Adik Ini Tertinggal Beg Dalam Toilet Dalam Beg Ada Sampul Penuh Duit Rm1 Tertulis
Terjumpa dengan beg yang tercicir mungkin perkara yang biasa. Namun, jika anda buka dan terlihat di dalamnya ada sebuah sampul tertulis ”duit mama abah bila tua” beserta sekeping potret anak kecil, apa perasaan anda?
Di dalam sampul itu pula tebal dengan helaian not seringgit mungkin hasil dari duit belanja yang dikumpul. Pasti sebak dan sayu bagaimana seorang anak sekecil ini boleh berfikir luar dari jangkaan anak seusianya.
Perkongsian daripada Hajar Xiaojie MK melalui laman facebook menyentuh hati netizen. Gadis ini pada mulanya menemukan beg pink yang ditinggalkan di dalam tandas awam.
Ingin mencari pemiliknya melalui maklumat yang mungkin terdapat di dalam beg, namun menemukan pula sekeping sampul berisi not seringgit tertera tulisan duit untuk mama ayah bila tua. Tipulah hati siapa yang tidak terusik.
Nampak remeh, namun sebenarnya sangat menyentuh perasaan. Ibu bapa berkorban membesar dan memberikan didikan kepada anak-anak bukanlah meminta untuk dibalas. Namun keprihatinan dan kasih-sayang yang ditunjukkan anak ini mungkin hasil teladan dari orang tuanya sendiri. Bagaimana kita sebagai ibu-bapa pula mencorakkan anak-anak? Renung-renungkan.
Jom kita baca perkongsian gadis ini seperti di bawah.
Terjumpa 1 beg.. Adik ni tertinggal beg dalam toilet..
Dalam beg dia tersimpan satu sampul bertulis “Duit Mama Abah Bila Tua”.. Sayu rase hati bila tengok.. sebak sangat..
Tebal sampul tu penuh duit seringit.. mungkin dia simpan duit hari2.. Kecik kecik lagi dah berfikir panjang unntuk kedua-dua orang tua..
Tengok gambar kecik lagi.. insaf bila tengok.. moga adik terus berjaya, jadi anak solehah ye.. Adik Ar Raudhah Umairah bt Mursid.
Penulis juga doakan moga adik ini berjaya menemukan semula begnya yang hilang.
UPDATE: Dompet ini sudahpun berjaya dipulangkan kepada adik tersebut..
Renungan… Tanggungjawab Anak kepada Ibubapa
Menghormati kepada ibu bapa amatlah dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta ia tinggi sekali. Ibu bapa adalah yang orang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.
Terdapat 10 tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa mereka. Bukan itu saja, tanggungjawab ini amat penting yang perlu anak-anak lakukan untuk kedua ibu bapa selagi ia masih ada. Malahan, jika mereka berbuat baik kepada ibu bapanya, ia akan membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak.
Antara tanggungjawab seseorang anak terhadap ibubapanya seperti berikut:
1. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan dan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dengan kedua ibubapa. Anda, jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
2. Sentiasa menghormati dan memberi kasih sayang kepada kedua ibubapa.
3. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan atau ajaran daripada ibubapa. Pertama sekali, Allah SWT perintahkan manusia beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa merekea.
4. Jangan sekali-kali anak menderhakakan kepada ibubapa, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Apabila derhaka, anda tidak akan mendapat keredhaan daripada ibubapa. Bukan itu saja, apabila derhaka kepada ibubapa, anda juga tidak mendapat keredhaan dari Allah SWT dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup ataupun mereka meninggal dunia dengan berdoa. Doa untuk kedua ibu bapa :
“Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orangtuaku, dan sayangilah keduanya
sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil”
7. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi oleh mereka.
8. Gembirakan hati ibubapa dengan menolongnya serta membuat kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika anak tinggal bersama dengan ibubapa) atau dengan memberikan apa jua bantuan mengikut keperluan.
9. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
10. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, rapatkan silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
11. Apabila mereka sudah lanjut usia (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya. Malahan itu anda juga perlu bersyukur kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
12. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah perbanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah. Bukan itu saja, anak juga perlu banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Sumber: layansudah
The post Adik Ini Tertinggal Beg Dalam Toilet, Dalam Beg Ada Sampul Penuh Duit RM1 Tertulis appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/01/15/adik-ini-tertinggal-beg-dalam-toilet-dalam-beg-ada-sampul-penuh-duit-rm1-tertulis/