Adik Lara Tulis Surat Untuk Dr Noor Hisham Apa Yang Dibalas Kp Kesihatan Ini Sangat Menyentuh Hati
Jasa baik dan pengorbanan seorang doktor merangkap Ketua Pengarah Kesihatan yang bertungkus lumus berjuang untuk negara di mana sedang diserang wabak Covid-19 ini, beliau adalah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Bukan terkenal dalam kalangan orang dewasa, para ‘frontliner’ malah juga dipandang tinggi oleh semua golongan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Menerusi satu kiriman daripada seorang lelaki di laman Twitternya tentang adiknya menghantar satu surat yang sangat menyentuh perasaaan orang yang membacanya kepada Dr Noor Hisham. Paling terkesan apabila, surat yang ditulisnya dibalas oleh Ketua Pengarah Kesihatan sendiri.
Adik perempuan saya ada menghantar surat kepada Dr Hisham dan hari ini ada satu pesanan gambar menerusi daripada yang menunjukkan surat yang ditulis telah dibalas oleh Dr Hisham.
Ini isi surat adik lara Khatijah untuk ‘Pejuang Negara’.
Nama saya Lara Khatijah McAfee dan saya tinggal di Terengganu. Saya merupakan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Saya buat ”Loombands” untuk kawan-kawan pakai sebagai tanda sahabat. Saya buat juga untuk anda Loombands berwarna biru untuk berterima kasih untuk kerja awak membntu semua rakyat Malaysia untuk berada dalam keadaan selamat dan sihat dalam tempoh ini. Jaga keselamatan, kawan awak, Lara.
Justeru, cara Dr Noor Hisham membalas surat itu sangat menyentuh perasaan ramai orang. Pasti, ramai yang sebak.
“Saya tidak bekerja seorang tetapi saya ada ‘team’ yang bagus untuk membantu negara kita…”
Terima kasih untuk surat dan gelang. Cucu perempuan saya sangat suka memakainya. Awak sangat baik, tapi saya tidak bekerja seorang. Saya bertuah ada kumpulan yang sangat bagus menolong untuk membantu negara kita. Seluruh rakyat Malaysia termasuk awak telah melakukan yang terbaik iaitu berada di rumah dan sama-sama melawan untuk virus ini.
Saya harap awak akan belajar bersungguh-sungguh. Suatu hari nanti, giliran awak untuk membantu Malaysia
So my lil sister wrote a letter for Dr Hisham and sent it to his office. Then today got a whatsapp message with this pic of the official surat, Dr Hisham punya reply to my lil sis. He is so humble and I respect him a lot with what his contributions for our country. pic.twitter.com/IfXMRNaIDH
— iman (@imancullen_) April 17, 2020
Sumber: Imancullen
The post Adik Lara Tulis Surat Untuk Dr. Noor Hisham, Apa Yang Dibalas KP Kesihatan Ini Sangat Menyentuh Hati appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/17/adik-lara-tulis-surat-untuk-dr-noor-hisham-apa-yang-dibalas-kp-kesihatan-ini-sangat-menyentuh-hati/