Adakah Orang Yang Disiksa Di Neraka Akan Mati



Soalan:
Adakah orang yang dihumban ke dalam api neraka itu akan mati pada akhirnya? Bagaimanakah hakikat sebenar orang yang disiksa? Bolehkah dijelaskan kepada saya.

Jawapan:
Sesungguhnya penciptaan manusia itu bukanlah sesuatu pekerjaan yang sia-sia apabila manusia itu bertemu dengan kematian. Sebaliknya, setiap daripada kita akan dihisab dan ditentukan kedudukan sama ada akan ditempatkan di syurga atau neraka berdasarkan apa yang diamalkan sepanjang kehidupan di dunia. Hal ini jelas seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.” (Surah al-Nisa’:124)

Manakala bagi manusia-manusia yang lalai akan hari pembalasan, maka telah dipersiapkan buat mereka neraka sebagai pembalasan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah: 39)

Berdasarkan ayat di atas, Imam al-Baghawi menyatakan yang dimaksudkan dengan kekal adalah, penghuni neraka tidak akan dikeluarkan dan tidak akan mati padanya. [Lihat Maalim al-Tanzil (1/29)]

Hal ini lebih jelas sekiranya diperhatikan daripada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُهَا فَإِنَّهُمْ لاَ يَمُوتُونَ فِيهَا وَلاَ يَحْيَوْنَ وَلَكِنْ نَاسٌ أَصَابَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ بِخَطَايَاهُمْ فَأَمَاتَتْهُمْ إِمَاتَةً حَتَّى إِذَا كَانُوا فَحْمًا أُذِنَ لَهُمْ فِي الشَّفَاعَةِ فَجِيءَ بِهِمْ ضَبَائِرَ ضَبَائِرَ فَبُثُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ فَقِيلَ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيضُوا عَلَيْهِمْ فَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحِبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ
“Adapun penduduk neraka yang sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak juga hidup (beristirehat daripada siksa neraka). Tetapi ada manusia yang akan diazab dengan api kerana dosa-dosa mereka atau kesalahan mereka, mereka akan dibunuh sehingga mereka bagaikan menjadi arang, hingga diizinkan kepada mereka syafaat. Kemudian (arang-arang) itu dibawa secara lambakan dan dilemparkan di sungai-sungai syurga, lalu dikatakan “Wahai ahli syurga, curahkan air kepadanya dan ia akan menjadi benih yang dihanyutkan arus.”

Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulama’ yang menerangkan maksud penduduk neraka yang sememangnya penghuni neraka, ialah golongan kuffar yang tidak akan keluar selamanya daripada neraka. [Lihat Fatwa al-Nawawi:104]

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَىٰ عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُم مِّنْ عَذَابِهَا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ
“Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.” (Surah al-Fatir: 36)

Maka jelaslah, bahawa Allah SWT tidak mematikan orang-orang yang kufur kepada-Nya sebagai balasan, kerana kematian itu hanya akan menyebabkan sakit yang seketika, berbanding dengan siksaan yang berpanjangan sesuai dengan tempoh masa yang diberikan di dunia untuk setiap manusia beriman kepadanya. Bukan sekadar menyiksa orang-orang yang kufur ini dengan tidak mematikan mereka, malah untuk memastikan mereka berterusan merasa sakit dengan siksaan tersebut, maka Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’: 56)

Kesimpulan

Berdasarkan apa yang di hujahkan di atas, kami katakan bahawa sememangnya sudah terang lagi bersuluh, penghuni neraka itu sesekali tidak akan mati atau dimatikan di dalam neraka agar mereka boleh terus merasakan azab di atas segala yang mereka lakukan di dunia.

Semoga Allah SWT menjauhi kita dan membebaskan kita daripada api neraka-Nya. Amin

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/adakah-orang-yang-disiksa-di-neraka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gigit Tanaman Hias Ini Di Rumah Bocah 4 Tahun Alami Kejang Pembengkakan Dan Mati Rasa

Gigit Tanaman Hias Ini Di Rumah Bocah 4 Tahun Alami Kejang Pembengkakan Dan Mati Rasa

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 574 hits
Seorang ibu asal Malaysia terkejut mengetahui tanaman hias yang ada di rumahnya bisa mendatangkan bencana bagi putrinya Ia lalu menulis cerita pengalamannya itu di Facebook dengan tujuan memperingati netizen lain Dalam postingan yang dituli...
Sebab Telefon Bimbit Adik Nekad Kelar Abang Sampai Mati

Sebab Telefon Bimbit Adik Nekad Kelar Abang Sampai Mati

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 1777 hits
Petang semalam kita digemparkan dengan penangkapan dua orang remaja lelaki dan perempuan selepas mayat seorang remaja lelaki ditemui dalam keadaan berbungkus di belakang sebuah rumah kosong Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak polis ...
Pengedar Sabu 98 Kilogram Di Riau Dituntut Hukuman Mati

Pengedar Sabu 98 Kilogram Di Riau Dituntut Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 156 hits
Syamsuddin hanya bisa tertunduk lesu mendengar tuntutan jaksa Meski demikian hakim memberi kesempatan kepadanya untuk menentukan langkah hukum selanjutnya
Nassar Seperti Mati Lampu

Nassar Seperti Mati Lampu

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 479 hits
SEPERTI MATI LAMPUJanganlah kau tanyakan besarnya cintakuKu persembahkan untukmu hanya kepadamuOh dan janganlah kau ragukan luasnya cintakuYang putih tulus untukmu hanya kepadamuLuasnya laut tak seluas cinta yang ku punyaTak sedalam cinta y...
Umno Melayu Tak Layan Pelawaan Ppbm Pasti Mati Selepas Dr M

Umno Melayu Tak Layan Pelawaan Ppbm Pasti Mati Selepas Dr M

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 275 hits
Umno percaya orang Melayu akan menepis pelawaan Dr Mahathir Mohamad yang mengajak parti parti Melayu menyertai PPBM kerana parti itu pasti mati selepas ketiadaan beliau Sebaliknya Setiausaha Agung Annuar Musa memberi jaminan penyatuan wadah...
Sembunyi Mayat Isteri 100 Hari Dalam Peti Sejuk Suami Menerima Hukuman Mati

Sembunyi Mayat Isteri 100 Hari Dalam Peti Sejuk Suami Menerima Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 706 hits
BEIJING Sebuah mahkamah di Shanghai mengesahkan hukuman mati seorang lelaki kerana membunuh dan menyembunyikan mayat isteri di dalam peti sejuk selama 100 hari lapor media tempatan Hindustan Times yang memetik laporan China Daily mendedahka...
Warga Emas Mati Ketika Menonton Annabelle

Warga Emas Mati Ketika Menonton Annabelle

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 331 hits
Sudah menonton filem terbaru Annabelle Comes Home Jika sudah pastinya anda telah dihidangkan dengan pelbagai aksi seram dan kejutan dalam filem terbabit Tidak dinafikan elemen kejutan babak demi babak dalam filem terbaharu Annabelle ini aga...
Drama Nur Kini Jadi Filem Ustaz Hamadi Tak Mati Lagi

Drama Nur Kini Jadi Filem Ustaz Hamadi Tak Mati Lagi

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 390 hits
Nur sebuah drama bersiri popular yang bersiaran di TV3 kini bakal menerima filemnya yang tersendiri Nur yang sebelum ini beraksi di layar kaca selama dua musim berjaya mencatatkan kutipan jumlah penonton yang tinggi untuk kedua dua musim De...
Divonis Mati Seluruh Aset 6 Bandar Narkoba Disita Negara

Divonis Mati Seluruh Aset 6 Bandar Narkoba Disita Negara

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 260 hits
Hakim memerintahkan kepada para terdakwa menyerahkan seluruh aset berharga kepada negara Yakni satu unit Mitshubisi Fuso warna orange tahun 2014 Suzuki AVP Toyota New Avanza motor Kawasaki New Avanza dan uang tunai dari berbagai macam ATM s...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj