Adakah Pas Akan Kekal Bersama Umno Dalam Mn




Pengomen Minta Penjelasan..
Anonymous said...Adakah Pas akan kekal bersama Umno dalam Maufakat Nasional? Pas adalah parti yang mempunyai impian yang besar dan bukan sebuah parti yang mudah menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada parti lain.

Sejarah membuktikan Pas sanggup bertanding 3 penjuru walaupun sudah ada perjanjian dengan parti lain yang bertanding di kerusi berkenaan. Contohnya, semasa PRU tahun 2013, Pas meletakkan calon di kerusi Kota Damansara walaupun kerusi berkenaan dipersetujui ditandingi PKR.

Maufakat Nasional yang dibentuk oleh Pas dan Umno setakat ini masih belum diuji kukuhnya ikatannya. Walaupun sudah mempunyai kerajaan negeri masing-masing , tapi kerajaan negeri Pas dan kerajaan negeri BN tidak dapat mewujudkan kerajaan Maufakat Nasional.

Kerajaan negeri Pahang dan Perlis yang di kuasai BN tidak dilantik wakil Pas sebagai exco, manakala kerajaan Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas tidak dilantik wakil Umno sebagai Exco.May 29, 2020 at 4:53 PMPenjelasan N/Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad: PAS dalam kerajaan, Ke mana?KUALA LUMPUR: PAS sehingga kini kekal berpolitik di atas keteguhan prinsip di mana walaupun telah melaksanakan pelbagai pendekatan dan bersama parti-parti berlainan dalam sejarahnya, tetapi dibuat atas neraca keadilan yang menjadi sebahagian tuntutan takwa.

Penegasan tersebut dinyatakan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam program Bual Bicara Politik “PAS Dalam Kerajaan: Ke Mana?” secara langsung menerusi Facebook Penerangan PAS Selangor, malam tadi.

Jelasnya, PAS bersama dengan pemimpin dan parti politik yang dilihat berbeza dengan perjuangannya kerana adanya persamaan dalam mengangkat sesuatu agenda untuk menegakkan keadilan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Bukti PAS berpegang kepada prinsip jelas beliau, apabila bersama dengan pemimpin atau parti lain, PAS tidak menjadi seperti parti tersebut, malah tidak berkompromi atau berganjak dengan perkara-perkara melibatkan perjuangan dasarnya.

Katanya, jika PAS mementingkan kuasa, sudah tentu tidak akan bersama dengan Umno yang telah kehilangan kuasa, sebaliknya telah bermuafakat dengan parti itu demi kepentingan Islam, rakyat dan negara serta menyelamatkan dari PH.

Menyentuh isu-isu yang terpalit kepada pemimpin atau parti yang berkenaan, terangnya hal tersebut mesti dilihat dalam aspek pengasingan kuasa melibatkan keadilan untuk melalui proses kehakiman tanpa dipengaruhi atau campur tangan.

Keutamaan yang penting menurutnya, adalah pembawaan keadilan bertunjangkan takwa itu telah meletakkan PAS berpolitik secara keimanan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dan menjauhi kerosakan dan perbuatan dilarang agama.

Terang beliau, semua pembawaan PAS sebagai parti politik sah dan berdaftar adalah dalam kerangka sistem demokrasi berparlimen sebagaimana termaktub pada Perlembagaan Negara dengan menjadikan gerak kerja politik sebagai medan dakwah.

Sehubungan itu katanya, PAS menyuarakan sesuatu perkara menerusi saluran-salurannya apabila tidak menjadi kerajaan, tetapi apabila menjadi sebahagian kerajaan, maka kedudukan yang ada digunakan untuk pelaksanaan.

PAS dalam Perikatan Nasional

“Kita mengambil bersama-sama kerajaan ini dalam pertengahan jalan. Mungkin untuk menghadapi PRU-15 nanti, habis-habis sangat pun dalam masa mungkin 2 tahun setengah lagi ataupun 2 tahun. Itulah umur hayat yang ada kepada Kerajaan PN ini untuk bertemu sehingga PRU-15.

“Namun begitu, asas pertama agenda kita ialah nak kukuhkan PN yang kita hendak menunjukkan bahawasanya agenda kita ini kerajaan yang tahu teras kepada politik Malaysia ini ialah mesti kekuatannya daripada orang Islam dan Melayu, itu asas dia.

“Keduanya, jangan kita nafikan ialah kewujudan masyarakat majmuk. Ini perkara-perkara yang kita nak buktikan bahawasanya di dalam kita bercakap ini, nak beritahu bahawasanya Malaysia ini bukan sahaja kita katakan satu bangsa sahaja.

“Maknanya memberikan dan meraikan kewujudan masyarakat majmuk yang terdiri dari kalangan berbagai-bagai bangsa etnik ini. Nak buktikan kita ialah bukan satu Kerajaan yang menindas orang lain sebagaimana digembar-gemburkan oleh musuh politik PN,” ujarnya.

Kemukanya, PAS telah menunjukkan dalam pemerintahannya di Kelantan selama 30 tahun walaupun masyarakat bukan Islam tidak sampai 10 peratus, tetapi dapat hidup dalam suasana harmoni, juga sebagaimana di Terengganu.

Jelas beliau, pembawaan itulah antara sebahagian keadilan Islam hingga masyarakat bukan Islam dapat merasakan karamah insaniah sesuai dengan tuntutan Islam supaya menyantuni semua manusia kerana setiap bangsa tidak minta dilahirkan berbeza.

“Yang kedua, apabila kita di dalam kerajaan, termasuklah juga kita pegang beberapa GLC dan juga agensi-agensi lain, kita mesti dan bersama-sama dengan Perikatan Nasional mampu untuk mengurus tadbir negara ini dengan baik. Tidaklah orang anggap bahawasanya PAS ini hanyalah ‘Parti Pak Lebai’.

“(Atau) PAS ini hanya parti boleh memerintah surau masjid sahaja. Perlu kita kena ingat walaupun Menteri kita itu terdiri dari kalangan orang-orang yang kita katakan background agama, namun yang melakukan kerjanya ialah terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai kerajaan,” tambahnya.

PAS juga terangnya, mahu menunjukkan kemampuan integriti dan kepimpinan menguruskan negara majmuk ini dengan pentadbiran yang mempunyai wawasan dengan meluaskan penyampaian mesej Islam diperjuangkan. – HARAKAHDAILY 28/5/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/adakah-pas-akan-kekal-bersama-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Dicencang Takkan Putus Selepas Pas Bertautlah Umno Bersatu

Air Dicencang Takkan Putus Selepas Pas Bertautlah Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 323 hits
KALAU orang UMNO dan Pas boleh bersama sama mengapa tidak dengan orang dari Parti BERSATU Dalam politik segalanya tidak mustahil No permanent enemies and no permanent friends Kita ambil semangat Syawal sebagai titik mula untuk tujuan ini Ma...
Kolum Masa Untuk Umno Tolong Pas Di Chini Pula

Kolum Masa Untuk Umno Tolong Pas Di Chini Pula

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 292 hits
KOLUM Bagi Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad Pakatan Harapan perlu bertanding PRK DUN Chini atas dasar prinsip Bagaimanapun ramai kalangan penyokong PH sendiri yang berpendapat gabungan itu tidak perlu letak calon kali ini dengan meng...
Tun Melutut Pada Pas Dan Umno Bentuk Kerajaan

Tun Melutut Pada Pas Dan Umno Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 307 hits
Umno jumpa Tun M sokong bentuk kerajaan PH 2 0 Oleh May 31 2020Syam GhazKena Ingat UMNO yang berusaha menunjukkan Muafakat Nasional ajak PAS masuk Umno bina rumah Daripada MN mereka bersama team Kartel dengan Tawaran PM Sekarang bila goyah ...
Kami Pilih Pkr Dap Amanah Untuk Memerintah Bukan Umno Pas

Kami Pilih Pkr Dap Amanah Untuk Memerintah Bukan Umno Pas

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 319 hits
Pemimpin dan warganet membidas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan DAP AMANAH dan Ahli Parlimen yang setia kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Nasional ...
Adakah Lebai Ini Berani Mengucapkan Melayu Bacul Sekiranya Almarhum Tgna Masih Memimpin Pas

Adakah Lebai Ini Berani Mengucapkan Melayu Bacul Sekiranya Almarhum Tgna Masih Memimpin Pas

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 367 hits
PAS jawab Dr M Melayu bacul sahaja sanggup bersama DAP PAS menyifatkan Melayu yang berani melawan DAP sebagai berprinsip sebaliknya mereka yang bersekongkol dan mengikut telunjuk parti itu sebagai Melayu bacul Ia sebagai menyanggah kenyataa...
Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 390 hits
Hanya kerana DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras pemimpin DAP Ronnie Liu Tian Khiew Mengatakan Kerajaan PN tiada guna PAS gila dan UMNO lagi gila Mendakwa pembekuan ini adalah tidak berperlembagaan Menyebut DAP akan ...
Pas Umno Desak Bubar Parlimen Muhyiddin Tersepit

Pas Umno Desak Bubar Parlimen Muhyiddin Tersepit

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 252 hits
AHMAD SYAUQI AL ABRAR BIN SAIFUDDIN PAS dan UMNO senada mendesak TSMY agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera setelah tidak keruan terkesan melihat angka angka yang dimainkan oleh rakan rakan PH Mereka yang semua sedia maklum bergabun...
Gps Can T Share A Bed With Umno Pas Yet Deny Marriage Says Baru

Gps Can T Share A Bed With Umno Pas Yet Deny Marriage Says Baru

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 290 hits
Selangau MP Baru Bian KUCHING Selangau MP Baru Bian today hit out at Gabungan Parti Sarawak leaders for denying that they are part of the Perikatan Nasional government In a statement he said GPS could not share a bed with Umno and PAS and s...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran