Adakah Kesepian Itu Membunuh
Assalamualaikum.
Hello jejaka-jejaka dan wanita-wanita kesepian sekalian. What's up
Tadi lepas aku siap masukkan baju dalam washing machine aku pun dengan agressivenya terus on laptop dan dengan rakusnya aku online facebook. Aku pun klik home untuk tengok apa gosip sensasi masa kini *buruk perangai*
Bile aku scroll punya scroll punya sekerol, then aku jumpa satu status ni. Oh! menarik perhatian aku 2 minit
Nampak tak nampak tak haha. Sebenarnya aku nak menangis baca tajuk ni :')Aku pun tertanya-tanya kejap kenapa status beliau macam tu. Itu kawan cyber aku sebenarnya. Kalau dia baca blog aku dan tengok status dia naik kat sini, aku nak tanya ''hai kawan. kenape kesepian? kesepian dari apa? cerita la cerita la''
Okay. Korang kesepian? Opkos la not kan. And please don't
Well, lelaki ni memang sifat mereka sentiasa kesepian (lelaki, tolong jangan marah cik serious yang manis ni ok). Seriously, banyak dah aku jumpa status yang sama yang ditulis oleh lelaki. Tapi aku ambik satu contoh je lah. Time baju putih kain biru dedulu
Dulu, time aku sekolah tingkatan 3 ada sorang member lelaki kelas aku suke sangat kacau budak pempuan dalam kelas tu. Hari-hari kalau die datang sekolah je mesti ade je point die nak menyakat. Sorok kusi la, letak cicak bawah meja lah, letak lipas dalam buku lah, sorok beg sekolah lah dan macam-macam lagi kenakalan yang mereka buat. Sampai kekadang budak-budak pempuan dalam kelas tu sumpah die supaye tak payah datang sekolah terus. Kejam kan? Tak lah
Ape motif dia? Ya. Dia kesepian. Itu motif dia. Dia perlu melakukan sesuatu hal yang bikin dia happy. Iaitu dengan cara menyakat budak pempuan. Pempuan kan kalau makin marah makin comel *ehemm*, walaupun you girls memang suka kene nyakat kan. Nak nak lagi kalau si lelaki buat bunyi suwiitt suwiitt tu. Menggelupur kembang korang. kan. Apa yang girls suka dengan bunyi tu pun aku tak pasti. Haiss. Itu yang buat lelaki rasa fun gila untuk nyakat korang. So girls, jangan cepat perasan. Mereka tu sebenarnya cuma kesepian. Pfftt
So, sebenarnya lelaki kesepian ni boleh jadi seorang yang setia. But.. but.. kekadang lelaki yang player pun sebenarnya mereka ni kesepian. Tak tahu apa yang mereka lakukan. Yang mereka tahu cuma nak have fun! have fun! have fun! Then after mereka habis bergembira mereka akan kembali kesepian. That's it! Takkan berakhir sampai mereka sendiri berubah atau ada seseorang yang akan membuat mereka berubah atau.. mereka sendiri sedar yang itu semua tiada kebaikan. Am I right? If not, tolong betulkan ye
Mungkin juga yang kesepian tu sebab memerlukan seorang teman. Ya. Dia memerlukan seorang teman, tapi oleh kerana dia terlalu memilih untuk mencari kesempurnaan pasangannya tu, at last, Allah ajar dia dengan memberi kesepian hidup. So, pepandai la you guys survive dengan kesepian tu. Sape suruh terlalu memilih kan. Rasakan. Tengok aku punya Lee Dong Wook, setia je. Walaupun Maya Karin tak secantik aku *tolong terbalikkan ayat tu.ya*
Well, bila seseorang tu merasa kesepian mostly mereka akan call member and ajak kua lepak, usha-usha awek, berjalan tak tentu arah and so on. Tapi.. tak kurangnya dengan girl(s) ye. Ada je girls yang kesepian. Tapi macam mana sekalipun kesepian mereka, boleh dilepaskan dengan cara cari resepi baru. Ya. Resepi yang baru sangat mengujakan we girls. Not all girls, but only me *big grin*
Ekceli, you guys nonid la terlalu merasa kesepian kalau masih belum berpasangan atau baru ditinggalkan kekasih. Rilek je laa. Kenapa nak susahkan diri dengan merasa kesepian. ye tak. Cari lah some activiti yang mencabar contohnya macam plan ngan member untuk pergi hiking ke, jungle trekking ke, vacation ke.. kan. Aku konfem. Kesepian korang akan terubat. Mana tau time-time tengah hiking tu terjumpa awek cun yang muka macam Juliana Evans ke kan. Juliana Bonus pun ok. 'Bonus' dah kat situ haha. Ni tak, korang rasa sepi, tapi duduk jugak tercongok depan lappy sambil bagitahu public yang korang kesepian. Kemonnn, you guys kene lah be professional. Macam mana we girls nak jatuh cinta kan kalau macam tu *herk*. So,jangan tunjuk sangat yang korang kesepian ok. Kalau dah tak tahu nak buat apa, bagitahu aku kau nak makan apa. Nanti aku masak. Ok. Deal. Good
Guys.. don't mad! don't mad! ini bukan propa semata haha *I'm sorry for hurting you wuwu*
Peace
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://serioushearts.blogspot.com/2013/02/adakah-kesepian-itu-membunuh.html