Adib Selalu Minta Ibu Bapa Tunang Berjumpanya Kata Jururawat



Faiz Zainudin
Ashraf Baruji sebak mengimbau perbualan dan gelagat MuhamadAdib Mohd Kassim sepanjang 21 hari beliau menjaganya di ICU IJN. SHAH ALAM: Muhammad Adib Mohd Kassim kerap meminta ibu bapa dan tunang menemuinya ketika beliau pulih seketika daripada kecederaan parah dalam keganasan di luar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, pada 27 November lalu, kata jururawat yang menjaga anggota bomba itu di Institut Jantung Negara.

Prosiding inkues terpaksa dihentikan 10 minit apabila pembantu pegawai pembedahan, Ashraf Baruji yang menjaga Adib sepanjang 21 hari beliau dirawat di IJN, beberapa kali sebak ketika memberi keterangan.

“Dia tulis nama mak, ayah, tunang. Tanda dia nak jumpa.

“Yang paling terkesan dia tulis nak minum air buah. Saya cakap semoga cepat sihat, lepas sihat Ashraf orang pertama belikan air buah dekat bawah untuk Adib,” katanya ketika ditanya pegawai pengendali inkues menentukan punca kematian Adib, Hamdan Hamzah, hari ini.
Saksi ke-16 inkues itu berkata, beliau sering berbual dengan Adib dan tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk meneruskan rawatan sehingga pulih serta menenangkannya daripada mencabut tiub di badannya akibat kesakitan.

“Saya memberikan Adib semangat ketika di ICU untuk dia teruskan dan habiskan fisioterapinya. Ada kalanya saya dan Adib bertukar cerita.

“Saya ada bertanyakan Adib berkenaan keluarganya, tunangnya, kerjanya dan skop kerja di unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan. Ketika komunikasi kami berlaku, dia boleh memberikan jawapan yang rasional kepada soalan saya.”

Katanya, beliau juga sempat menemani Adib menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

“Kami sempat menonton perlawanan bola sepak, tidak pasti pasukan apa (Malaysia lawan), tapi Adib semangat menonton bola.

“Adib angkat tangan kiri masa ada pasukan yang dapat jaringkan bola.“Lepas itu saya cakap…lepas ni boleh buat fisio lagi,” katanya mengenang gurauannya bersama Adib.

Bagaimanapun, mereka berdua berhenti berbual apabila keadaan Adib bertukar kritikal pada 14 Disember lalu.

Katanya, kali terakhir beliau berkhidmat untuk Adib ialah memindahkan jenazahnya dari pengusung IJN ke pengusung unit forensik.

Katanya, 5 hari selepas pemergian Adib, Ashraf pergi ke Kedah untuk menziarahi kubur dan keluarga bekas pesakitnya itu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/adib-selalu-minta-ibu-bapa-tunang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kedua Selalu Diabaikan Betul Ke Kalau Ibu Bapa Tak Ambil Tindakan Akan Beri Kesan Pada Anak

Anak Kedua Selalu Diabaikan Betul Ke Kalau Ibu Bapa Tak Ambil Tindakan Akan Beri Kesan Pada Anak

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 426 hits
Betul ke anak nombor dua selalu diabaikan Tiba tiba je entah kenapa hati saya jadi sebak teringatkan anak kedua saya ni Muhammad Solahuddin Saya perasan sesuatu Dia agak rebellious akhir akhir ini Ye memberontak Bila saya kaji kaji balik bu...
Berkhitan Bagi Bayi Perempuan Perlu Atau Tidak Ini Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Berkhitan Bagi Bayi Perempuan Perlu Atau Tidak Ini Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 246 hits
Saya bakal melahirkan bayi perempuan dan merancang untuk melakukan khitan pada bayi saya beberapa hari selepas bersalin Saya ingin memohon pandangan dan pendapat doktor tentang cara berkhitan untuk bayi perempuan Bagaimana cara ia dilakukan...
Berbaktilah Kepada Ibu Bapa Di Usia Emas Mereka Kerana Itulah Lubuk Pahala Kita

Berbaktilah Kepada Ibu Bapa Di Usia Emas Mereka Kerana Itulah Lubuk Pahala Kita

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 904 hits
Apabila bercakap tentang tanggungjawab terhadap ibu bapa saya pernah mendengar satu ceramah berkenaan hal ini daripada video yang telah diterbitkan oleh IluvUAllah Diceritakan bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Rasulullah SAW dan be...
Bapa Tiri Ibu Dera Anak Sampai Mati Disambung Reman 7 Hari

Bapa Tiri Ibu Dera Anak Sampai Mati Disambung Reman 7 Hari

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 399 hits
KUANTAN Polis menyambung tahanan reman selama seminggu lagi ke atas pasangan suami isteri berusia 54 dan 25 tahun berhubung kes kematian kanak kanak yang meninggal dunia akibat didera Pada 21 Februari lalu polis menahan bapa tiri serta ibu ...
Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 405 hits
Skrg aku nak cerita kisah aku sikit Lps brkwn dgn bf aku setahun dia ajak kahwin Prkara prtama yg aku tanya adalah nak duduk mana lps kahwin Aku tak ada nak brsweet2 plan anak berapa org nama anak apa yada yada yada dok cerita2 berangan bua...
Kau Tak Beri Aku Tak Nak Kawan Anak Mengadu Sering Diugut Kawan Sekolah Cikgu Ajar Ibu Bapa Cara Mengatasinya

Kau Tak Beri Aku Tak Nak Kawan Anak Mengadu Sering Diugut Kawan Sekolah Cikgu Ajar Ibu Bapa Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 705 hits
Kau tak beri aku tak nak kawan Anak mengadu sering diugut kawan sekolah cikgu ajar ibu bapa cara mengatasinyaKejadian barang atau wang belanja anak selalu diambil oleh rakan sekelas kerap berlaku terutamanya pada murid tahap satu di mana me...
Senarai Doa Mustajab Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Amal Rileks Media

Senarai Doa Mustajab Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Amal Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 590 hits
Apa pentingnya ibu bapa bacakan doa untuk anak Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak anak dengan harapan anak anak dapat membesar dengan segala kecukupan Perlu diingat bahawa selain usaha kita satu lagi faktor penentu keja...
Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 375 hits
The ReporterJumlah ibu bapa yang enggan memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka semakin meningkat dan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan kanak kanak lain Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menegaskan i...
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 570 hits
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch