Kau Tak Beri Aku Tak Nak Kawan Anak Mengadu Sering Diugut Kawan Sekolah Cikgu Ajar Ibu Bapa Cara Mengatasinya


'Kau tak beri, aku tak nak kawan' - Anak mengadu sering diugut kawan sekolah, cikgu ajar ibu bapa cara mengatasinya


Kejadian barang atau wang belanja anak selalu diambil oleh rakan sekelas kerap berlaku terutamanya pada murid tahap satu, di mana mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dan belajar membina hubungan bersama rakan-rakan sebaya. Namun, perbuatan seperti itu perlulah dihentikan dan ibu bapa perlu mengambil tahu pada aduan anak dan melaporkan perkara itu kepada guru. 
Menurut Cikgu Mohd Fadli Salleh, jika tidak dibendung dari awal, murid yang kerap melakukan perbuatan itu akan semakin menjadi-jadi dan akhirnya terbiasa lalu membuli murid yang lain. 
KES murid minta duit kawan, ambil makanan, minum air kawan, ambil pensel dan barang begini banyak berlaku terutamanya murid tahap 1. Bagaimana nak atasi masalah seperti ini

Pertama sekali, mesti laporkan pada guru kelas. Wajib laporkan agar guru tahu. Kadangkala cikgu tak tahu hal ini berlaku

Ibu bapa pula tak nak report kerana risau guru akan kata mereka ini terlampau manjakan anak atau segelintir ibu bapa rasa perkara ini biasa

"Biasalah, budak-budak."
Tak tuan-tuan, hal ini bukan biasa. Hal ini mesti dimaklumkan pada guru agar guru boleh ambil tindakan. Murid yang suka meminta itu perlu dinasihatkan. Malah mungkin akan ada amaran jika berterusan

Guru pula perlu ambil perhatian tentang aduan sebegini. Sekali imbas nampak remeh, namun kesannya besar pada murid yang dibuli dan pembuli akan terus membuli. Ya, hal seperti ini sebenarnya sejenis buli juga

Langkah kedua, kena pesan pada anak-anak agar bertegas pada tempatnya

"Tak boleh, ini duit saya!"
"Jangan ambil makanan saya lagi."
"Jangan ambil pensel saya!"
Kata pada anak, biarlah hilang kawan yang suka ambil kesempatan. Carilah kawan lain yang lebih baik dari itu. Tidak rugi hilang kawan yang suka ambil kesempatan ini

Kanak-kanak ni cukup kalah dengan ayat,
"Kau tak beri aku tak nak kawan."
Mereka ini begitu takut kehilangan kawan. Ayat begitu sangat banyak dijadikan senjata oleh pembuli cilik. Sayangkan hubungan itu, maka anak kita terus diambil kesempatan


Dah sampai masa kita didik anak memilih kawan yang betul. Dah sampai masa kita ajar anak menolak dan menjaga hak mereka. Dah sampai masa kita ajar anak kita tidak lagi boleh diperguna

Dan langkah terakhir adalah langkah paling murni dan terpuji, bersedekah. Buat bekal makanan lebih, bagitahu anak,
"Nanti adik kongsi dengan kawan yang selalu ambil makanan adik tu ya. Mungkin keluarga dia miskin. Ini mama buatkan lebih dah. Bagi kat kawan satu, adik satu."
Kalau rajin, cuba siasat kawan anak kita itu. Mungkin dia anak yatim. Mungkin keluarga dia miskin. Sesekali kirim duit lebih pada anak suruh belanja kawan itu jika mereka benar-benar tidak mampu. Itulah yang paling terpuji dan murni

Namun jika kawan anak itu memang anak orang berada, tapi memang sikap dia yang suka meminta-minta, laporkan pada cikgu. Lapor sekali tak jalan, lapor dua kali. Dah lapor dua kali anak kita masih dibuli, masih diambil makanan dan duit, lapor pula tiga kali. Lapor dan terus lapor sehingga tindakan yang sepatutnya diambil guru

Aku pernah handle kes begini. Budak yang membuli itu tidak makan saman. Aku bagi nasihat dengan lembut tak jalan. Aku bagi amaran pun tak jalan. Suruh ganti duit sampai ke sudah tak ganti walau pembuli tu bawa duit RM4 sehari. Sehingga lebih RM30 hutang tak berbayar

Akhirnya aku hubungi ibu bapa pembuli dan maklumkan sikap anak mereka. Ibu bapa murid tersebut mengganti duit kawan anaknya dan meminta maaf. Mereka didik pula anak mereka di rumah dan selepas itu kejadian ini tidak lagi berulang

Sebab itu lapor pada guru penting. Jangan ambil tindakan terus hubungi mak ayah pembuli dan maklumkan sendiri. Akan jadi pergaduhan antara ibubapa pula nanti. Akan jadi bermasam muka. Jika guru yang laporkan, InsyaAllah ibu bapa boleh terima

Semoga sedikit perkongsian aku kali ini memberi manfaat kepada ibu bapa yang sering dalam dilema bila kes ini berlaku pada anak-anak mereka

Sekian, terima kasih

Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/02/kau-tak-beri-aku-tak-nak-kawan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak 5 Tahun Kerap Menangis Bila Ditanya Tak Dijawab Ibu Bapa Perlu Tahu Cara Untuk Kendali Emosi Anak

Anak 5 Tahun Kerap Menangis Bila Ditanya Tak Dijawab Ibu Bapa Perlu Tahu Cara Untuk Kendali Emosi Anak

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 417 hits
Bagaimana cara untuk menggalakkan anak bercerita meluahkan perasaannya Anak saya lelaki berumur 5 tahun jika dia sedang marah menangis saya kerap bertanya apa yang buatkan dia marah atau sedih tapi dia hanya berdiam diri je Ada masanya bila...
Anak Sebenarnya Akan Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter

Anak Sebenarnya Akan Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 391 hits
Gambar hiasanMenurut Kajian Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter Jika anda seorang yang suka membebel atau berleter jangan risau kerana ia akan memberikan kebaikkan pada pasangan atau anak anda Kajian yang dilakukan oleh Universi...
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 601 hits
Awas 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi...
Anak Meninggal Dalam Kandungan Ibu Bapa Masuk Syurga

Anak Meninggal Dalam Kandungan Ibu Bapa Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 603 hits
Soalan Adakah benar perkataan setengah orang dimana anak yang mati semasa kecil bolih memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga Adakah terdapat hadithnya sebagai sandaran dalil Jawab Ya memamng benar perkataan tersebut Anak yang mati semasa ke...
Anak Dipukul Ibu Dan Bapa Tirinya Dengan Kabel Elektrik Periuk Nasi

Anak Dipukul Ibu Dan Bapa Tirinya Dengan Kabel Elektrik Periuk Nasi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 403 hits
The ReporterViral di media sosial gambar seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun didera oleh ibu bapanya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata pihaknya telah menahan ibu bapa kepada mangsa...
Anak Lemah Subjek Matematik Ibu Ayah Tolong Buat Apa Cikgu Ni Tunjukkan

Anak Lemah Subjek Matematik Ibu Ayah Tolong Buat Apa Cikgu Ni Tunjukkan

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 459 hits
Ibu bapa mana yang tidak berasa gembira bila melihat pembelajaran anak anak yang memberangsangkan Syukur dikurniakan anak yang bijak dan mudah faham apa yang diajar oleh guru guru Namun jika ada sesetengahnya anak anak kita tidak dapat skor...
Nak Kuatkan Tangan Anak Buat Aktiviti Menyepit Menceduk Ibu Ini Kongsi Aktiviti Tema Dinosaur

Nak Kuatkan Tangan Anak Buat Aktiviti Menyepit Menceduk Ibu Ini Kongsi Aktiviti Tema Dinosaur

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 553 hits
Aktiviti guna tangan menyepit menceduk bagus untuk kanak kanak 1 tahun ke atas Bermain sambil belajar memang bagus untuk merangsang sensori si kecil Perkongsian daripada Dr Shazwani Aiza ini boleh anda lakukan kepada anak Bahan yang digunak...
Anak Berlari Lari Buka Peti Ais Ketika Bertandang Ke Rumah Orang Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak

Anak Berlari Lari Buka Peti Ais Ketika Bertandang Ke Rumah Orang Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 531 hits
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa pada hari raya mahupun hari biasa ada kanak kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin berlari lari dalam rumah buka peti sejuk tuan rumah Tanpa sedar anak ini melampau batas dan ket...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai