Adanan Manderea Perdana Menteri Yang Syahid


 





Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki yang syahid ditali gantung kerana mengembalikan azan dari bahasa Turki kepada Bahasa Arab. Yang ketika Ribuan masjid dan sekolah agama dibuka kembali selepas ditutup oleh Mustafa Kamal. 
Harga nyawa dibayar demi Syiar tercinta.


Mufti Empat Mazhab Turki, Sheikh Ali Haidar Effendi pernah berkata :
"Seluruh amalku dijalan Allah tidak mampu menyaingi satu perbuatan Adnan Menderes iaitu kembalikan azan ke dalam Bahasa Arab"


Mari kita renungkan kisah ringas beliau agar menjadi sedikit pedoman buat kita semua..


Adnan Manderes - Bekas Perdana Menteri Turki Yang Diselamatkan Dari Nahas Kapal Terbang, Berjanji Mengembalikan Islam Di Turki, Tetapi Mati Di Tali Gantung.


Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.


Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu enjin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya.. Allahu a’lam.


Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, di mana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:


1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
2. Ibadah haji diizinkan
3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum
4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.


Seperti yang semua ketahui, bahawa Attarturk amatla sekular pada era pemerintahan beliau yg kononnya ciri² islam adalah ciri mundur hingga semua nilai2 tersebut dihapuskan sama skali.


Hasilnya parti Attaturk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Perlantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid dan dibolehkan memakmurkan masjid.


Pada pilihanraya 1954, parti Attaturk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru al-Qur’an.


Menderes juga mengizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz al-Qur’an.


Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israhell. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israhell, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israhll’. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israhell di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes. 


Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, “Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israhell. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki.”


Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan dan generasi terbaik Turki saat ini.


Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya ‘Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.’ Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki.


🤲☔
Al-Fatihah..






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/adanan-manderea-perdana-menteri-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Di Pertuan Agong Terima Mengadap Perdana Menteri

Yang Di Pertuan Agong Terima Mengadap Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 112 hits
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku Kuala Lumpur hari ini Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berl...
Siswa Hiv Menteri Agama Buat Kenyataan Kurang Tepat

Siswa Hiv Menteri Agama Buat Kenyataan Kurang Tepat

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 168 hits
By Malay MailThursday 03 Jul 2025 revelation of data of tertiary students living with HIVminister described the figures as deeply concerning total of 222 HIV infections detected among students as young as 18 and 19 1 091 HIV infections were...
Lencongan Jalan Sempena Mesyuarat Menteri Menteri Luar Asean 2025

Lencongan Jalan Sempena Mesyuarat Menteri Menteri Luar Asean 2025

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 192 hits
Sempena penganjuran Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN 2025 yang akan berlangsung pada 25 Mei 2025 di Kuala Lumpur beberapa lencongan dan penutupan jalan sementara akan dilaksanakan di sekitar ibu negara bagi memastikan kelancaran perjala...
Menteri Besar Pahang Sahkan Tragedi Remaja 15 Tahun Maut Bukan Serangan Buaya

Menteri Besar Pahang Sahkan Tragedi Remaja 15 Tahun Maut Bukan Serangan Buaya

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 136 hits
Semalam kecoh dimedia sosial mengenai seorang remaja lelaki yang dipercayai mangsa buaya rupanya adalah tidak benar Ini disahkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menziarahi keluarga remaja itu di Jabatan Forensik Hospit...
Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 212 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad nbsp akui khilaf dalam pelantikan usahawan vape Adzwan Ab Manas sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rembau susulan kecaman ramai pihak kerana pelantikan itu dianggap bercanggah dengan dasar ...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

Terbang Pulang Dengan Japan Airlines

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Kaki Mudah Kebas Bila Duduk Bersila

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Kedah Penyamun Mengadu Pening Minta Air

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks