Adakah Pn Beri Laluan Kepada Gerakan Di Kawasan Melayu


DALAM wawancara pemimpin Gerakan bersama media berbahasa Cina dua hari lepas, ultra kiasu ini mengakui sukar untuk Gerakan menjadi kuasa politik ketiga, apabila kalah terduduk sehingga hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Justeru, katanya, Gerakan tidak ada pilihan, melainkan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), apabila Barisan Nasional (BN) kalah, Gerakan bertindak lompat keluar BN. Gerakan merasa dirinya kuat, cuba bersendirian.

PRK Tanjung Piai, membuktikan bahawa selama ini parti ultra kiasu tiada pengaruh langsung.

Hanya mengharapkan undi Melayu untuk menang, sama seperti MCA.

Lantaran itu, ia bertindak melompat menyertai PN. Pemimpin ultra Gerakan berkata, tindakan itu adalah laluan untuk kembali ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sedap sungguh ultra kiasu ini bercakap. Masuk PN untuk laluan ke Parlimen dan DUN.

Soalan saya, kamu nak bertanding di mana untuk laluan ke Parlimen dan DUN?

Apakah Gerakan begitu pasti bahawa PN akan memberikan laluan kepada Gerakan untuk bertanding kawasan mudah menang, kawasan majoriti Melayu?

Saya harap PN jangan terperangkap. Belajar daripada BN, yang telah dikencing oleh Gerakan, MCA, juga MIC.

PRU14, menunjukkan, majoriti bukan Melayu tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

Cukuplah BN tertipu selama ini, apabila BN kalah dalam PRU14, MCA dan Gerakan pun angkat kaki meninggalkannya.

Sebenarnya, mudah sahaja nak uruskan dua parti ultra kiasu dalam BN dan PN ini jika kita bertegas. Letakkan semua calon di kawasan majoriti Cina. Kita mahu melihat kejantanan mereka, adakah boleh menang di kawasan majoriti Cina?

Jika berjaya mengalahkan ultra kiasu DAP, barulah jantan. Jika tidak, tidak usahlah bercakap mahu mendapat laluan ke parlimen dan DUN.

Kenapa murah sangat harga diri pemimpin kedua parti ini?

Dalam kes lain, beberapa ahli parlimen PKR melompat menyokong PN, atas alasan yakin dengan PN. Begitu cepat yakin dalam masa setahun? Kenapa tidak tunggu lama sedikit? Setahun belum cukup untuk menilai. Sedangkan PH kena tunggu 22 bulan untuk ‘dinilai’.

Apabila berlaku lompatan, pemimpin ultra kiasu DAP dan PKR begitu marah.

Terbaharu, ahli parlimen PKR melompat ke PN. Ultra kiasu mendakwa, ahli parlimen mereka melompat kerana ‘ditekan’ selepas ‘siasatan terpilih’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ultra kiasu memberi amaran kepada PN agar berhenti menggunakan agensi kerajaan seperti SPRM untuk “mengugut dan memberi tekanan kepada ahli parlimen pembangkang untuk bertindak melompat parti.”

Saya jadi hairan, jika benar kamu tidak terlibat dengan rasuah, mengapa takut dengan SPRM? Hadap sahajalah SPRM itu. SPRM bukannya kebal. Tiada siapa yang kebal kini.

Kenapa begitu lemah sekali pemimpin PKR ini, ditekan sedikit terus lompat, berani kerana benar, takut kerana salah.

Adakah melompat kerana takut masuk ke dalam, maka terpaksa melompat? Jika begitu keadaannya, lemah sungguh iman wakil rakyat ultra kiasu. Saya ingatkan sudah mantap.

Saya cukup hairan, tidak kurang pemimpin UMNO yang disiasat oleh SPRM, tetapi mereka tetap ‘teguh’. Walaupun saya kedengaran, ada yang turut pergi menghadap.

Najib Razak, Zahid Hamidi dan ramai lagi yang didakwa, tidak pula mereka lompat parti. Bunyi-bunyi kerjasama dengan ultra kiasu adalah. Itupun hanya cakap-cakap, belum menjadi realiti.

Dalam hal ini, saya tabik Najib Razak, walaupun didakwa lebih kurang 50 pendakwaan, namun tetap lantang bersuara, setia dalam UMNO, walaupun saya ada dengar cerita, bahawa beliau juga ada menghadap.

Namun, beliau tetap istiqamah dengan parti. Sikap pemimpin macam inilah yang kita mahu. Saya tidak bersetuju dengan idea beliau bekerjasama dengan ultra kiasu. Tetapi dari segi kejantanannya, saya tabik. Malu apa bossku.

Terdapat dua kes di atas dasar lompat.

Pertama, parti lompat parti, Gerakan (BN), kemudian bersendirian. bila sedar tiada pengaruh, lompat PN.

Kedua, individu (PKR/DAP) lompat ke PN. Apa iktibar untuk semua tindakan ini?

Pertama, berhati-hati, orang ini tidak boleh dipercayai. Tidak mustahil, lompatan seterusnya akan berlaku, apabila ada peluang dan kesempatan.

Kedua, jangan mudah percaya kepada orang sebegini. Jangan beri laluan mudah untuk mereka bertanding di kawasan mudah menang, seperti kawasan majoriti Melayu.

Ketiga, bertegas dengan ultra kiasu ini. Jangan beri muka atas nama berbilang kaum. Tanpa penyertaan mereka, kita tetap berbilang kaum. Ramai lagi pemimpin bukan Melayu (bukan Islam) yang boleh dimasuk masuk.

Kita sudah meraikan kepelbagaian ini sekian lama. Semua hak bukan Islam sudah dipenuhi, lebih daripada mencukupi. Apa lagi yang dimahukan, kalau bukan tuntutan nafsu yang tidak pernah puas.

Berapa banyak sekolah Cina/Tamil yang telah diberikan, walaupun muridnya kadangkala dalam sekitar 30 sahaja. Pun sekolah sebegini tidak pernah ditutup.

Contoh lain, kes kalimah Allah, adakah kedua parti ini menyebelahi kita semua? Senyap membisu seribu bahasa. Takkan ultra kiasu ini buta sejarah. Adakah mereka turut merancang?

Keempat, cuba uji Gerakan dan MCA yang kita banggakan bagi menunjukkan BN atau PN parti berbilang kaum, dengan bertanya soalan ini.

Apakah MCA dan Gerakan akan bersetuju jika PN (BN) menang di Pulau Pinang pada PRU15, Ketua Menterinya adalah dalam kalangan Melayu? Saya amat yakin akan jawapannya.

Kelima, dalam memahami erti gabungan parti-parti politik ini, paling penting adalah kesetiaan dan memahami erti keadilan. Setia ketika susah senang bersama parti. Terutama ketika susah. Gerakan dan MCA sudah terbukti, bila susah, lompat lari. Bila terdesak, lompat cari.

Begitu juga dalam memahami keadilan. Keadilan bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya 1=1.

Contoh, jika MCA parti Cina, Gerakan parti pimpinan Cina, bertandinglah di kawasan majoriti Cina.

Begitu juga dengan MIC. Jangan jadi muka tak malu, awal-awal dah tuntut mahukan kerusi yang pasti menang.

Ciri-ciri ini sudah menampakkan bahawa setia tidak ada. Memahami keadilan jauh sekali.

Kesimpulannya, bila tersepit lompat parti. Boleh percayakah orang atau parti sebegini? Tidak mustahil, mereka akan terus melompat apabila ada peluang lain. Lebih memualkan, lompat ke PH tak apa. Tapi bila lompat ke PN heboh satu dunia.

Nak uji kesetiaan yang melompat ini mudah sahaja. Jangan beri apa-apa apabila telah melompat.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/adakah-pn-beri-laluan-kepada-gerakan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Surat Annuar Musa Kepada Zahid Hamidi Ini Bukti Wujudnya Gerakan Mengubah Keputusan Mt Umno

Adakah Surat Annuar Musa Kepada Zahid Hamidi Ini Bukti Wujudnya Gerakan Mengubah Keputusan Mt Umno

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 311 hits
UMNO Bahagian Ketereh Kelantan yang dipimpin oleh Annuar Musa dilaporkan telah menghantar surat kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan empat pendirian bahagian berkenaan berkaitan politik semasa dan hubungan dengan kerajaan PN ...
Adakah Melayu Islam Sudah Lupa

Adakah Melayu Islam Sudah Lupa

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 304 hits
JIKALAU kita masih ingat ketika PH berkuasa selama 22 bulan perpaduan ummah merupakan agenda utama yang diusahakan secara bersama PAS dan Umno sehingga lahirnya Muafakat Nasional Ianya bukanlah kerja yang mudah untuk menyatukan musuh tradis...
Cabaran Besar Dap Dicap Anti Melayu Islam

Cabaran Besar Dap Dicap Anti Melayu Islam

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 362 hits
GEORGETOWN Cabaran terbesar sepanjang perjuangan selama 55 tahun DAP adalah untuk menangani tohmahan parti itu merupakan sebuah parti politik anti Melayu dan Islam Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon ...
Bahan Pendidikan Tahun 1 Latihan Tambahan Bahasa Melayu

Bahan Pendidikan Tahun 1 Latihan Tambahan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 265 hits
Latihan Tambahan Bahasa Melayu Tahun 1 ini dikongsi untuk memberikan latihan tambahan kepada guru guru bahasa melayu bagi murid tahun 1 Bahan ini menyentuh tema pertama iaitu tema keluargaku sayang yang digunakan semasa proses pembelajaran ...
Kalau Dap Tak Anti Melayu Kenapa Enggan Sokong 153 Hak Bumiputera

Kalau Dap Tak Anti Melayu Kenapa Enggan Sokong 153 Hak Bumiputera

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 287 hits
Kalau bukan anti Melayu kenapa enggan sokong 153 dan hak Bumiputera Demikian persoalan dilontarkan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Datuk Seri Ramesh Rao susulan dakwaan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fo...
Patut Tak Nampak Pure Melayu Anak Paling Handsome Bonda Rozita Dedah Aliff Syukri Ada Mix

Patut Tak Nampak Pure Melayu Anak Paling Handsome Bonda Rozita Dedah Aliff Syukri Ada Mix

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 502 hits
Patut lah sekali pandang je pada usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri ni handsome semacam je Rupa rupanya beliau memang ada campuran darah antara Melayu Iran sebab itu lah dalam adik beradiknya beliau lah yang paling kacak dan tinggi Mun...
Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan Boleh Kukus Goreng Letak Dalam Sup

Dumpling Style Melayu Guna Kulit Wantan Boleh Kukus Goreng Letak Dalam Sup

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 449 hits
Ada yang suka makan dumpling Tapi tak tahu macam mana nak buatnya Tak payah nak pening kepala lagi Mama boleh jadikan ia salah satu menu utama ahli keluarga jika suami dan anak anak dah jemu nak makan nasi Mungkin mama terfikir nak buatnya ...
Tanah Ini Dicabut Identiti Asal Melayu Nya Sedikit Demi Sedikit

Tanah Ini Dicabut Identiti Asal Melayu Nya Sedikit Demi Sedikit

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 317 hits
Berfikir semula tentang Merdeka Negara Bangsa atau Negara Tamadun Peta yang menunjukkan Tanah Melayutermasuk dalam Wilayah ke 19 China1 Setelah 63 tahun Merdeka integrasi nasional masih lagi gagal dicapai Perpaduan antara rakyat semakin ber...
Hiburan Dikritik Mengapa Pilih Elemen Jawa Bukan Melayu Dalam Persembahan Ajl35 Ini Jawapan Zizi Kirana

Hiburan Dikritik Mengapa Pilih Elemen Jawa Bukan Melayu Dalam Persembahan Ajl35 Ini Jawapan Zizi Kirana

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 270 hits
Penyanyi Zizi Kirana yang baru sahaja memenangi kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 35 Ahad lalu tampil menjawab kritikan sesetengah pihak yang mempersoalkan mengapa dia tidak membawa elemen Melayu sebaliknya membawa ciri...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran