Papa Duit Belanja Kena Tambah 50 Sen Makanan Kat Kantin Dah Naik Harga Budak Sekolah Mengeluh


Mana ada peniaga tidak mahu untung. Tapi menyerapkan kos yang mereka tanggung ke kantung murid boleh dikira melampau!
“Papa, duit belanja kena tambah 50 sen. Makanan kat kantin dah naik harga,” keluh Haqeem dan Adam sebaik sahaja pulang dari sekolah. Kata mereka, nasi lemak dan makaroni naik 50 sen, roti telur naik 30 sen. Mereka ada tanya acik kantin dan jawapan yang diterima – “Semua barang dah naik harga nak oi!”
Hairan juga. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah mansuh, harga minyak sudah turun, tapi harga makanan di kantin sekolah boleh naik pula. Mungkin kos bahan mentah makin hari makin meningkat menyebabkan pengusaha kantin sekolah tiada pilihan lain.
Namun menaikkan harga makanan sehingga 50 sen untuk dijual kepada murid rasanya perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib. Cukup, saya tidak mahu mengulas lanjut. Biarlah ibu bapa dari sekolah sama yang saya temui memberikan pandangan mereka.
Bagi Zainal Abidin, 50, yang bekerja sendiri, agak munasabah kalau pengusaha kantin meletakkan harga sedemikian sebab kos untuk mengoperasikan kantin semakin meningkat. Ini berpunca akibat harga bahan mentah sendiri pun banyak yang naik.
“Kita lihat sendiri harga di pasaran. Kalau peniaga naikkan harga, pengusaha kantin pun terpaksalah ambil tindakan serupa. Mereka mungkin tertekan, sebab harga daripada pembekal pun sudah mahal.
“Mahu tak mahu, mereka terpaksa naikkan harga. Mana ada peniaga nak rugi,” ujarnya.

Memang betullah kata Zainal, mana ada peniaga tidak mahu untung. Tapi menyerapkan kos yang mereka tanggung ke kantung murid boleh dikira melampau! Tindakan itu sekali gus membebankan ibu bapa. Sebagai ‘mangsa’, ibu bapa terpaksa reda sahajalah. Bertambah lagilah duit keluar dari dompet sebab anak-anak nak makan.
Pandangan sama diberikan oleh Wong Yew Onn, 61. Menurutnya, di mana-mana pun banyak barang semakin mahal. Rakyat terpaksa menerima hakikat yang kos sara hidup kian meningkat. Walau bagaimanapun, harga makanan di kantin sekolah naik sehingga 50 sen adalah keterlaluan.
“Tak okay macam ni. Sini semua budak-budak. Belanja budak sekolah sekarang sudah mahal, kurang-kurang RM5 sehari. Sekali makan, minum sudah RM2, RM3. Selebihnya benda-benda lain macam tambang pun nak kena bayar.
“Makin susahlah orang macam saya,” katanya yang bekerja sendiri.
Bukan tidak boleh naikkan harga, jelas Yew Onn, tapi biarlah berpada. Setakat 10 sen dan 20 sen naik boleh diterima lagi. Ini 50 sen, kuantiti dan rasa sama sahaja.
Pesara, Ahmad Tarmizi, 61, pula memberitahu, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab terhadap kenaikan semua ini. Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal harga barangan keperluan asas di pasaran. Agensi penguat kuasa yang berkaitan perlu turun ke akar umbi bagi mengenal pasti punca.
Dia kesal kerana kerajaan tidak kiralah yang lama atau baharu, setiap kali harga barang naik, tiada usaha serius diambil untuk mengatasinya. Semuanya seperti dipandang sambil lewa sahaja, langsung tiada sikap amanah untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.
“Bagi pengusaha kantin, memanglah mereka kena naikkan harga. Mereka pun nak cari makan. Kalau bahan mentah mahal, mereka terpaksa naikkan harga kerana semua itu kos yang kena tanggung.
“Tapi tak boleh diam saja, kena buat kajian. Kerajaan kena kawal semua ini. Penguat kuasa jalankanlah tugas dengan betul, buatlah yang terbaik,’ jelasnya.
Sebagai bapa kepada tiga orang anak yang masih belajar, kenaikan harga makanan di kantin memang mengejutkan saya. Beban kos sara hidup pasti jugalah bertambah selepas ini. Namun, apa kuasa yang saya ada, sekadar mencoret berkongsi keluh kesah rakyat marhaen dengan pembaca. Kalau nasib baik, adalah pak-pak menteri baca dan ambil tindakan. Kalau tiada, umpama durian dengan mentimun sahajalah, menggolek rosak, kena golek binasa…

Sumber Artikel: Utusan Online
sumber : Klviral
The post “Papa, Duit Belanja Kena Tambah 50 Sen. Makanan Kat Kantin Dah Naik Harga” Budak Sekolah Mengeluh appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/papa-duit-belanja-kena-tambah-50-sen-makanan-kat-kantin-dah-naik-harga-budak-sekolah-mengeluh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Sengsara Najib Bangkitkan Harga Makanan Di Kantin Sekolah Juga Naik

Rakyat Sengsara Najib Bangkitkan Harga Makanan Di Kantin Sekolah Juga Naik

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 584 hits
Kita maklum murid sekolah bukan pengilang Tapi mereka juga mangsa yang terkena Senyap Senyap Tibai di bawah kerajaan PH Harga makanan untuk kanak kanak di kantin sekolah naik harga minggu lepas Bukan sekadar naik sedikit Naik melampau Harga...
Kantin Sekolah Ke Cafe Hotel Mewah Jangan Terkejut Harga Makanan Di Sekolah Pun Murah Dan Berbaloi

Kantin Sekolah Ke Cafe Hotel Mewah Jangan Terkejut Harga Makanan Di Sekolah Pun Murah Dan Berbaloi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1904 hits
Pelajar berusia 12 tahun ke atas banyak meluangkan masa di sekolah hingga lapan jam sehari Oleh yang demikian intervensi pemakanan sangat sesuai dan ideal dilakukan di sekolah dalam menyediakan persekitaran yang menyokong murid untuk mengam...
Jangan Naikkan Harga Makanan Di Kantin Sekolah Sesuka Hati

Jangan Naikkan Harga Makanan Di Kantin Sekolah Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 760 hits
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI 16 Januari 2019 1 29 PM SHAH ALAM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor mengingatkan pengusaha kan
Harga Ron95 Dan Ron97 Naik Enam Sen

Harga Ron95 Dan Ron97 Naik Enam Sen

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 250 hits
NOR IDAYU BOSRO 18 Januari 2019 4 50 PM PUTRAJAYA ndash Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing masing dinaikkan sebanyak 6 sen seliter bermula 12 tengah malam i
Harga Bahan Api 12 18 Jan 2019 Petrol Ron95 Dan Ron97 Turun 1 Sen Seliter Diesel Naik 1 Sen Seliter

Harga Bahan Api 12 18 Jan 2019 Petrol Ron95 Dan Ron97 Turun 1 Sen Seliter Diesel Naik 1 Sen Seliter

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 321 hits
Harga bahan api 12 18 Jan 2019 Petrol RON95 dan RON97 turun 1 sen seliter diesel naik 1 sen seliterMinggu ketiga Januari 2019 menyaksikan harga petrol RON97 dan RON95 turun 1 sen seliter masing masing menjadi RM2 22 seliter dan RM1 92 selit...
Harga Minyak Minggu Lalu Turun 1 Sen Minggu Ni Naik 6 Sen Ron95 12 Sen Diesel

Harga Minyak Minggu Lalu Turun 1 Sen Minggu Ni Naik 6 Sen Ron95 12 Sen Diesel

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 324 hits
HARGA runcit petrol RON97 RON95 dan diesel masing masing dinaikkan enam dan 12 sen seliter mulai tengah malam ini untuk tempoh 19 hingga 25 Januari ini Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata harga bahan api bagi RON97 dinaikk...
Dua Beradik Berbaju Sekolah Selongkar Tempat Pembuangan Sampah Cari Duit Belanja

Dua Beradik Berbaju Sekolah Selongkar Tempat Pembuangan Sampah Cari Duit Belanja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 489 hits
AWAL pagi tadi di kala anak anak anda sedang bersiap siap untuk ke sekolah atau mungkin masih lena dibuai mimpi di atas tilam empuk dua beradik ini yang sudah bersiap awal sempat menyelongkar tempat pembuangan sampah sebelum ke sekolah Tind...
Menteri Mungkin Dapat Ilham Dari Langit Sebelum Umum Harga Telur Turun 2 Sen

Menteri Mungkin Dapat Ilham Dari Langit Sebelum Umum Harga Telur Turun 2 Sen

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 456 hits
6 Januari 2019Pukul 8 pagi ini saya berkunjung ke Pasar Datuk Keramat untuk bertemu serta bersarapan dengan beberapa peniaga dan penduduk di sana Ini papan harga telur di pasar pagi tadi Menteri kata harga telur turun tapi penjual kata naik...
Jika Kita Tak Bongkar Cukai Tersembunyi 30 Sen Adakah Ph Turunkan Harga Minyak

Jika Kita Tak Bongkar Cukai Tersembunyi 30 Sen Adakah Ph Turunkan Harga Minyak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 426 hits
AIR MUKA LIM GUAN ENG BERNILAI RM0 0019 AIR MUKA RM0 0019 Harga RON95 turun 27 sen satu liter Tetapi harga baru RM1 93 untuk RON95 termasuk tambahan margin keuntungan kepada pengusaha stesen minyak sebanyak 2 81 sen satu liter Ini bermaksud...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration