Kelebihan Manusia Berbanding Makhluk Lain



Soalan:
Boleh terangkan antara kelebihan besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah al-Tin: 4)

Allah SWT selaku Pencipta yang Maha Mengetahui segala-galanya telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling dimuliakan berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’: 70)

Syeikh al-Maraghi menyatakan Allah SWT telah memuliakan anak cucu Adam dengan rupa yang indah, bertubuh tinggi dan berakal sederhana sehingga mereka mengetahui pelbagai kepakaran dan mengetahui pelbagai bahasa, dapat berfikir dengan baik tentang cara-cara mencari penghidupan dan mengeksploitasi segala yang ada di bumi serta menundukkan segala yang ada di alam atas mahupun alam bawah. Kami mengangkat mereka di atas haiwan, kereta, kapal terbang, belon dan kapal. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3996-3997)

Tuntasnya, kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini adalah lantaran akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT supaya manusia dapat berfikir tentang sesuatu perkara, mampu membezakan antara yang hak dan batil dan antara yang sesat dan hidayah. Ayat ini juga menuntut manusia agar bersyukur dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan suatu apapun. Hal ini kerana, Allah SWT telah menundukkan bagi manusia segala yang ada di darat mahupun di laut, bahkan memeliharanya dalam perhatianNya yang baik. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3997)

Justeru, nikmat akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT ini wajib digunakan untuk memikirkan sesuatu kebesaran Allah SWT dalam mentaati setiap suruhan dan perintahnya. Dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

قُلِ انظُرُوا مَاذَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya.” (Surah Yunus: 101)

Ayat ini menjelaskan, lihatlah dengan mata dan mata hatimu, apa yang terdapat di langit dan di bumi seperti bintang-bintang yang bersinar, sama ada bintang-bintang tetap atau bintang-bintang pelayar, matahari dan bulan, awan dan hujan, angin dan air, malam dan siang, serta masuknya salah satu antara kedua-duanya pada yang lain, sehingga yang satu lebih panjang sedangkan yang lain lebih pendek. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/3121)




Betapa hinanya manusia apabila dicela oleh Penciptanya sendiri sebanyak sebelas kali di dalam al-Quran dengan ungkapan “أَفَلَا تَعْقِلُونَ” disebabkan tidak mahu menggunakan akalnya untuk berfikir. Celaan itu sampai kepada tahap menurunkan kedudukan mereka lebih rendah dan lebih hina dari binatang ternak.

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا
“Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.” (Surah al-Furqan: 44)

Kesimpulan

Dalam isu ini, kami nyatakan bahawa manusia itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan diberikan akal fikiran yang mampu untuk berfikir mengatasi setiap ciptaan makhluk-Nya yang lain. Sekalipun mempunyai anggota tubuh kecil dan lemah berbanding ciptaan Allah yang lain, namun dengan akal fikiran yang diberikan ini menjadikan manusia mampu untuk mengawal selia serta terkehadapan berbanding yang lain. Sebagai contoh, kekuatan menghidu yang dimiliki oleh anjing jauh mengatasi kekuatan menghidu pada deria hidu manusia sehingga anjing ini digunakan dalam operasi mengesan dadah dan lain-lain. Namun begitu, haiwan seperti ini adalah bertindak di bawah penyeliaan serta arahan daripada manusia. Begitu juga, dengan kebijaksanaan manusia dan akalan yang dikurniakan, maka mereka dapat merekacipta alatan yang canggih sehingga menemukan sesuatu jauh lebih baik daripada anjing.

Semoga apa yang disampaikan ini memberi kesedaran dan kefahaman kepada manusia secara umumnya untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikuriakan oleh Allah SWT. Amin.

Kami menutup perbincangan ini dengan berdoa kepada Allah SWT atas kurniaan nikmat kepad kita:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku -dengan limpah rahmat-Mu- dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml: 19)

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/kelebihan-manusia-berbanding-makhluk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Kewujudan Makhluk Bersayap Sebelum Jin Manusia Di Bumi

Gempar Kewujudan Makhluk Bersayap Sebelum Jin Manusia Di Bumi

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 608 hits
Siapakah Al Hin Baru baru ini saya terbaca dalam 1 forum berkenaan dengan dialog seorang Ustaz dengan 1 makhluk yg tidak dapat dikenali dan di scan olehnya Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia Dikhabarkan mereka...
7 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Jika Nikah Dengan Janda Berbanding Gadis Dara

7 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Jika Nikah Dengan Janda Berbanding Gadis Dara

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 378 hits
Janda bermakna wanita yang tidak bersuami lagi mungkin kerana telah bercerai dan kerana ditinggal mati oleh suaminya Sayangnya budaya ketimuran memberi kesan negatif kepada janda daripada duda Kaum janda seringkali diletakkan sebagai wanita...
2 Pakar Forensik Buat Laporan Polis Dakwa Diugut Saksi Lain Agar Bersetuju Kecederaan Adib Berpunca Dari Pintu Emrs

2 Pakar Forensik Buat Laporan Polis Dakwa Diugut Saksi Lain Agar Bersetuju Kecederaan Adib Berpunca Dari Pintu Emrs

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 380 hits
Dua pakar forensik yang menjadi saksi pakar bagi prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim terpaksa membuat laporan polis di IPD Subang Jaya pada Sabtu lalu selepas mendapat ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian...
Cerita Sisi Lain Pemilu 2019 Ada Kpps Disiram Tinta Sampai Tak Tidur

Cerita Sisi Lain Pemilu 2019 Ada Kpps Disiram Tinta Sampai Tak Tidur

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 245 hits
Selama pemilu 2019 ada banyak kisah dari para petugas KPPS Inilah kisah mereka
Idea Masak 2 Minit Ini Tauhu Telur Masak Sambal Lain Dari Lain Boleh Korang Cuba

Idea Masak 2 Minit Ini Tauhu Telur Masak Sambal Lain Dari Lain Boleh Korang Cuba

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 570 hits
Menerusi Masak Apa Hari Ni seorang individu berkongsi resepi tauhu telur yang super sedap Kalau sebelum ini korang mesti biasa makan tauhu telur yang dimasak sos tiram bukan Namun untuk kali ini wanita ini membuat sedikit kelainan dengan ma...
Kisah Pu Abu Menjandakan Isteri Sendiri Tika Hamil Demi Menikahi Janda Lain Bikin Para Nitizen Marah

Kisah Pu Abu Menjandakan Isteri Sendiri Tika Hamil Demi Menikahi Janda Lain Bikin Para Nitizen Marah

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 790 hits
KISAH keruntuhan rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi terus panas dan terus terang apabila mendengar akan kisah ini pada mulanya daku rasa macam eeeeeeeee kenapa mesti ceraikan Isteri tengah ngandung kot Isteri pun...
Abu Dan Hana Bolehkah Anda Bahagia Atas Kesengsaraan Wanita Lain

Abu Dan Hana Bolehkah Anda Bahagia Atas Kesengsaraan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1422 hits
Abu dan Hana Bolehkah Anda Bahagia Atas Kesengsaraan Wanita Lain reaksi terbaharu pelakon Wardina Safiyyah turut meluahkan rasa marah dan simpati terhadap situasi yang menimpa bekas isteri lelaki itu iaitu Ain Afini Biarpun pendakwah bebas ...
Video Ni Baru Sweet 100 Halal Tak Nak Model Wanita Lain Hafiz Suip Pilih Isteri Jadi Teman Dalam Mv

Video Ni Baru Sweet 100 Halal Tak Nak Model Wanita Lain Hafiz Suip Pilih Isteri Jadi Teman Dalam Mv

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 480 hits
Ni Baru Sweet 100 Halal Tak Nak Model Wanita Lain Hafiz Suip Pilih Isteri Jadi Teman Dalam MV Penyanyi Hafiz Suib sememangnya amat dikenali dalam kalangan netizen dengan kemerduan suaranya Pastinya lagu seperti Awan Nano dan Bahagiamu Derit...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever