Adakah Wujud Manusia Lain Sebelum Nabi Adam



Soalan:
Kita semua maklum bahawa Nabi Adam A.S merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT, dan Baginda digelar Abu al-Basyar yang bermaksud ‘bapa segala manusia’. Tapi saya pernah terbaca dalam satu blog, bahawa sebenarnya sebelum Nabi Adam AS diciptakan, telah ada makhluk yang mempunyai persamaan dengan manusia yang diciptakan, dan kerana itulah dalam Surah al-Baqarah sewaktu Allah SWT ingin menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi, para Malaikat berasa hairan kerana manusia itu pasti akan berbuat kerosakan dan menumpahkan darah di muka bumi. Penulis itu menyebut Malaikat mengetahui hal demikian kerana sebelum Nabi Adam AS sebenarnya telah ada makhluk lain persis manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Bolehkah berikan penjelasan?

Jawapan:
Firman Allah SWT:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” [Surah al-Baqarah (30)]

Imam Abu Jarir al-Tobari menyatakan di dalam tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam. Beliau turut meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa makhluk pertama yang mendiami bumi ialah jin, yang kemudiannya berbuat kerosakan dan menumpahkan darah. Beliau turut meriwayatkan daripada al-Rabi’ bin Anas bahawa Allah SWT menciptakan Malaikat pada hari Rabu, jin pada hari Khamis dan Adam pada hari Jumaat. (Rujuk Tafsir al-Tobari 1/232)

Imam Ibn Kathir pula menyatakan bahawa jin diciptakan sebelum Nabi Adam AS, dan sebelum jin pula ada makhluk yang mendiami bumi bernama al-Hinn dan al-Binn, kemudian datang bangsa jin dan membunuh dan menghapuskan mereka dari muka bumi. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir 1/55)

Namun demikian, ‘Allamah Ibn ‘Asyur menyatakan bahawa kisah ini tiada asas padanya dan tidak berasal daripada sumber yang sahih. Ia merupakan sekadar hikayat daripada Parsi dan Greek yang dipopularkan oleh tukang-tukang cerita. (Rujuk Tafsir Al-Tahrir wa al-Tanwir 1/228)

Jelas daripada riwayat-riwayat ini, Nabi Adam dan umat manusia diciptakan setelah penciptaan malaikat dan jin.

Bagaimana Malaikat Mengetahui Manusia akan Berbuat Kerosakan?

Menurut Imam Fakhruddin al-Razi, para ulama berbeza pandangan tentang bagaimana para Malaikat dapat mengetahui bahawa manusia akan berbuat kerosakan, sama ada ia berdasarkan wahyu daripada Allah SWT, atau istinbat dan sangkaan mereka sahaja berdasarkan beberapa wajah:
Menurut riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma dan al-Kalbi, para Malaikat mengqiyaskan manusia dengan jin yang tinggal di bumi sebelum penciptaan Adam AS.Ada juga ulama yang menyatakan bahawa para Malaikat mengetahui bahawa manusia diciptakan dengan syahwat dan sifat marah, maka lahirlah dari kedua-dua sifat tersebut kefasadan, kerosakan dan penumpahan darah.Allah SWT telah memberitahu kepada para Malaikat bahawa jika ada suatu ciptaan yang besar di bumi, mereka akan berbuat kerosakan dan menumpahkan darah.Abu Zaid berkata, sewaktu Allah SWT mencipta neraka, para malaikat berasa takut yang amat sangat dan berkata: “Wahai Tuhan kami, untuk siapa kau mencipta neraka ini?” Allah SWT menjawab: “Untuk mereka yang menderhakai Aku dalam kalangan makhluk-Ku.” Ketika itu satu-satunya makhluk yang wujud ialah Malaikat, dan tiada makhluk yang mendiami bumi, maka tatkala Allah SWT mahu menjadikan khalifah di bumi, maka para Malaikat memahami bahawa maksiat dan derhaka itu muncul daripada khalifah yang ingin diciptakan ini.Berkemungkinan para Malaikat melihat kefasadan yang berlaku di bumi yang telah tertulis di Luh Mahfuz.Khalifah bermakna wakil Allah dari sudut hukum dan penghakiman, dan hakim dan qadhi hanya diperlukan ketika berlaku pertikaian dan kezaliman, maka wujudnya khalifah bermakna berlakunya kefasadan secara pasti. (Rujuk Mafatih al-Ghaib, 2/156-157)

Menurut Syeikh Mutawalli Sya’rawi pula, Malaikat mengetahui bahawa manusia yang ingin diciptakan Allah SWT pasti akan menumpahkan darah dan berbuat kerosakan di bumi kerana sebelum ini sudah diciptakan jin untuk hidup di bumi dan berbuat perkara yang serupa. Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ ﴿٢٦﴾ وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ ﴿٢٧
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.” [Surah al-Hijr (26-27)]

Maka Malaikat mengqiyaskan sifat manusia yang akan berbuat kerosakan sama dengan bangsa jin yang telah berbuat kerosakan sebelumnya. (Rujuk Tafsir al-Sya’rawi, 1/125(

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaily, terdapat beberapa kemungkinan sebab para Malaikat mengetahui manusia akan berbuat kerosakan:

Melalui perkhabaran daripada Allah SWT.Pengetahuan daripada Luh Mahfuz.Mereka mengetahui bahawa hanya malaikat satu-satunya makhluk yang terjaga daripada dosa seluruhnya.Mengqiyaskan manusia dengan jin yang pernah mendiami bumi dan berbuat kerosakan.Terdapat sejenis makhluk sebelum Nabi Adam yang berbuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah, dan mereka inilah yang akan digantikan oleh kaum manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
ثُمَّ جَعَلْنَاكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ مِن بَعْدِهِمْ لِنَنظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” [Surah Yunus (14)]

Mereka mengetahui tabiat al-maddah yang mempunyai kebaikan dan kejahatan; dan inilah pandangan yang beliau tarjihkan. (Rujuk Tafsir al-Munir, 1/125)
Kesimpulan

Secara tuntasnya, kami menyatakan bahawa tidak wujud umat manusia lain sebelum penciptaan Nabi Adam AS. Adapun firman Allah SWT yang seolah-olah menggambarkan bahawa telah wujud satu kaum manusia sebelum Baginda, maka ia ditafsirkan dengan satu bangsa daripada kalangan jin, sebagaimana riwayat yang disebut oleh para ulama tafsir. Mereka merupakan satu bangsa yang banyak berbuat kerosakan dan menumpahkan diri di bumi, dan dari sejarah bangsa jin inilah para Malaikat mengqiyaskannya dengan manusia, dan mengetahui manusia akan mengulangi sikap yang sama dengan jin.

Namun terdapat juga sebab lain yang dikemukakan oleh para ulamanya, antara Malaikat mendapat perkhabaran terus daripada Allah SWT, atau Malaikat mendapat maklumat daripada Luh Mahfuz yang memperlihatkan kefasadan yang dilakukan oleh manusia. Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/adakah-wujud-manusia-lain-sebelum-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Kewujudan Makhluk Bersayap Sebelum Jin Manusia Di Bumi

Gempar Kewujudan Makhluk Bersayap Sebelum Jin Manusia Di Bumi

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 608 hits
Siapakah Al Hin Baru baru ini saya terbaca dalam 1 forum berkenaan dengan dialog seorang Ustaz dengan 1 makhluk yg tidak dapat dikenali dan di scan olehnya Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia Dikhabarkan mereka...
Baca Doa Nabi Adam Ini Di Hari Hari Terakhir Bulan Sya Ban

Baca Doa Nabi Adam Ini Di Hari Hari Terakhir Bulan Sya Ban

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 359 hits
Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani menjelaskan beberapa doa yang utama untuk dibaca pada hari hari terakhir di bulan Syaban Hal ini beliau jelaskan dalam kitabnya Maadza fi Sya ban Salah satunya adalah doa yang panjatkan oleh Nabi Ad...
Benarkah Yang Merayu Nabi Adam Agar Makan Buah Pohon Terlarang Adalah Hawa

Benarkah Yang Merayu Nabi Adam Agar Makan Buah Pohon Terlarang Adalah Hawa

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 297 hits
Dalam beberapa ceramah keagamaan baik di kota ataupun di desa seringkali kita dengar bahwa Hawa menjadi penyebab Adam dan dirinya dikeluarkan dari surga Mereka menyebutkan bahwa tabiat penggoda sudah menjadi tabiat perempuan sejak nenek moy...
Sebelum Tewas Lidya Mengaku Titisan Nabi Dan Klaim Punya Mal Di Palembang

Sebelum Tewas Lidya Mengaku Titisan Nabi Dan Klaim Punya Mal Di Palembang

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 188 hits
Polisi menemukan fakta baru terkait kematian Karlia Nadia Gantasanova alias Lidya dan putrinya berinisial US Lidya mengaku dia adalah titisan Nabi Isa dan mengklaim memiliki rumah sakit dan mal di Palembang
Kelebihan Manusia Berbanding Makhluk Lain

Kelebihan Manusia Berbanding Makhluk Lain

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 279 hits
Soalan Boleh terangkan antara kelebihan besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia Mohon pencerahan Terima kasih Jawapan Kami mulakan dengan firman Allah SWT Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baikn...
Selepas Nikah Saya Ada Curi Tengok Abah Bapa Pelik Beberapa Jam Sebelum Dirinya Jadi Isteri Orang

Selepas Nikah Saya Ada Curi Tengok Abah Bapa Pelik Beberapa Jam Sebelum Dirinya Jadi Isteri Orang

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 415 hits
Selepas Nikah Saya Ada Curi Tengok Abah Bapa Pelik Beberapa Jam Sebelum Dirinya Jadi Isteri Orang Melepaskan anak perempuan kesayangan untuk menjadi isteri orang bukanlah satu perkara yang mudah buat setiap bapa Begitulah yang berlaku terha...
Awas Meneran Awal Sebelum Pintu Rahim Terbuka Sepenuhnya Risiko Rahim Jatuh Tinggi

Awas Meneran Awal Sebelum Pintu Rahim Terbuka Sepenuhnya Risiko Rahim Jatuh Tinggi

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 384 hits
Kesilapan meneran sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya risiko rahim jatuh amat tinggi Apakah keadaan rahim jatuh Menurut Dr Nurhazinat Yunus Pakar Obstetrik Ginekologi masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang...
Baki Akaun Najib Rm101 962 Sebelum Ditutup

Baki Akaun Najib Rm101 962 Sebelum Ditutup

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Saksi pendakwaan ke 21 R Uma Devi memberitahu tiga akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di Ambank telah ditutup pada 11 Mac 2015 Baki jumlah yang ada pada akaun dengan nombor akhir 898 sebelum ia ditutup adalah sebanyak RM721 57 Lo...
Sempatkah Nelson Mandela Mengucap Kalimah Syahadah Sebelum Kematiannya

Sempatkah Nelson Mandela Mengucap Kalimah Syahadah Sebelum Kematiannya

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 268 hits
Adakah Nelson Mandela seorang muslim sebenarnya Jawapan bagi soalan di atas anda sendiri yang tentukan di akhir artikel ini Namun anda perlu membacanya satu per satu dengan teliti sehingga ke perenggan dan bait ayat terakhir artikel ini Dik...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025