Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini


Kos perubatan sememangnya sesuatu yang sangat mahal. Ada saja golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapatkan rawatan kerana kekurangan wang.
Namun begitu, ada sahaja kos perubatan yang ditanggung oleh pihak kerajaan supaya golongan yang kurang berkemampuan juga boleh menerima rawatan supaya kesihatan mereka turut terjamin.
Ikuti perkongsian daripada Hello Doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lebih lanjut mengenai kos-kos perubatan bagi setiap penyakit.
Apabila kita bercakap mengenai soal kos, perkara pertama yang terlintas di kepala masing-masing adalah soal duit atau wang. Begitu juga dengan kos rawatan penyakit, ia juga tidak lari daripada soal beban kewangan yang perlu ditanggung.
Mungkin ada yang berkata, tidak perlu risau kerana mereka boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit yang dialami secara percuma daripada klinik-klinik atau hospital-hospital milik kerajaan. Tunggu sebentar! Adakah anda pasti bahawa kesemua rawatan boleh diperoleh secara percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan? Lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.
Ada sesetengah rawatan sememangnya percuma atau hampir percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan, tetapi tidak semuanya begitu. Malah ada jenis rawatan yang anda masih perlu membayar ribuan ringgit walaupun telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia. Apatah lagi jika anda mendapatkan rawatan di fasiliti milik swasta yang kadarnya boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.
Kos rawatan di hospital kerajaan dan juga swasta Kredit Foto: Asia One Jika dilihat kepada infografik yang telah kami sediakan, terdapat beberapa jenis penyakit berserta anggaran kos yang perlu dibelanjakan bagi rawatan tersebut. Sebagai contoh, pembedahan pintasan jantung yang dilakukan di hospital kerajaan sememangnya lebih murah, iaitu 20 kali ganda lebih murah berbanding kos rawatan di hospital swasta.
Walaupun begitu, kos sebanyak RM4,000 di hospital kerajaan ini masih dianggap mahal terutamanya bagi anggota masyarakat yang berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kos rawatan strok yang berjumlah RM4,000 ke atas di hospital kerajaan, manakala sekitar RM40,000 hingga RM80,000 diperlukan jika menjalani rawatan di hospital swasta.
Kredit Foto: Hello Doktor Untuk penyakit katarak mata pula, anda hanya memerlukan sekitar RM100 hingga RM500 bagi setiap rawatan, dan kos yang diperlukan bagi penyakit yang sama adalah antara RM3,500 hingga RM6,000 jika di hospital milik swasta.
Berlainan pula dengan penyakit batu karang yang berlaku di buah pinggang anda, ia agak mahal walaupun anda mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, yang mana kos rawatannya adalah antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada kerumitan sesuatu kes itu.
Jika anda memerlukan rawatan kemoterapi pula, anda hanya perlu membayar RM200 untuk setiap kali rawatan yang dijalani di hospital milik kerajaan, manakala jika di fasiliti swasta, jumlahnya boleh mencecah sehingga RM4,000 hanya bagi setiap kitaran kemoterapi tersebut.
Jika anda pernah mendapat rawatan bagi demam denggi di hospital kerajaan, anda pasti tahu bahawa ia adalah rawatan yang dijalankan secara hampir percuma. Tetapi tidak di hospital swasta yang mana anda perlu membelanjakan sekitar RM1,000 hingga RM3,000 untuk rawatan tersebut.
Kos tambahan yang juga perlu anda bayar Perlu diingat bahawa kos rawatan yang dinyatakan seperti di atas hanyalah untuk kos servis rawatan semata-mata. Anda masih perlu membayar kos-kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran X-ray, ujian darah dan lain-lain lagi.
Jika di hospital kerajaan, anda hanya perlu membayar RM1 bagi yuran konsultasi, tetapi anda perlu membayar antara RM30 hingga RM250 bagi perkhidmatan yang sama di hospital swasta.
Bagi yuran pendaftaran kemasukan ke hospital, anda hanya perlu membayar antara RM15 hingga RM35 bagi kemasukan di hospital kerajaan. Manakala jika di hospital swasta, anda perlu membayar yuran kemasukan antara RM500 hingga RM2,000, atau 6% hingga 10% daripada kos keseluruhan pembedahan anda. 
Kredit Foto: m.economictimes Jika anda perlu ditahan di wad hospital kerajaan, anda perlu membayar caj bilik wad antara RM3 hingga RM120 sehari bergantung kepada kelas wad tersebut.
Manakala di hospital swasta, kadar yang perlu dibayar adalah antara RM80 hingga RM300 sehari, juga bergantung kepada kelas wad tertentu. Selain itu, ujian-ujian lain seperti X-Ray, ultrasound, ujian darah, CT scan dan MRI juga perlu dibayar dengan caj yang pastinya amat berbeza antara hospital kerajaan dan juga swasta.
Peningkatan kos rawatan selepas 10 tahun Jika anda lihat kepada jadual kedua, iaitu kos rawatan jenis-jenis kanser tertentu dengan anggaran peningkatan pada 10 tahun akan datang, ia jelas memperlihatkan peningkatan lebih daripada 10%.
Walaupun contoh yang diberikan adalah anggaran kos daripada hospital swasta, berkemungkinan juga anggaran kos rawatan di hospital kerajaan juga akan meningkat walaupun tidak setinggi kos di fasiliti swasta. Kebanyakan peningkatan kos rawatan yang dijangkakan berlaku selepas 10 tahun ini berjumlah sehingga 3 kali ganda.
Mengapa kos rawatan perubatan ini meningkat? Perkara yang paling utama adalah disebabkan oleh trend perubatan terkini dan pembangunan kaedah dan rawatan yang lebih moden. Selain itu, terdapatnya peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan perubatan seiring dengan peningkatan populasi penduduk.
Begitu juga dengan peningkatan kadar penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak sihat yang menyebabkan lebih ramai individu mendapatkan rawatan perubatan. Peningkatan kos rawatan di Malaysia dijangkakan berlaku antara 10 hingga 15 peratus setiap tahun.
Ia mungkin tidak disedari kerana kebanyakan peningkatan ini berlaku di sektor perubatan swasta, manakala di sektor perubatan awam, ia telah disubsidikan oleh kerajaan dan peningkatan yang berlaku adalah sangat minimum.
Mengapa terdapatnya perbezaan kos yang begitu besar antara hospital kerajaan dan swasta? Anda pasti tahu mengapa servis rawatan di hospital kerajaan adalah lebih murah. Ya, kerana ia telah disubsidi oleh Kerajaan Malaysia.
Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu kos rawatan di hospital swasta lebih mahal kerana pada kebiasaannya, mereka menyediakan servis perkhidmatan dengan kualiti yang lebih baik. Tetapi ia tidak bermaksud bahawa rawatan perubatan di hospital kerajaan adalah kurang bagus.
Terdapat dua perbezaan yang paling jelas antara hospital kerajaan dan juga swasta iaitu, penjagaan pesakit dan pelawat serta waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, jika anda berkunjung ke hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh melihat kepada persekitaran yang lebih selesa dan mewah, pilihan makanan yang lebih enak dan berkualiti tinggi selain jenis ubat-ubatan yang digunakan. Anda juga boleh mendapatkan bilik peribadi yang lebih privasi dan selesa.
Walaupun perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan tidak semewah seperti di hospital swasta, kualiti servis rawatan yang diberikan sebenarnya adalah sama tinggi.
Hanya disebabkan caj yang lebih murah dan berpatutan, ramai yang lebih gemar ke hospital milik kerajaan berbanding swasta melainkan anda dilindungi dengan insurans perubatan.
Apakah langkah yang boleh saya ambil bagi mengurangkan tanggungan kos perubatan dan rawatan kesihatan? Pertama, amalkan gaya hidup sihat. Ia kedengaran amat mudah, tetapi ramai yang masih kurang memberikan perhatian terhadap perkara ini. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja memberikan fizikal dan mental yang sihat, malah ia menjauhkan diri anda daripada risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik. 
Kedua, dapatkan kad perubatan atau polisi insurans kesihatan daripada penyedia-penyedia insurans. Kad perubatan membantu anda untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu lama di hospital swasta.
Selain itu, ia juga membantu menyediakan liputan yang mencukupi bagi sebarang rawatan yang memakan kos yang besar pada masa sekarang atau pada masa akan datang.
Ketiga, gunakan kemudahan atau manfaat kesihatan yang disediakan oleh majikan atau syarikat tempat anda bekerja. Sesetengah majikan bukan sahaja menyediakan liputan perlindungan perubatan kepada pekerja mereka sahaja, malah kepada ahli keluarga terdekat pekerja tersebut. Rujuk kepada pengurusan syarikat anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kesimpulan Masih ramai di antara kita yang mengabaikan konsep gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian selain tidak mengambil mana-mana polisi insurans perubatan.
Kedua-dua ini sangat membantu diri anda dalam mengurangkan tanggungan kos perubatan dan juga risiko untuk mengalami penyakit-penyakit kronik. Kita pasti tidak mampu untuk menyediakan sejumlah wang yang begitu besar dalam masa yang singkat untuk membayar kos rawatan di hospital.
Oleh itu, sediakanlah payung sebelum hujan. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor
The post Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit-Penyakit Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/17/anda-mungkin-terkejut-dengan-anggaran-kos-rawatan-bagi-penyakit-penyakit-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Suka Kunyah Ais Mungkin Petanda Anda Hidap Penyakit Anemia

Awas Suka Kunyah Ais Mungkin Petanda Anda Hidap Penyakit Anemia

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 202 hits
Ramai dia antara kita yang suka kunyah ais ketika minum minuman yang sejuk Ianya dilihat seperti perkara yang biasa terjadi kepada sesiapa sahaja namun tahukah anda ianya juga akan memberikan kesan kepada kesihatan anda tanpa disedari Bukan...
Ibu Derma Hati Untuk Anak Hidap Penyakit Hati Kronik Perlu Rm160 000 Tampung Kos Pembedahan

Ibu Derma Hati Untuk Anak Hidap Penyakit Hati Kronik Perlu Rm160 000 Tampung Kos Pembedahan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 436 hits
Dugaan yang hadir dalam kehidupan ada dalam pelbagai cara Seperti yang dialami oleh Tuan Muhammad Shahrul Azlan dan pasangan Siti Nur Amira Ibrahim apabila diuji mempunyai anak yang masih kecil menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati ...
Jk Teror Bukan Direncanakan Di Masjid Tapi Dari Kos Kosan

Jk Teror Bukan Direncanakan Di Masjid Tapi Dari Kos Kosan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 157 hits
Peristiwa penusukan Menko Polhukam Wiranto dijadikan Jusuf Kalla sebagai salah satu contoh Menurutnya teror itu dirancang di dalam kos kosan
Untung 100 Beri Pada Puteri Balqis Tak Ambil Kos Pengeluaran Buku

Untung 100 Beri Pada Puteri Balqis Tak Ambil Kos Pengeluaran Buku

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 535 hits
Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan keadaan pelakon cilik Puteri Balqis yang berdepan kehidupan sukar dan terpaksa menjual buku puisi tulisannya bersama The post appeared first on
Malaysia Kaji Sistem Pengambilan Pekerja Bangladesh Tanpa Libatkan Kos

Malaysia Kaji Sistem Pengambilan Pekerja Bangladesh Tanpa Libatkan Kos

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 335 hits
PUTRAJAYA 7 Jan Malaysia sedang mengkaji perjanjian pengambilan pekerja asing dari Bangladesh tanpa melibatkan kos yang merupakan salah satu usaha kerajaan menghentikan kegiatan buruh paksa bagi mengelakkan sekatan perdagangan oleh Amerika ...
Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000 Peratus

Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000 Peratus

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 581 hits
Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000 Peratus Bulan Ramadhan tahun 2020 ni jatuh pada bulan April 2020 aura ke 19 berniaga tu memang semakin panas bila tiba bulan ramadhan ramai yang ambil peluang tambah pendapatan samping...
Kenyataan Media Amksedih Keadaan Khairuddin Amk Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

Kenyataan Media Amksedih Keadaan Khairuddin Amk Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 401 hits
Kenyataan Media16 Januari 2020Sedih Keadaan Khairuddin AMK Gesa Khairuddin Menerima Rawatan MentalSaya memandang serius kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang dilihat sangat biadab terutama dalam kenyataan terbaru beliau dengan kurang ajar me...
Tak Amik Kos Pengeluaran Buku Untung Diberikan 100 Pada Puteri Balqis

Tak Amik Kos Pengeluaran Buku Untung Diberikan 100 Pada Puteri Balqis

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 548 hits
Pasti ramai yang terkejut dengan perubahan hidup yang dialami pelakon cilik Puteri Balqis yang dahulunya sering menghiasi drama drama di kaca televisyen Setelah itu pelakon ini telah disahkan menghidapi penyakit kronik dan namanya kian leny...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner