Adakah Kerajaan Mahu Kami Simpan Bot Di Rumah Sebab Selangor Kerap Sangat Banjir Kilat Tanya Penduduk




Semalam saya telah dijemput untuk berjumpa dengan sekumpulan penduduk di kejiranan saya di Sungai Buloh, Selangor.
Sungai Buloh adalah satu mukim yang besar di Selangor merangkumi kawasan bandar dan kampung dengan jumlah penduduk terkini melebihi 400 ribu orang.
Sekumpulan daripada penduduk ini meminta saya untuk membantu untuk menyelesaikan isu setempat di kawasan sekitar mereka berdekatan dengan kampung saya.
Mereka telah membawa isu ini banyak kali kepada kerajaan setempat dan kerajaan negeri PH tetapi isu ini masih tidak selesai dan umpama tidak diendahkan.
Oleh itu mereka meminta saya untuk memuatnaik isu ini dalam Facebook saya supaya ianya mendapat lebih perhatian dan tindakan dari pihak berkuasa dan kerajaan:
……..
Jalan besar di daerah saya di Paya Jaras, Sungai Buloh berhadapan pasar malam Paya Jaras kerap berlaku banjir kilat.
Setiap kali hujan lebat banjir kilat akan berlaku di tempat yang sama.
Kelmarin banjir kilat ini berlaku lagi.
Masalah yang selalu berlaku ini telah berlanjutan sekian lama.
Bulan ini sahaja sudah dua kali banjir kilat berlaku di situ.
Setiap kali banjir kilat berlaku, ia mengakibatkan traffic jam yang panjang kadang-kadang sehingga satu kilometer, dan kerap kali berlaku kemalangan jalanraya.
Kemalangan dan kecederaan juga selalu berlaku terutama kepada penunggang-penunggang motosikal apabila jalan berlubang dan berlopak selepas banjir.
Rumah dan kedai di kawasan sekitar juga berlumpur dan kerap perlu dibersihkan.
Kadang-kadang kerajaan tempatan ada buat pembaikan seperti menampal jalan dan mengorek lubang di situ namun masalah banjir kilat dan jalan berlopak tersebut masih tidak selesai-selesai.
Tindakan kerajaan PH ini umpama menampal koyok, melepas batuk di tangga, dan pahat dan penukul: sekali ketuk sekali bergerak.
Namun punca utama banjir kilat ini masih tidak ditangani dan tidak diselesaikan oleh kerajaan.
Banyak aduan telah dibuat oleh penduduk setempat untuk disampaikan kepada wakil-wakil rakyat PH di sini namun masih tiada penyelesaian dan umpama tidak dipedulikan.
Kedua-dua wakil rakyat iaitu ahli parlimen dan ADUN di sini ialah dari PKR.
Walaupun ini bukan banjir besar, sekiranya banjir kecil kerap sangat berlaku dan menyusahkan rakyat, ia bukan lagi masalah kecil yang boleh diambil enteng.
Wakil rakyat dan kerajaan setempat perlu kaji masalah ini dan menyelesaikannya.
Seorang pemimpin masyarakat dan orang lama di sini bertanya adakah kerajaan mahu penduduk menyimpan bot di rumah sebab Selangor kerap sangat banjir kilat?
Semasa zaman BN, kerajaan banyak buat kerja untuk perparitan dan pembersihan sungai oleh itu walaupun ada berlaku banjir tetapi ianya tidaklah sekerap sekarang, katanya lagi.
……..
Sebelum ini saya selalu bawa isu nasional dan isu negeri seperti isu ekonomi, air, rumah mampu milik, kos sara hidup dan sebagainya.
Kali ini, atas permintaan penduduk setempat di kejiranan saya, inshaAllah saya akan bawa isu setempat juga.
Di Selangor ini air paip bersih selalu tiada, tetapi air longkang melimpah dan banjir kilat memang banyak.
Pemimpin-pemimpin kerajaan PH di peringkat nasional iaitu Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sibuk berebut kuasa dan memikirkan isu video seks oleh itu barangkali tidak ada masa untuk fikir hal lain.
Pemimpin-pemimpin PH tempatan pula sibuk menyusun sokongan untuk bos-bos mereka.
Masalah banjir kilat seperti di atas berlaku di banyak kawasan di negeri Selangor sejak PH memerintah Selangor 11 tahun yang lalu.
Oleh itu Menteri Besar Selangor buatlah kerja betul-betul dan jangan asyik berpolitik sahaja.
Jangan hanya sibuk berebut kuasa dan jawatan tetapi tanggungjawab kepada rakyat dilupa.
Dan kepada wakil rakyat PH selama tiga penggal bagi Parlimen Sungai Buloh iaitu YB Sivarasa Rasiah, turunlah padang dan selalu-selalulah jenguk kawasan.
Rakyat memerhati, selepas menang pilihanraya jarang sekali nampak batang hidung dan sekali sekala sahaja muncul.
Selagi masalah banjir kilat penduduk setempat ini terus berlarutan, saya akan bersuara dan menulis surat sekerap-kerapnya kepada anda berkenaan isu ini sehingga anda mengambil endah dan sehingga masalah ini diselesaikan.
ISHAM JALIL
Pengundi,
Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
24 Julai 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/24/adakah-kerajaan-mahu-kami-simpan-bot-di-rumah-sebab-selangor-kerap-sangat-banjir-kilat-tanya-penduduk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Demam Perkara Biasa Tapi Kalau Kerap Sangat Mungkin Sebab 6 Perkara Ini Cuba Periksa

Anak Demam Perkara Biasa Tapi Kalau Kerap Sangat Mungkin Sebab 6 Perkara Ini Cuba Periksa

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 304 hits
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka Jadi sekiranya kanak kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema sungguhpun mencapai sehingga 5 6 kali seta...
Israel Mula Bertindak Musnahkan Beberapa Bangunan Dan Rumah Penduduk Di Baitulmuqaddis

Israel Mula Bertindak Musnahkan Beberapa Bangunan Dan Rumah Penduduk Di Baitulmuqaddis

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 190 hits
Hari ini pihak Israel mula memusnahkan beberapa buah rumah milik rakyat Palestin di Selatan Baitulmuqaddis yang dianggapnya sebagai perumahan haram Puluhan polis dan tentera Israel menutup sekurang kurangnya empat bangunan di kawasan Sur Ba...
Majlis Penyampaian Perjanjian Ganti Rumah Bagi 1200 Penduduk Flat Taman Segar Dan Upper Label Sdn Bhd

Majlis Penyampaian Perjanjian Ganti Rumah Bagi 1200 Penduduk Flat Taman Segar Dan Upper Label Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 484 hits
Hi Korang Satu Memorandum Persefahaman baru baru ini ditandatangani di antara En Tony Chin Hon Fah Pengarah Upper Label Sdn Bhd dengan wakil wakil dari Taman Segar Flats dengan Perbadanan Pengurusan Bersama Inisiatif tanggungjawab sosial ko...
Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah Senang Sangat

Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah Senang Sangat

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 433 hits
Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah Senang Sangat Salam semua dah lama teringin nak buat homemade aiskrim Kenangan zaman kanak kanak banyak makan dengan aiskrim potong kacang merah Sebut aiskrim potong ni tak pasti dulu dulu y...
Tak Ada Makanan Di Dapur Pria Bakar Rumah Orang Tuanya Karena Sangat Lapar

Tak Ada Makanan Di Dapur Pria Bakar Rumah Orang Tuanya Karena Sangat Lapar

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 386 hits
Seorang pria berusia 34 tahun di Malaysia dilaporkan telah membakar rumahnya karena tidak ada makanan yang bisa ia makan di dapur Dikutip dari The Star Insiden tersebut terjadi Senin sekitar pukul 16 00 waktu setempat di Kampung SelamatTase...
Kerajaan Selangor Menyasarkan Keinginan Untuk Menjadi Negeri Pintar Terulung Di Asia Tenggara Menjelang 2025

Kerajaan Selangor Menyasarkan Keinginan Untuk Menjadi Negeri Pintar Terulung Di Asia Tenggara Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 285 hits
Konsep bandar pintar bukanlah sesuatu yang baru Teknologi seperti peranti berhubung digunakan untuk memudahkan hidup orang ramai dan juga meningkatkan kualiti hidup rakyat secara pukal Di forum Selangor Regional Powerhouse Menteri Besar Sel...
Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 503 hits
Duduk sembumbung tetapi masih ramai yang anggap kerja rumah ini hanya tugas seorang isteri semata mata Dia lah yang jaga anak anak dan dia lah yang kemas rumah dan cuci pinggan mangkuk bagai Allah memang penat kalau isteri seorang saja yang...
Kerajaan Beri Rm200 Setiap Bulan Selama 2 Tahun Untuk Rumah Pertama Belia

Kerajaan Beri Rm200 Setiap Bulan Selama 2 Tahun Untuk Rumah Pertama Belia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 331 hits
Berita baik buat anda yang bercadang untuk membeli rumah pertama kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM200 setiap bulan di bawah Skim Perumahan Belia Walaupun bayaran RM200 ini hanya untuk selama 2 tahun ianya pasti dapat membant
Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia

Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 325 hits
Menurut pakar pasangan yang kelihatan sering update status yang menunjukkan saling bergurauan sesama sendiri di media sosial sering berkongsi komen dan selfie diri sendiri walaupun berada dalam situasi yang biasa biasa sahaja mungkin bermak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025