhluk yang menakutkan ini dikenali sebagai Yokai Dalam kepercayaan masyarakat Jepun terdapat pelba...
Ini Kelebihan Lelaki Memilih Wanita Yang Tak Suka Makeup Sebagai Calon Isteri

Ini Kelebihan Lelaki Memilih Wanita Yang Tak Suka Makeup Sebagai Calon Isteri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 19577 hits
Gambar hiasanMungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo