Adakah Hibah Memerlukan Persetujuan Ahli Waris Yang Lain



SOALAN:
Saya nak Tanya berkenaan hukum hibah. Mak saya dah hibahkan tanah kepada salah seorang cucunya tanpa pengetahuan kami sekeluarga, ada antara kami yang tak bersetuju. Apakah hukumnya?

JAWAPAN:
Hibah merupakan satu pemberian kepada seseorang untuk digunakan manfaatnya kepada penerima. Ia merupakan pemberian sesuatu ain (benda) miliknya kepada orang lain sewaktu hidupnya tanpa mengharap apa-apa pembalasan.

Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan: “Hibah menurut istilah fiqh bermaksud pemberian hak milik kepada seseorang tanpa balasan (iwad) sewaktu hidupnya. Hibah, hadiah dan sedekah mempunyai makna yang hampir sama.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/175)

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji: “Hibah merupakan satu kontrak perjanjian (akad) bertujuan kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gentian (iwad) ketika masih hidup dan ia dilakukan secara sukarela.” (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 6/115)

Pensyariatan dan Hukum Hibah

Terdapat dalil al-Quran, Sunnah serta ijma’ dalam galakan berhibah bagi membantu dan mengeratkan lagi tali silaturrahim.

Firman Allah SWT:

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
“Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa: 4)

Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan, sekiranya seseorang isteri itu memberi (hibah) kepada suaminya sebahagian daripada maharnya maka harus bagi suaminya itu mengambilnya. Dan ia merupakan pemberian yang baik selagi mana ia meredhainya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/176)

Ijma’ para fuqaha’ bahawa sebarang bentuk hibah adalah disunatkan. Namun ia akan berubah menjadi haram sekiranya tujuan hibah itu kerana kemaksiatan atau membantu kezaliman serta bertujuan untuk rasuah. Begitu juga, hibah akan menjadi makruh sekiranya bertujuan untuk riak dan sombong. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/122)

Rukun dan Syarat Hibah

Hibah dikira sah sekiranya memenuhi syarat-syarat dan rukunnya. Syeikh Muhammad Zuhaili membahagikan rukun hibah tiga secara umum dan lima secara terperinci iaitu:

1. Dua pihak yang berakad, iaitu pemberi dan penerima.

Para fuqaha’ dalam mensyaratkan pemberi hibah mestilah orang yang mukallaf, berakal, baligh serta layak untuk menyumbang.Oleh itu, kanak-kanak dan orang gila tidak layak untuk melakukan hibah.Harta atau barang yang hendak dihibahkan itu mestilah milik sepenuhnya daripada diri pemberi.Selain itu, disyaratkan kepada penerima hibah mestilah orang yang mukallaf. Namun sekiranya tidak mukallaf pihak wali boleh menerimanya.
2. Akad Sighah

Disyaratkan untuk melakukan hibah mestilah ada ijab dan qabul dengan lafaz sama ada secara jelas (sorih) atau kiasan (kinayah). Maka sah akad perjanjian secara kinayah seperti akad perjanjian bertulis.Lafaz ijab dan qabul itu mestilah berkesinambungan dan tidak terputus seperti akad jual beli.
3. Barang yang hendak dihibah

Syarat barang untuk dihibah adalah setiap barang yang harus dijual beli. Ini kerana tujuan hibah adalah penukaran hak milik.Barang yang hendak dihibah mestilah wujud. Oleh itu, tidak sah menghibahkan anak kambing yang berada di dalam kandungan.Barangan itu mestilah bernilai dan memberi manfaat. Tidak sah sekiranya menghibah barang yang tidak bernilai di sisi syara’ seperti arak dan khinzir.Pemberi mesti memiliki barang yang hendak dihibahkan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 3/178, al-Fiqh al-Manhaji, 6/120)

Al-Qabd (Penerimaan Hibah)

Apabila sempurna akad hibah ijab dan qabul, akan tetapi belum menerima hibah tersebut maka ia masih lagi belum berpindah hak milik. Oleh itu, pemberi boleh menarik balik hibah tersebut selagi mana hibah tersebut tidak sampai ke tangan penerima.

Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan: “Tidak dikira sebagai hak milik penerima selagi mana belum menerima hibah (qabd). Oleh itu, pemberi boleh menarik semula pemberiannya.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie’, 3/182)

Ini seperti hadis riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih menurutnya:

لَمَّا تزَوَّجَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أُمُّ سَلَمَةِ قَالَ لَهَا: إِنِّي أَهْدَيْتُ إِلِى النَّجَاشِي أَوَاقاً مِنْ مِسْكٍ، وَحُلَّةٌ، وَإِنِّي لاَ أَرَاهُ إِلاَّ قَدْ مَاتَ، وَلاَ أَرَى الَهِدِّيَةَ الَتِّي أَهْدَيْتُ إِلَيْهِ، إِلاَّ سَتَرُدُّ، فَإِذَا رُدَّتْ إِلَيَّ فَهُوَ لَكِ أَمْ لَكُمْ؟ فَكَانَ كَمَا قَالَ هَلَكَ النَّجَاشِي، فَلَمَّا رُدَّتْ إِلَيْهِ الهَدِيَّةُ، أَعْطَى كُلُّ امْرَأَةٍ مِنْ نِسَائِهِ أَوْقِيَّةِ مِنْ ذَلِكَ المِسْكِ، وَأَعْطَى سَائِرَهُ أُمُّ سَلَمَةِ وَأَعْطَاهَا الحُلَّة
“Ketika Rasulullah SAW mengahwini Ummu Salamah R.Anha, Baginda bersabda kepadanya: “Aku hadiahkan kepada Najashi beberapa auns minyak kasturi dan perhiasan tetapi aku merasakan dia telah meninggal dunia. Aku juga merasakan hadiah yang aku berikan kepadanya ini akan dipulangkan. Apabila hadiah itu dipulangkan kepada aku, ia akan menjadi hak engkau atau hak kamu semua.” Seperti mana yang dikatakan tentang kematian Najashi, apabila dikembalikan hadiah itu, maka dihadiahkan kepada semua isteri-isteri baginda SAW minyak wangi itu, dan diberikan baki selebihnya kepada Ummu Salamah, kemudian dia menerima selebihnya daripada perhiasan.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (2/188)]

Oleh itu, sekiranya akad hibah berkuatkuasa sebelum penerimaannya, maka Nabi SAW tidak akan bersetuju untuk menerimanya semula. Dan Baginda SAW akan menyerahkan kepada waris Najashi kerana ia akan menjadi sebahagian daripada pusaka. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 6/126)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan di atas, sekiranya cukup syarat dan rukun serta bukti dokumentasi pemberiannya, maka sah pemberian hibah tersebut semasa hidupnya. Pemberi hibah juga tidak memerlukan persetujuan orang lain untuk menghibahkannya. Ini kerana syarat pemberi dan penerima hibah tidak memerlukan kepadanya. Dan barang yang telah dihibahkan, tidak boleh ditarik balik semula.

Selain itu, hibah merupakan perkara yang disyariatkan di dalam Islam. Malah, ia juga digalakkan untuk memberi kepada saudara-mara dan kerabat yang terdekat bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim. Firman Allah SWT:

وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ
“Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, -kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.” (Surah al-Baqarah: 177)

Hadis Nabi SAW:

تَهَادَوْا تَحَابُّوا
“Bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu akan saling berkasih-sayang.” [Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ secara mursal (2/908)]

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agama-Nya mengamalkan syariat-Nya dengan sebaik mungkin. Amin. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/adakah-hibah-memerlukan-persetujuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Arkeologi Teruja Jumpa Iphone Dalam Kubur Purba Berusia Ribuan Tahun Tapi Rupanya Ia Benda Lain

Ahli Arkeologi Teruja Jumpa Iphone Dalam Kubur Purba Berusia Ribuan Tahun Tapi Rupanya Ia Benda Lain

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 389 hits
Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah objek segi empat tepat di satu tapak pengebumian dikenali sebagai The Russian Atlantis berhampiran kawasan pergunungan Republik Tuva yang hanya muncul beberapa minggu sahaja dari bawah permukaan air ...
Jadi Apa Aja Trick Biar Penjual Ahli Jualan

Jadi Apa Aja Trick Biar Penjual Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 434 hits
Pembahasan kita sekarang adalah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau punya pendapatan tambahan maka ...
Sultan Nazrin Tegur Sifat Kaduk Naik Junjung Sebahagian Ahli Politik

Sultan Nazrin Tegur Sifat Kaduk Naik Junjung Sebahagian Ahli Politik

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 359 hits
IPOH 1 Sept Sultan Perak Sulwtan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak termasuk pemimpin yang bersaing mempamerkan ego masing masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan pol...
Begini Loh Jurus Pelaku Usaha Ahli Jualan

Begini Loh Jurus Pelaku Usaha Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 271 hits
Sekarang kami akan ulas tentang Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya income tambahan maka rese...
Berikut Lima Kunci Jitu Ahli Jualan Untuk Reseller

Berikut Lima Kunci Jitu Ahli Jualan Untuk Reseller

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 274 hits
Topik kita sekarang ialah Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai income tambahan maka rese...
Inilah Lima Jurus Mudah Ahli Jualan Buat Reseller

Inilah Lima Jurus Mudah Ahli Jualan Buat Reseller

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 354 hits
Pembahasan kita sekarang yakni Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki penghasilan tambahan...
Mengetahui 5 Panduan Sukses Pelaku Usaha Ahli Jualan

Mengetahui 5 Panduan Sukses Pelaku Usaha Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 250 hits
Kali ini kami akan jelaskan terkait dengan Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki pengh...
Gunakan Tahap Tahap Berikut Untuk Menjadi Reseller Ahli Jualan

Gunakan Tahap Tahap Berikut Untuk Menjadi Reseller Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 272 hits
Di postingan ini kami akan jelaskan perihal Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau punya income ta...
Berikut Ini 5 Tips Penting Pedagang Ahli Jualan

Berikut Ini 5 Tips Penting Pedagang Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 382 hits
Pembahasan kita kali ini adalah Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki income tambahan maka ...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord