Adakah Melayu Islam Sudah Lupa


JIKALAU kita masih ingat ketika PH berkuasa selama 22 bulan, perpaduan ummah merupakan agenda utama yang diusahakan secara bersama PAS dan Umno sehingga lahirnya Muafakat Nasional (MN).

Ianya bukanlah kerja yang mudah untuk menyatukan musuh tradisi zaman-berzaman. Agenda perpaduan ummah ini tidak boleh dihentikan mahupun dilupakan tatkala kita sudah memegang tampuk kuasa melalui penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muafakat Nasional itu apa matlamat utamanya? Demi menyatukan umat Islam secara khususnya maka ia tidaklah boleh terhad secara eksklusif hanya untuk PAS dan Umno sahaja. Rakan kita BERSATU yang sudah meninggalkan Pakatan Harapan – DAP itu tidaklah boleh dikesampingkan peranan mereka.

Tanpa dia dan tanpa kita maka tidaklah lahir Kerajaan PN yang ada hari ini.

Antara watak teraju utama yang berperanan penting dalam menyatukan dan memperkukuhkan Kerajaan PN pada hari ini tidak lain dan tidak bukan ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tokoh yang begitu terkenal dengan peranan dan pengalaman sebagai perunding, pendamai dan mediator sehingga ke peringkat Antarabangsa diiktiraf peranan beliau.

Tuan Guru Presiden PAS antara insan yang memang rajin menulis, lihat sahaja karya artikel dan buku yang dikarang oleh beliau sendiri. Antara karya yang secara konsisten beliau terbitkan ialah Artikel Minda Presiden PAS. Pada setiap minggu pasti akan ada sekurang-kurangnya satu Artikel Minda Presiden PAS yang disiarkan di halaman Facebook beliau. Daripada artikel yang beliau tulis itu, kita akan dapat fahami, tekuni dan telusuri apa pendirian dan respons balas Tuan Guru terhadap isu semasa yang sedang melingkari negara mahupun Antarabangsa.

Terbaru artikel Minda Presiden PAS yang diterbitkan pada pagi semalam yang bertajuk ‘Perpaduan Ummah: Perpaduan Islam dan Perpaduan Manusia’. Tuan Guru menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan agenda Perpaduan Ummah. Beliau menyatakan para ulamak membahagikan konsep umat kepada dua kumpulan:

Pertama, Ummah Ijabah, dinamakan kepada mereka yang menganut Islam tanpa paksaan.

Kedua, Ummah Dakwah iaitu seluruh kelompok manusia, termasuklah daripada kalangan bukan-Islam. Walaupun berbeza agama dan fahaman, namun mereka diajak untuk bernaung di bawah Islam yang adil kepada semua dan bersikap rahmat kepada seluruh alam yang menjadi tujuan kerasulan akhir zaman.

Surah al-Hujurat menunjukkan ‘Road Map’ Perpaduan Ummah yang paling unggul mengikut petunjuk Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W menegakkan negara dengan mendahulukan konsep perpaduan rakyat dalam masyarakat majmuk, bermula dengan menyatukan umat Islam.

Misi perpaduan ummah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W setelah berjaya mengumpulkan orang-orang yang memeluk Islam dan beriman di Makkah. Begitu juga selepas berjaya berdakwah dan mengIslamkan suku Aus dan Khazraj yang menetap di Madinah serta beberapa suku kaum yang kecil dan beberapa orang individu.

Maka, Allah S.W.T menegaskan konsep perpaduan dengan mendahulukan dalam kalangan umat Islam terlebih dahulu, sebagaimana yang disimpulkan oleh firman-Nya:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudara kalian itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kalian mendapat rahmat.” (al-Hujurat: 10)

Kemudian ayat seterusnya menegaskan bahawa hubungan seluruh manusia dalam masyarakat majmuk merupakan ciri kemanusiaan secara naluri. Perkara ini dinyatakan melalui firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kalian dalam pelbagai bangsa dan bersuku-suku, supaya kalian saling berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya, semulia-mulia manusia dalam kalangan kalian di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa antara kalian, (bukan yang lebih dari sudut keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat: 13)

Rasulullah S.A.W memulakan langkah perpaduan umat Islam yang menjadi tonggak bagi memimpin manusia. Baginda S.A.W menggabungkan golongan yang beriman dan diperintah untuk berhijrah ke Madinah iaitu golongan Muhajirin dengan suku Aus dan Khazraj yang menetap di Madinah dinamakan Ansar.

Mereka disatukan dengan perpaduan sesama Islam berteraskan prinsip persaudaraan iman, yang menghapuskan kebanggaan diri, fanatik perkauman dan kekeluargaan yang menjadi kebanggaan bagi bangsa Arab.

Seterusnya perpaduan itu disertai oleh golongan bukan-Islam yang terdiri daripada kaum Yahudi, Kristian, Majusi dan lain-lain yang bersedia berada di bawah kepimpinan Islam. Perpaduan tersebut dimeteraikan melalui satu perjanjian yang dinamakan dengan Sahifah Madinah. Kemudian secara rasmi nama Yathrib atau Taibah diubah kepada Madinah. Perubahan nama yang sinonim dengan pembentukan masyarakat madani. Masyarakat wajib menegakkan negara (politik) yang dipimpin oleh Islam. Negara yang berkebajikan kepada semua, bercirikan iman, Islam, ihsan, berdaulat dan berwawasan akhirat

Seterusnya, Tuan Guru menyorot sejarah awal kemerdekaan tanah air ini daripada penjajahan British yang mewujudkan masyarakat majmuk yang bertujuan negatif pada permulaannya. Tujuan mereka untuk mengadu domba rakyat bagi menjana kekuatan politik mereka dan melangsungkan agenda Kolonialisme politik serta ekonomi.

Ketika Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan parti Umno, MCA dan MIC telah berjaya membentuk kerajaan. PAS merupakan satu-satunya parti pembangkang yang ada pada ketika itu.

Antara dasar Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal dengan satu asas masyarakat majmuk yang berteraskan tiga perkara berikut:

(a) Islam agama bagi Persekutuan dan menerima hak penganut agama lain.
(b) Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang mendominasi masyarakat majmuk.
(c) Menerima hakikat kewujudan kaum lain.

Pada masa yang sama, termeterainya satu perjanjian yang bersifat kontrak sosial yang mengandungi konsep umum yang boleh dilakukan pembaharuan dan penambahbaikan.

Di penghujung artikel Minda Presiden PAS, Tuan Guru menegaskan berkenaan perkara yang terpenting sekarang ialah menyatukan parti-parti Melayu – Islam yang mempunyai titik persamaan terhadap konsep Perlembagaan, dan juga parti bukan-Islam yang tidak ekstrem dan bersama menerima asas Perlembagaan.

Maka, dengan tegas semua parti yang merancang ke arah merungkaikan prinsip Perlembagaan yang nyata bersifat ekstrem terhadap Islam dan kepimpinannya mesti ditolak. Dan sekali-kali tidak mengiktiraf mana-mana parti yang bersekongkol bersama kelompok tersebut.

Tuan Guru menyebut bahawa perpaduan ummah inilah gabungan baru yang diusahakan dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) dan penganjuran Kongres Maruah Melayu, secara khusus telah menggabungkan tiga parti Melayu-Islam iaitu Umno, PAS dan BERSATU. Kemudian disertai oleh parti Bumiputera majmuk Sarawak dan Sabah serta parti bukan-Islam yang tidak ekstrem dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Tuan Guru menyatakan dengan terang dan jelas bahawasanya matlamat kita ialah menjayakan agenda besar perpaduan ummah dalam kalangan mereka yang mempunyai persamaan konsep, bukan hanya terhad kepada parti tertentu atau kaum tertentu, dan jauh sekali semata-mata untuk kepentingan orang tertentu.

Tuan Guru menyeru kita semua menolak pihak yang menunjukkan tanda-tanda hendak merungkai asas penting daripada petunjuk Islam yang telah wujud dalam Perlembagaan, sehingga mereka bermatlamat untuk meminggirkan Islam dan kepimpinan Islam.

Tuan Guru mengajak kita merujuk kepada petunjuk berpandukan al-Quran yang diwahyukan daripada Allah S.W.T. Adapun teladan kita pula ialah Rasulullah S.A.W, bukan mengambil contoh daripada ciptaan asing yang disifatkan dengan falsafah dan semuanya berakhir dengan menyampah.

Tuan Guru turut menasihati kita agar belajarlah dengan al-Quran, bukan belajar dengan media sosial yang berakal bebal tanpa petunjuk Ilahi. Media kini lebih digunakan menjadi senjata musuh yang menyesatkan kita daripada jalan Allah. Bahkan banyak yang bergelumang dengan dosa, kerana dosa dan pahala tiada lagi dalam perhitungan mereka.

Oleh: SYED AHMAD FADHLI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/adakah-melayu-islam-sudah-lupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Edisi Khas Mingguan 009 Panas Rptn 2021 2030 Kerajaan Melayu Islam

Edisi Khas Mingguan 009 Panas Rptn 2021 2030 Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 196 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0091 IKHLASKAH MUHYIDDIN DALAM ISU PERPADUAN 2 BILA MENTERI MAKAN GAJI BUTA 3 SEJAUH MANA APLIKASI SUGARBOOK DIHAPUSKAN
Arak Judi Dan Kerajaan Melayu Islam

Arak Judi Dan Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 208 hits
February 23 2021 Lazimnya saya tidak tulis mengenai arak dan judi Bagi saya minum arak dan main judi terpulanglah kepada individu Pandai pandailah jawab kepada Tuhan nanti Kalau mereka percaya kepada Tuhan Tetapi oleh kerana kerajaan kita s...
Setahun Perikatan Nasional Kesatuan Islam Melayu Perlu Terus Kekal Berkuasa

Setahun Perikatan Nasional Kesatuan Islam Melayu Perlu Terus Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 197 hits
Segera urus perbezaan BERSATU Umno PASSELEPAS Perikatan Nasional mengambil pemerintahan negara daripada PH pada 2 Mac 2020 saya menulis dalam Ismaweb bertajuk Beri peluang kepada PM baharu untuk buktikan Siapa pun yang menerajui kerajaan se...
Bersatulah Umat Melayu Islam Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah

Bersatulah Umat Melayu Islam Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 256 hits
PEMIMPIN UMNO PAS DAN PBBM DUDUK BETUL BETUL KITA KIRA BETUL BETUL Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah Berikut disiarkan transkripsi wawancara penuh antara moderator Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor dari UM dan Dr Kamarul Zaman Haji ...
Elak Tembung Umno Supaya Pemerintahan Melayu Islam Kuat Tutup Peluang Dap Kata Ppbm Terengganu

Elak Tembung Umno Supaya Pemerintahan Melayu Islam Kuat Tutup Peluang Dap Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 271 hits
freemalaysiatoday com February 20 2021 2 58 PMPengerusi PPBM Terengganu Razali Idris berkata isu pembahagian kerusi antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat dan negeri akan patuh kepada setiap ar...
Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 219 hits
Struktur parti politik Melayu dalam sistem politik Malaysia sejak akhir ini mengalami perubahan besar Paling ketara selepas terbentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional dan berakhir pentadbiran Pakatan Harapan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 1...
Islam Kembangkan Alam Melayu

Islam Kembangkan Alam Melayu

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 292 hits
ISMAIL al Faruqi menulis tradisi bangsa Arab berkembang dari Urubah ke Ummatik dengan melihat sejarah bangsa Arab bermula Nabi Ibrahim AS Urubah merujuk kepada Ur iaitu ibu negeri Mesopotamia atau tempat asal Baginda sebelum membawa haluan ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City