Adakah Membunuh Cicak Dibenarkan Syarak



Soalan:Mohon pencerahan kesahihan hadis tentang membunuh cicak yang rasanya dari dulu hingga sekarang menjadi pegangan kebanyakan kita bahawa adalah sunat membunuh cicak.
Jawapan:
Pengenalan
(الوزغة) bermaksud cicak dan dikenali sebagai binatang yang melata. Badannya berbintik-bintik seperti penyakit kusta dan merupakan binatang fawahish (perosak). (Lihat: Hayat al-Hayawan al-Kubra, 2/544)
Dalil Disyariat Membunuh Cicak
Cicak merupakan binatang yang boleh dibunuh dan kerana termasuk di dalam binatang Fawasiq (perosak). Terdapat pelbagai hadis SAW yang memerintahkan supaya membunuh cicak di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Syarik RAnha:
‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَم‏‏‏Sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan supaya membunuh cicak. Dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya cicak itu meniup (menyemarakkan) api yang membakar Ibrahim AS.” [Sahih al-Bukhari (3359)]
Terdapat juga hadis yang lain menceritakan berkenaan perintah membunuh cicak, ini seperti hadis yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqaz:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak, Dan disebutnya sebagai Fuwaisiq (binatang kecil yang mendatangkan kerosakan).” [Hadis riwayat Muslim (2238)]
Selain itu ganjaran bagi siapa yang membunuh cicak seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
مَنْ قَتَلَ وَزَغَةً فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً وَمَنْ قَتَلَهَا فِي الضَّرْبَةِ الثَّانِيَةِ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً لِدُونِ الأُولَى وَإِنْ قَتَلَهَا فِي الضَّرْبَةِ الثَّالِثَةِ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً لِدُونِ الثَّانِيَةِ“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan pukulan yang pertama, baginya sekian pahala, barangsiapa yang membunuhnya pada pukulan kedua, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan pertama, barangsiapa yang membunuhnya pada pukulan ketiga, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan kedua.” [Hadis riwayat Muslim (2240)]
Selain itu terdapat juga hadis riwayat yang lain daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
‏ ‏ مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِي الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِي الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan diganjarkan kepadanya seratus kebaikan, dan sekiranya pada pukulan kedua, ganjarannya kurang daripada yang pertama dan sekiranya pada pukulan ketiga, ganjarannya kurang daripada yang kedua.” [Hadis riwayat Muslim (2240)]
Imam Nawawi dalam mensyarakan hadis ini menyatakan: “Di dalam riwayat yang lain menyebut sebanyak tujuh puluh ganjaran sekiranya membunuhnya dengan satu pukulan dan ini disebabkan kerana tidak menyeksanya. Cicak dikelaskan dalam golongan haiwan perosak kerana terdapat ciri-ciri daripada golongan haiwan Fawahish al-Khams (lima haiwan perosak) yang mendatangkan kemudharatan seperti kala jengking dan tikus.”
Kesimpulan
Berbalik kepada persoalan di atas perintah membunuh cicak merupakan satu perkara yang disunatkan. Ini seperti yang dinyatakan di dalam Mausua’h Fiqhiyah di bawah tajuk sunat membunuh binatang perosak dengan menyatakan sunat membunuh cicak walaupun dalam keadaan ia tidak memberi sebarang kerosakan ini seperti yang di perintahkan Nabi SAW dalam hadis yang di atas. (Lihat: al-Muasua’h al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/282)
Adapun cara membunuhnya lebih utama dengan memukulnya sekali sahaja supaya mengurangkan keseksaannya. Imam Izzuddin Ibnu Salam menyatakan ini termasuk di dalam sifat ihsan kepada binatang (Lihat: Hayat al-Hayawan al-Kubra, hlm 923).
Ini seperti yang di ajar Baginda SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, sabda Nabi SAW:
إِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ“Apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik.” [Hadis Riwayat Muslim (1955)]
Wallahualam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/adakah-membunuh-cicak-dibenarkan-syarak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengganas Xsebut Pula Dia Xberhak Malah Allah Mengharamkan Membunuh Orang Lain 9310

Pengganas Xsebut Pula Dia Xberhak Malah Allah Mengharamkan Membunuh Orang Lain 9310

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 328 hits
Pada Orang Beriman Inilah Bentuk Tipu Daya Dajjalby AKAN hadir ke tengah tengah kita sosok bermata satu yang ingin menggoyahkan keimanan seseorang Sifat buruknya membuat ia memiliki lafadz kaafir di keningnya Dan hanya orang orang beriman s...
Black Death Wabak Yang Membunuh 200 Juta Nyawa

Black Death Wabak Yang Membunuh 200 Juta Nyawa

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 239 hits
Wabak yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis dianggarkan telah meragut kira kira 75 juta sehingga 200 juta nyawa manusia ketika berada di puncak kegemilangannya iaitu semasa zaman pertengahan dahulu Black Death Gambar hiasan Kehilang...
Yahudi Membunuh Remaja

Yahudi Membunuh Remaja

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 383 hits
Ayuh kita berdoa keselamatan saudara kita di sana
Nelayan Dituduh Membunuh Teman Wanita

Nelayan Dituduh Membunuh Teman Wanita

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 476 hits
GEORGE TOWN Seorang nelayan hari ini didakwa membunuh Surinder Kaur Bedi Kirpal Singh di tepi jalan di Bayan Lepas Sabtu lalu Ali Ahmad 55 didakwa melakukan kesalahan itu antara 10 malam dan 11 45 malam di tepi Persiaran Bayan Indah berhamp...
Bn Pas Gabung Kerajaan Baru Akan Terbentuk Di Perak Adakah Benar

Bn Pas Gabung Kerajaan Baru Akan Terbentuk Di Perak Adakah Benar

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 778 hits
Barisan Nasional Perak membuat pengumuman dengan mendakwa telah memiliki bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Adakah mungkin Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sehubung...
Adakah Penghina Rasulullah Halal Darahnya

Adakah Penghina Rasulullah Halal Darahnya

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 323 hits
Soalan Berkenaan isu penghinaan terhadap Rasulullah dan Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R Anha yang kita cintai Adakah halal darah mereka bagi kita orang Islam Minta penjelasan Kami sangat memerlukan jawapan daripada ulama dapat merancang...
Makin Lama Makin Bosan Dalam Perhubungan Adakah Ini Sebabnya

Makin Lama Makin Bosan Dalam Perhubungan Adakah Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 231 hits
Kamu tidak perlu berasa bersalah jika mulai rasa bosan dalam perhubungan yang terjalin lamanya Kamu hanya perlu memahami kenapa perlu ada rasa bosan dan apa yang perlu dilakukan Perhubungan sangat tricky Pada awalnya kamu akan menjadi insan...
Adakah Ph Berani Mengaku Mereka Silap Kembalikan Sst Soal Penganalisis

Adakah Ph Berani Mengaku Mereka Silap Kembalikan Sst Soal Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 228 hits
Sejak SST dilaksanakan mulai 1 September lalu dengan alasan mengurangkan beban rakyat ternyata tidak berlaku sebalikny harga barang semakin meningkat PETALING JAYA Langkah kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan...
Masuknya Cahaya Matahari Ke Rumah Mampu Membunuh Bakteri Pada Debu

Masuknya Cahaya Matahari Ke Rumah Mampu Membunuh Bakteri Pada Debu

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 465 hits
Walaupun bisa membawa masuk debu ke rumah membuka jendela dan tirai di rumah juga dapat memiliki manfaat positif yang tak kalah banyaknya Dilansir dari Science Daily melakukan hal ini bisa membunuh bakteri yang hinggap di debu dan mampu men...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi