Adakah Ini Yang Sedang Dilakukan Tak Apa Jatuhkan Dulu Muhyiddin Lepas Tu Kita Fikir Apa Nak Buat


Siapakah sekutu baharu UMNO, calon PM pilihan Zahid?
Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap sudah tidak sabar lagi menanti sidang Dewan Rakyat pada September mengesahkan menghantar dua warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu penarikan sokongan kepada Perdana Menteri, bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos 2021

Dalam warkah tersebut, Ahmad Zahid juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyertakan 14 nama ahli Parlimen daripada BN berserta surat akuan mereka.

Semalam juga kesemua 105 ahli Parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, MUDA, Amanah dan Maslee Malik (Bebas) menghantar surat kepada Seri Paduka, maka mengikut dakwaan mereka ia bermakna jumlah ahli Parlimen tidak sokong Perdana Menteri sudah mencecah kepada 118 orang.

Berdasarkan perkembangan itu rasanya Ahmad Zahid sudah mendapat ‘kekuatan’ untuk bersikap telus dan terbuka untuk mendedahkan dengan siapakah UMNO akan bersekutu bagi menubuhkan kerajaan jika misi beliau menumbangkan Muhyiddin di Parlimen melalui undi percaya berhasil dan siapakah calon Perdana Menteri idaman beliau.

Ahmad Zahid tidak boleh berselindung di sebalik strategi kerana ia bukan soal hala tuju politik beliau secara peribadi tetapi ia melibatkan perjuangan sebuah parti induk orang Melayu. Kenapa takut untuk berterus-terang dengan siapa UMNO atau BN yang mempunyai 42 ahli Parlimen mahu bergabung dan siapa bakal menjadi Perdana Menteri mereka?

Ahli-ahli UMNO ‘blur’ mereka tidak tahu arah tuju parti. Ada macam-macam pemimpin dalam parti tu…ada yang jadi ‘batu api’, ada yang dok khayal pasal ‘kerajaan interim’ tak habis-habis dan ada yang cadang ‘kerajaan peperangan’ – pening ahli-ahli UMNO.

Sebagai seorang Presiden parti, Ahmad Zahid perlu ada keberanian berhadapan dengan apa juga reaksi pemimpin atau ahli UMNO terhadap hala tuju parti itu seterusnya jika berjaya menyingkirkan Muhyiddin dan menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Apakah beliau mahu mengamalkan sikap ‘tak apa jatuhkan dulu Muhyiddin, lepas tu kita fikir apa nak buat’ – kalau itulah yang ada dalam fikiran Ahli Parlimen Bagan Datuk – ia sekaligus membuktikan beliau tidak layak memimpin UMNO.

UMNO bukanlah parti picisan tetapi sebuah parti yang cukup besar. UMNO harus mempunyai hala tuju yang jelas, bukan boleh dilayan ibarat bangun pagi baru fikir nak sarapan apa!

Kalau Ahmad Zahid berhasrat membawa UMNO bergabung dengan parti ‘cikgunya’, silakan sahaja…tetapi pastikan ia mendapat restu daripada seluruh pemimpin dan ahli UMNO. Tindakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membuat keputusan menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan PN sudah cukup membuat UMNO berantakan.

Tak kanlah Ahmad Zahid mahu terus membiarkan parti itu berpecah belah hanya kerana agenda politik beliau? Kalau beliau kata apa yang dilakukan adalah kehendak akar umbi maka beliau harus berani memberitahu mereka dengan siapa UMNO akan bergabung bagi menubuhkan kerajaan.

Di sebelah pembangkang khususnya PKR, pemimpin mereka sudah tidak sembunyi-sembunyi lagi bercakap kemungkinan bekerjasama dengan UMNO. Adakah ia memberi isyarat ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan pemimpin dan ahli UMNO?

Kalau Ahmad Zahid yakin beliau berjuang atas nama kebenaran dan percaya akan mendapat sokongan pemimpin dan ahli UMNO maka maklumkan kepada mereka. Keputusan MKT menarik sokongan kepada Muhyiddin dan Kerajaan PN bukan isu kecil.

Sebaliknya ia akan membawa kepada kejatuhan kerajaan Melayu Islam dan akan membuka laluan kepada Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kalau Ahmad Zahid mahu berpakat dengan Anwar jangan sembunyi-sembunyi lagi, pemimpin dan ahli UMNO perlu tahu, cukuplah sekali mereka keliru apabila tular surat Ahmad Zahid menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan rakaman audio perbualan Ahmad Zahid dengan ‘cikgunya’ itu.

Sedangkan di Dewan Merdeka bergegar Ahmad Zahid bercakap, ‘No Anwar,No DAP,No Bersatu’ – tapi di belakang lain pulak yang dibuat…Itupun sehingga ke hari ini Ahmad Zahid tidak mengaku secara terbuka kepada mereka.

Jika Ahmad Zahid mahu misinya menumbangkan Muhyiddin dan Kerajaan PN direstui oleh ahli-ahli UMNO maka berterus teranglah. Kenapa susah sangat? Adakah Ahmad Zahid sekadar mahu menjatuhkan Muhyiddin dan Kerajaan PN tetapi tidak peduli apa yang berlaku selepas itu? Itu boleh dianggap ‘kegilaan melampau’!

Di peringkat akar umbi mereka semakin tidak faham dengan ‘strategi yang tidak nampak strategi’ oleh Ahmad Zahid. Mereka keliru bila Ahmad Zahid mahu menjatuhkan Kerajaan PN ketika negara sedang diserang pandemik Covid-19. Apatah lagi empat menteri UMNO memainkan peranan dalam ‘peperangan’ berkenaan.

Ahmad Zahid tidak boleh bersandiwara apatah lagi bersikap hipokrit dalam soal kerjasama baharu itu. Kecualilah Ahmad Zahid dengan kerjasama sekutunya dalam MKT sudah membuat keputusan bahawa UMNO akan menjadi blok bebas yang menyokong kerajaan dan akan berjuang sendiri dalam PRU-15 asalkan impian menjatuhkan Muhyiddin dan Kerajaan PN terlaksana.

Apapun UMNO bukan hak Ahmad Zahid atau mana-mana pemimpin, UMNO bukan platform untuk agenda politik peribadi apatah lagi menjadi alat untuk ‘melepaskan tengkuk’ sesiapa, tetapi UMNO adalah parti perjuangan kepada orang Melayu.

Oleh itu hala tujunya mestilah jelas dan hala tuju itu bergantung kepada Presiden parti. Kalau beliau pun dok main rahsia-rahsia dengan alasan strategi…percaya parti tu menuju ke ‘pusara’ politik.

Oleh: Zulkiflee Bakar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/08/adakah-ini-yang-sedang-dilakukantak-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kerajaan Sekarang Tidak Direstui Oleh Yang Dipertuan Agong Yang Kamu Gatal Gatal Nak Jatuhkan Pm Kenapa

Adakah Kerajaan Sekarang Tidak Direstui Oleh Yang Dipertuan Agong Yang Kamu Gatal Gatal Nak Jatuhkan Pm Kenapa

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 366 hits
Pentadbiran negara tetap berfungsi walau kerajaan PN tumbang ZahidPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pentadbiran negara akan lumpuh sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi berkuasa Tidak benar sama sekali In...
Permainan Orang Itu Nak Jatuhkan Carl Peguam Dakwa Carl Samsudin Telah Difitnah

Permainan Orang Itu Nak Jatuhkan Carl Peguam Dakwa Carl Samsudin Telah Difitnah

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 225 hits
The ReporterPeguam mewakili Carl Samsudin iaitu Emma Sakira mendakwa anak guamnya telah difitnah oleh pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan dan menjejaskan reputasinya Memetik laporan dari Emma berkata klip video yang viral di media sosial...
Pooodah Hadi Kalau Nak Bawah Setahun Dulu Dah Harap Makan Gaji Buta Ja Pun

Pooodah Hadi Kalau Nak Bawah Setahun Dulu Dah Harap Makan Gaji Buta Ja Pun

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 191 hits
Berita lucu Pas kata pertemuan Hadi Muhyiddin bincang pelaburan Malaysia di Asia BaratAugust 13 2021 Perbincangan serta pandangan berhubung kedudukan pelaburan malaysia di Asia Barat antara yang disentuh dalam pertemuan antara Perdana Mente...
Nak Anak Bebas Pampers Cepat Ini Perlu Ibu Ayah Ajar Dulu Lulus Step Ni Mudahlah

Nak Anak Bebas Pampers Cepat Ini Perlu Ibu Ayah Ajar Dulu Lulus Step Ni Mudahlah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 347 hits
Ada yang tanya nak sedia apa ye untuk anak jalani proses toilet training ye Anak kita memang kena latih dan prepare fizikal dan mental mereka untuk toilet training Sebab nanti anak terkejut dan trauma tambahan pula ini adalah satu transisi ...
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 265 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Zahid Yang Patut Insaf Nak Jatuhkan Kerajaan Ketika Krisis Covid 19

Zahid Yang Patut Insaf Nak Jatuhkan Kerajaan Ketika Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 303 hits
agendadaily com11 8 2021Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan lupa pendirian UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Za...
Tony Pua Bagaimana Jika Lepas Muhyiddin Jatuh Umno Ambil Alih

Tony Pua Bagaimana Jika Lepas Muhyiddin Jatuh Umno Ambil Alih

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 210 hits
malaysiakini comDiterbitkan 5 Aug 2021 8 35 amDikemaskini 9 10 amSeorang ahli parlimen DAP menimbulkan persoalan kemungkinan Umno dapat mengambil alih kerajaan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Dalam catatan Facebook malam tadi Tony...
Ada Konspirasi Jatuhkan Muhyiddin Dan Kerajaan Pn

Ada Konspirasi Jatuhkan Muhyiddin Dan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 244 hits
PUTRAJAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan seolah olah wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh beliau Perdana Menteri caretaker itu berkata bagaimanapun beliau enggan membuat kenya...
Kenapa Beria Ia Jatuhkan Muhyiddin

Kenapa Beria Ia Jatuhkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 378 hits
By August 15 2021MUHYIDDIN YASSINKENAPA segenap pihak bergabung menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini Adakah kerana TSMY gagal Tidak TSMY sebenarnya telah berjaya dan hasil kejayaan itu akan mula dirasai dan dinikmati menjelang Okto...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin