Adakah Skizofrenia Penyakit Mental



Assalamualaikum..Adakah Skizofrenia adalah salah satu penyakit mental? Jawapannya ya. Mana Cik Nor tahu pasal penyakit skizofrenia ni. Cik Nor tengok drama Cinta Sesungguhnya dalam slot Cerekarama TV3. Cik Nor terfikir juga sama ada skizofrenia ni sama dengan bipolar disorder. Ia nampak macam sama sebab terjadinya penyakit ni adalah sama iaitu tekanan yang teruk dari keluarga. Contohnya didera oleh keluarga. penyakit Skizofrenia ni lebih kepada individu tersebut berada dalam dunia sendiri dan selalu berhalusinasi. Bila keaadan semakin teruk pesakit boleh mencederakan diri sendiri seandai tidak mendapat pengawasan dari seseorang yang normal.


Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psikologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Yunani σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada disfungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom 'positif' dan 'negatif'. 'Simptom positif' adalah simptom yang tidak ada dalam diri individu normal, tetapi terdapat dalam diri individu yang menghidapi skizofrenia. Antara simptom 'positif' termasuk delusi, halusinasi, gangguan pemikiran (thought disorder) dan lain-lain. Hanya pesakit skizofrenia sahaja yang akan mengalami perkara sebegini. Simptom negatif pula adalah simptom yang sepatutnya ada dalam diri individu normal tetapi tidak ada dalam diri pesakit skizofrenia. Antara contoh bagi simptom negatif ialah kelembapan aktiviti kognitif, tidak bermotivasi, kesukaran dalam bertutur dan lain-lain. Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defisit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi eksekutif (executive function)]] atau kognisi sosial (social cognition).Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.

Korang boleh baca Apa Itu Bipolar DisorderPendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psikiatrik, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai kontinum model psikosis (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamin dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai Fenotiazin, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.

Sumber : Skizofrenia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2020/01/adakah-skizofrenia-penyakit-mental.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Minum Air Mutiara As Syifa Ikhtiar Kesembuhan Pelbagai Penyakit

Amalkan Minum Air Mutiara As Syifa Ikhtiar Kesembuhan Pelbagai Penyakit

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 971 hits
Air minuman mutiara As Syifa sejenis minuman botanik yang membantu meningkatkan penyikiran toksin dari sistem tubuh badan Air Mutiara as syifa mempunyai rasa yang berlainan mengikut kepada masalah tahap kesihatan imum Mengandungi ekstrak mu...
Curhat Nasabah Jiwasraya Kita Ini Orang Tua Penuh Dengan Penyakit

Curhat Nasabah Jiwasraya Kita Ini Orang Tua Penuh Dengan Penyakit

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 195 hits
Salah satu korban Jiwasraya Puspita menyampaikan keluhan dirinya dan para korban gagal bayar polis di dewan perwakilan rakyat Puspita mengaku telah menunggu satu setengah tahun tanpa kejelasan Dia masih memperjuangkan dananya pada polis ter...
Doa Minta Elak Dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Doa Minta Elak Dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1068 hits
Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak InfluenzaDoa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza Penyakit influenza merupakan jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan gejala seperti demam selesema atau flu sak...
Amalkan Langkah Mudah Ini Untuk Mencegah Penyakit Influenza

Amalkan Langkah Mudah Ini Untuk Mencegah Penyakit Influenza

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 572 hits
Kes Influenza yang semakin meningkat hangat dibicarakan di media sosial Selain itu bermacam jenis nasihat atau petua berlebih lebihan disebarkan sehingga menimbulkan suasana panik Ada yang petua karut marut jugua disebarkan Amalkan langkah ...
Usia Baru Sebulan Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali Seminggu

Usia Baru Sebulan Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali Seminggu

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 296 hits
Dilahirkan pramatang ketika usia kandungan ibu baru menjangkau 33 minggu si kecil Abdul Raihan Abdul Rahim yang kini baru berusia sebulan lebih dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti kecacatan dinding abdomen ginjal dan usus b...
Influenza A Bukan Penyakit Selesema Biasa

Influenza A Bukan Penyakit Selesema Biasa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 1228 hits
Sumber gambar dari GoogleSeperti mana kita tahu sekarang wabak Influenza sedang melanda negara kita sekarang sehingga mampu membawa maut Tapi korang tahu ke Influenza itu apa Menurut portal rasmi ia adalah jangkitan virus yang kerap menyeba...
Disambut Satu Sekolah Ini Kisah Haru Bocah Lawan Penyakit Kanker

Disambut Satu Sekolah Ini Kisah Haru Bocah Lawan Penyakit Kanker

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 205 hits
Menderita penyakit kronis kanker tentunya bukan hal yang diharapkan seseorang Selain berbahaya kanker juga dapat merenggut nyawa
Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 304 hits
Kos perubatan sememangnya sesuatu yang sangat mahal Ada saja golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapatkan rawatan kerana kekurangan wang Namun begitu ada sahaja kos perubatan yang ditanggung oleh pihak kerajaan supaya golongan yang k...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau