Adakah Sah Bayar Zakat Tanpa Akad Ijab Dan Qabul


Zakat merupakan ibadah wajib dan salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan pada tahun ke-2 hijrah, sepertimana hadis daripada Ibnu Umar r.a. yang maksudnya: "Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah iaitu satu gantang tamar atau satu gantang sya'ir pada bulan Ramadhan ke atas setiap orang Islam, sama ada yang bebas atau hamba lelaki atau perempuan." Hadis Muslim: (984)


Para Fuqaha' menjelaskan, bahawa zakat merupakan sedekah yang wajib. Ia berdasarkan firman Allah SWT yang maksudnya: "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Taubah, 103)

Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan di dalam kitabnya bahawa para fuqaha' berpendapat, yang dimaksudkan di dalam ayat di atas adalah zakat yang diwajibkan kepada seluruh umat manusia. (Lihat: Tafsir al-Wasit li Zuhaili: 1/913)

Begitu juga yang terdapat di dalam al-Mausu'’ah al-Fiqhiyyah menyatakan bahawa sedekah yang difardhukan di sisi syara' ke atas harta iaitu zakat harta. Sedekah yang diwajibkan ke atas anggota badan iaitu zakat fitrah. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaituyyah, 26/325)

Syarat Wajib dan Sah Zakat

Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan bahawa syarat-syarat mengeluarkan zakat terdapat syarat wajib dan sah.

Oleh itu, diwajibkan ke atas seorang muslim yang merdeka, baligh, berakal, pemilikan harta yang cukup bilangannya (Nisab) dan cukup tempohnya (Haulnya) serta sah pemberian zakat dengan sekadar berniat bagi tertunai kewajipannya. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1796)

Berniat merupakan penentuan sesuatu perkara itu sebagai ibadah dan ia membezakannya di antara ibadah-ibadah yang lain seperti zakat dan kafarah.

Ini sepertimana hadis daripada Saidina Umar al-Khattab r.a. Sabda Nabi SAW yang maksudnya: "Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat. Dan setiap perkara akan dibalas mengikut apa yang diniatkannya." Hadis Riwayat Muslim (1907)

Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi'e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh, "Ini Zakat harta" walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)

Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. (Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan di atas dan keterangan yang diberikan, pembayaran zakat sah sekiranya tidak disertakan akad ijab dan qabul.

Dan ini kerana syarat sah pemberian zakat adalah berniat dan mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta penyerahan dan penerimaan barang.

Namun, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya melakukan akad ijab dan qabul bagi memastikan tujuan dan matlamat pemberian zakat itu tercapai. Justeru pemberian zakat memerlukan keredhaan dan keikhlasan demi mendapat keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang maksudnya: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Baiyyinah, 5)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Cara Bayar Zakat Fitrah Secara OnlineApakah Hukum Orang Yang Enggan Membayar Zakat?Zakat Fitrah Patut Hasilkan 700 Jutawan Di Malaysia?
sumber: muftiwp



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/05/sah-bayar-zakat-tanpa-akad-ijab-dan-qabul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Dmi Jusuf Kalla Imbau Umat Islam Bayar Zakat Lebih Awal

Ketua Dmi Jusuf Kalla Imbau Umat Islam Bayar Zakat Lebih Awal

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 373 hits
JK juga meminta masyarakat untuk lebih peka dan saling membantu terhadap sesama yang membutuhkan khususnya bagi umat Islam di bulan Ramadhan sebagai upaya untuk mengumpulkan pahala
Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas

Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 757 hits
Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah Dengan izin dan kurniaMU hari ini kita sudah berada di hari ke 17 Ramadhan Alhamdulillah alhamdulillah Dah 17 Ramadhan ni anda dah tunaikan za...
Bayar Zakat Pendapatan

Bayar Zakat Pendapatan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 429 hits
Saya tertarik dengan pandangan seorang pakar kewangan tersohor Pernah tak kita terfikir kenapa duit atau gaji yang kita dapat tidak pernah cukup Selepas bayar semua hutang pun duit masih belum cukup atau kita sendiri tidak tahu ke mana duit...
Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 564 hits
Siapakah orang yang tidak wajib bayar zakat fitrah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Bagaimanakah keadaan seseorang itu dikatakan tidak wajib me...
Hukum Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat Fitrah

Hukum Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 439 hits
Apakah hukum jika terlupa niat semasa bayar zakat fitrah Adakah zakat fitrah itu tidak sah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Seorang yang telah ...
Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 696 hits
Tahniah Tedi ucapkan kepada Boost kerana menyediakan kemudahan membayar zakat fitrah secara elektronik Kawan kawan tak kenal Boost Boost adalah aplikasi e wallet yang membolehkan kita membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar Ada beb...
Senarai Laman Web Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Malaysia

Senarai Laman Web Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 623 hits
Kali ini twitter Kewangan Graduan kongsikan pautan potal atau laman web bayar zakat online untuk negeri negeri di Malaysia Ini mungkin kali pertama kiita membayar Zakat Fitrah melalui portal selalunya bayar melalui Amil yang dilantik Sebab ...
Bayar Zakat Secara Online Melalui Ezakatpay Dan Aplikasi E Wallet Terpilih

Bayar Zakat Secara Online Melalui Ezakatpay Dan Aplikasi E Wallet Terpilih

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 426 hits
Assalamualaikum Bulan Ramadhan tahun ini umat islam seluruh dunia diuji dengan wabak Covid 19 yang menyebabkan kita semua perlu berada di rumah bagi memutuskan rantaiannya Hari ini juga rakyat Malaysia telah memasuki Fasa ke 4 PKPB yang man...
Bayar Zakat Secara Online Di Lzs Zakat Fitrah Juga Boleh

Bayar Zakat Secara Online Di Lzs Zakat Fitrah Juga Boleh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 394 hits
Bolehkah bayar zakat secara online lebih lebih lagi zakat fitrah Un pun tertanya tanya juga Tetapi dengan kemudahan dihujung jari Un mencari maklumat di Lembaga Zakat Selangor punya website dan juga facebook Bayar Zakat Secara Online Untuk ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration