Adakah Menulis Blog Masih Relevan
Adakah Menulis Blog Masih Relevan?
Assalamulaikum, Hi korang. Petang ni KakYa nak tulis santai santai bab menulis blog. Tengahari tadi KakYa ada tulis kat facebook KakYa mengenai penulisan blog masih relevan ke sekarang. Tapi menulis kat facebook takde la oanjang berjela jela rasa cam tak puas nak menulis jadi petang ni ada masa untuk KakYa menulis kat blog.
Masih relevankah lagi menulis blog di tahun 2023 ini. Korang yang setia singgah dan baca entri KakYa dan bergelar blogger, KakYa nak tanya sikit la kat korang, menulis blog masih relevan ke sekarang ni? Kalau korang rajin boleh la jawap soalan KakYa kat bahagian komen bawah ni ya. Terima kasih korang.
Jual Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya Melalui Penulisan Blog
Ok ini cerita KakYa. Kalau korang nak tahu, selain menulis blog secara santai santai, KakYa menulis untuk tambah pendapatan juga. Kiranya dalam duk menulis tu, KakYa selitkan juga entri berkenaan buku buku yang KakYa jual. Salah satu buku yang mendapat permintaan ramai adalah buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya selain Planner Stay Istiqamah In 90 Days dan juga Checklist Amalan Rezeki
Kebanyakan pembaca yang mencari dan berminat nak dapatkan Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya dan buku buku di atas datang dari blog KakYa. Entri yang KakYa tulis pada 20.11.2021 ini antara yang teratas dalam carian Google.
Buat Duit Dengan Blog
Bila KakYa tanya pada pembeli, diaorang cakap dapat maklumat mengenai buku ini dari Google dan diaorang akan skrin shoot entri blog KakYa yang diaorang jumpa hasil carian di halaman Google. Jadi kat sini KakYa nak warwarkan kat korang semua terutama sahabat penulis blog, MENULIS BLOG masih lagi relevan sehingga sekarang. Orang nak tahu tentang apa sahaja diaorang akan cari Google dan tak mustahil apa yang dicari ada dekat blog kita.
Kalau kita menjual barang contohnya macam KakYa jual buku, hasil dari pembacaan kat blog KakYa mereka berminat nak membeli buku yang KakYa jual. Kat situ KakYa dah dapat seorang pembeli. Alhamdulillah rezeki daripada penulisan blog.
Jadi KakYa nak nasihatkan kat korang yang bergelar blogger yang rasa dah malas nak menulis blog, kenalah rajinkan tangan untuk ketik balik papan kekunci dan teruskan menulis blog. Jom menulis santai santai pon takpe janji menulis benda yang bermanfaat.
Cari Maklumat Guna Google
Sebenarnya KakYa ni kalau cakap bab mengGoogle la kan, bila KakYa nak cari atau nak tahu apa sahaja maklumat, selalunya KakYa Google jer. Bila kita Google, kebanyakan maklumat yang kita cari KakYa perasan kalau yang berada pada ranking paling atas adalah dari PENULISAN BLOG. Jarang sangat KakYa jumpa penulisan yang ditulis di Facebook mahupun media sosial yang lain berada di ranking utama dalam enjin carian Google. Ini memang tak dapat dipertikaikan.
Kiranya Blog masih lagi kat tangga teratas untuk hasil carian. Tak percaya cuba korang taip Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya, nampak tak blog KakYa kat situ.
Artikel Blog KakYa mengenai buku Checklist Amalan Rezeki terpilih sebagai Featured Snippets di Google. Bangga la jugak ... Nak tulis entri bab Featured Snippets ni tapi tak tulis tulis lagi. Ada masa KakYa tulis.
Blog Dan Sosial Media Saling Merindu Saling Melengkapi
Tapi antara Blog dan Media Sosial, dedua ni penting dan saling melengkapi dan saling merindu gitu. Kalau dah tulis blog, boleh la korang kongsi artikel yang korang tulis untuk pembaca kat media sosial jugak. Boleh tarik pembaca untuk terjah blog kita.
Cara ini sekaligus dapat menarik minat pembaca baru untuk masuk baca artikel yang kita kongsi di media sosial.
Kesimpulannya Menulis Blog Tetap Relevan Hingga Sekarang
Kesimpulannya setelah mengambil kira semua aspek, bagi KakYa menulis blog atau berblogging adalah satu perkara yang masih relevan pada masa sekarang. Jadi yang cakap blog dah tak relevan tu sorry ya, korang silap. Boleh pegi main jauh jauh yang duk cakap tulis blog dah tak relevan. Pepandai je cakap camtu
Menulis Blog ni relevan sampai bila bila sebab dah terbukti dan nyata kalau korang Google, artikel blog yang akan naik paling atas pada carian di Google bukan artikel Facebook, bukan juga dari Instagram dan bukan juga dari Tiktok
Guna Khidmat Blogger Untuk Review Produk Dan Servis
Kalau korang orang berniaga boleh la try cari blogger untuk review produk dan servis korang. Mana tahu rezeki korang asbab penulisan dari blogger korang dapat buat jualan untuk produk korang. Nak KakYa tulis tentang produk korang, boleh PM KakYa. Usaha itu tangga untuk sebuah kejayaan dan ingatlah rezeki tak pernah salah alamat.
Untuk sahabat blogger yang masih setia menulis blog, teruskan menulis yang baik baik dan bermanfaat wahai sahabat. Semoga apa yang kita tulis dan kongsi sedikit sebanyak memberi manfaat buat orang lain di luar sana. Teruskan berkongsi cerita. InsyaAllah yang baik baik bakal menyusul.
Ok itu jer untuk kalini coretan santai KakYa. Kita jumpa lagi pada coretan akan datang dengan izinNYA. InsyaAllah. Selamat beristirehat di petang hari korang! . Sedap jugak ni kalau ada pisang goreng buat kudapan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/02/adakah-menulis-blog-masih-relevan.html