Berduaan Dengan Pengajar Ketika Latihan Memandu Adakah Dianggap Khalwat



SOALAN:
Ketika ujian latihan memandu sekiranya murid dan instructor (pengajar) berlainan jantina berada berduaan dalam kereta adakah ini dianggap sebagai khalwat?

JAWAPAN:
Khalwat dari sudut bahasa berasal dari sunyinya sesebuah tempat atau sesuatu. Dari sudut tidak ada seorang atau sesuatu pun di dalamnya. Justeru, apabila para fuqaha' membincangkan isu khalwat, mereka merujuk kepada perbuatan berdua-duaannya seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram di sesuatu tempat.

Perbuatan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahram merupakan suatu perbuatan yang ditegah dalam agama. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ
“Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.” [Riwayat Muslim (1341)]

Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadith ini beliau berkata: “Maksud hadith ini adalah janganlah seorang lelaki itu duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengannya mahramnya. Dan sekiranya seorang lelaki ajnabi itu berkhalwat bersama-sama dengan wanita ajnabiyyah tanpa ada yang ketiga maka perbuatan itu adalah haram secara sepakat para ulama'. Demikianlah juga (hukumnya) jika bersama-sama perempuan tersebut seseorang yang mereka tidak berasa malu dengannya disebabkan kecilnya dia seperti seorang kanak-kanak lelaki berusia dua atau tiga tahun dan seumpamanya maka kewujudan anak tersebut sama seperti tidak ada orang.” [Rujuk: Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (9/109)]

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami kemukakan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

جَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَخَلاَ بِهَا فَقَالَ ‏وَاللَّهِ إِنَّكُنَّ لأَحَبُّ النَّاسِ إِلَىَّ
“Seorang perempuan dari kalangan Ansar telah datang kepada Nabi SAW lalu baginda berkhalwat dengannya (dari sudut baginda mengajak perempuan tersebut ke tepi). Lalu baginda bersabda: “Demi Allah sesungguhnya kamu (golongan Ansar) merupakan manusia yang paling aku sayang.” [Riwayat Al-Bukhari (5234)]

Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari di bawah bab ‘Keharusan seorang lelaki untuk berduaan dengan seorang perempuan dalam keberadaan ramai orang’. Manakala Imam Ibn Battal pula mengongsikan faedah fiqh yang diperoleh dari hadith ini yang menyebut: “Tidak mengapa bagi seorang yang ‘alim dan juga seorang lelaki yang dikenali dengan kesolehan untuk berduaan dengan seorang perempuan di suatu sudut berasingan di sisi orang ramai, lalu perempuan tersebut dapat menceritakan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya serta bertanyakan perkara-perkara peribadi yang dihadapinya dalam isu agama.” [Rujuk: Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (7/360)]

Hadith di atas jika diteliti dari sudut keadaan dan situasi, Rasulullah SAW pada asalnya bersama dengan beberapa orang yakni baginda tidak bersendirian. Kemudian datang seorang perempuan dari kalangan Ansar kepada baginda SAW. Ini jelas berdasarkan kata-kata Anas bin Malik فَخَلاَ بِهَا iaitu kemudian baginda pergi ke satu sudut kawasan dan berduaan bersama perempuan tersebut. Hal ini dibenarkan kerana Rasulullah SAW dan perempuan tersebut masih dapat dilihat oleh orang ramai pada ketika itu meskipun mereka tidak mendengar secara keseluruhan apakah yang diperbualkan antara baginda dan perempuan itu.

Manakala Imam Ibn Hajar al-Asqalani pula berkata: “Tidak boleh bersendirian dengannya (orang perempuan) dari sudut peribadi mereka terhijab dari pandangan orang ramai. (Sekiranya orang ramai dapat melihat mereka maka boleh untuk mereka berdua bersendirian). Begitu juga (dibolehkan bersendirian) meskipun orang ramai tidak mendengar perbualan mereka, sekiranya yang dibualkan itu merupakan suatu perkara yang orang perempuan itu rasa malu untuk menyebutnya di hadapan orang ramai.” [Rujuk: Fath al-Bari, Ibn Hajar (9/333)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan di atas kami menyatakan bahawa hukum berduaan antara instructor (pengajar) lelaki dan murid perempuan atau sebaliknya di dalam kereta semasa kelas latihan memandu adalah dibolehkan. Ini kerana di dalam kawasan latihan memandu tersebut terdapat orang ramai yang boleh melihat ke arah mereka berdua. Demikian juga sekiranya sulit untuk memilih guru-guru yang sama jantina sebagai tenaga pengajar dalam keadaan kekurangan tenaga pengajar atau seumpamanya.

Meskipun begitu, kami menyatakan bahawa perlulah dijaga batasan pergaulan semasa dalam kenderaan tersebut, dari sudut tidak dibenarkan mengadakan persentuhan tanpa sebab dalam keadaan tersebut. Hendaklah kita sebagai Mukmin yang takut kepada Allah untuk sedar dan merasai bahawa Allah SWT Maha Tahu dan Maha Melihat ke atas setiap perbuatan yang kita lakukan.

Kami juga mencadangkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan, sekiranya ada ruang untuk dibenarkan kepada pelajar memandu perempuan untuk membawa rakan atau mahram semasa dalam proses pembelajaran, nescayalah ini lebih baik serta menepati tuntutan syarak.

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/berduaan-dengan-pengajar-ketika-latihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengangkat Takbir Ketika Rukuk Dan I Tidal Adakah Diwajibkan

Mengangkat Takbir Ketika Rukuk Dan I Tidal Adakah Diwajibkan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 373 hits
SOALAN Saya melihat pelbagai cara masyarakat kita mendirikan solat Contohnya ketika hendak rukuk ada yang mengangkat untuk takbir dan ada yang tidak melakukannya Begitu juga ketika i tidal Kadang kadang ada yang mengangkat tangan pada satu ...
Adakah Isteri Dianggap Nusyuz Apabila Memohon Fasakh Kerana Pada Suami Terdapat Aib

Adakah Isteri Dianggap Nusyuz Apabila Memohon Fasakh Kerana Pada Suami Terdapat Aib

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 246 hits
SOALAN Adakah isteri dianggap nusyuz jika memohon fasakh dalam keadaan suami yang terdapat aib JAWAPAN Kami akan bahaskan konsep nusyuz seorang isteri serta perkara yang membolehkan fasakh bagi merungkaikan persoalan berkaitan tanggapan nus...
Adakah Cecair Kekuningan Dianggap Haid

Adakah Cecair Kekuningan Dianggap Haid

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 422 hits
SOALAN Saya mengalami haid bermula darah kekuningan yang sangat sedikit Dan kadang kadang ada hari tidak keluar Seterusnya diikuti darah merah yang banyak kemudian berkurang sehingga habis hari Sebelum ini bermula darah merah selama 9 10 ha...
Harga Buat Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal 2020 Terkini

Harga Buat Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal 2020 Terkini

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 556 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 30 Disember 2019 jam 03 47 PM Berikut adalah harga bayaran keseluruhan Pembelajaran dan Latihan utk mendapatkan
Buku Nota Dan Latihan Target A Al Adab Wa Al Balaghah Spm Kbd Kbt Edisi 2020

Buku Nota Dan Latihan Target A Al Adab Wa Al Balaghah Spm Kbd Kbt Edisi 2020

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 3812 hits
BUKU TARGET A Nota Efektif Dan Latihan IntensifAl Adab Wa Al Balaghah SPM KBD KBTEdisi 2020Buku ini dilengkapi dengan 1 NotaNota Al Adab Wa Al Balaghah berpandukan buku teks tingkatan 4 dan 5 yang disertakan dengan baris2 LatihanLatihan ber...
Pelajar Tingkatan 4 Nyaris Buta Anak Panah Tertusuk Mata Waktu Latihan

Pelajar Tingkatan 4 Nyaris Buta Anak Panah Tertusuk Mata Waktu Latihan

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 2564 hits
SUNGAI PETANI Seorang pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun nyaris buta apabila tertusuk anak panah ketika menjalani latihan memanah untuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Kedah Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asist...
Ppsmi Kemudahan Latihan Guru Luar Bandar Belum Sempurna

Ppsmi Kemudahan Latihan Guru Luar Bandar Belum Sempurna

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 254 hits
BANGI 11 Jamadilakhir 1441H Rabu Akses kemudahan pembelajaran dan pelatihan guru guru di sekolah luar bandar masih gagal disediakan dengan sempurna oleh kerajaan Demikian tegas Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia Ustaz Mohd Azizee Has...
Ahli Perniagaan Memandu Dalam Keadaan Mabuk Langgar Pintu Kaca Bank

Ahli Perniagaan Memandu Dalam Keadaan Mabuk Langgar Pintu Kaca Bank

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 401 hits
Bukit Mertajam Seorang ahli perniagaan yang memandu dalam keadaan mabuk melanggar cermin kaca pintu hadapan sebuah bank di Jalan Kampung Baru di sini ketika ingin memarkir kereta jenis Toyota Hilux untuk ke sebuah kedai serbaneka di situ te...
Pemandu Memandu Melawan Arus Di Susur Keluar Nilai Merempuh Empat Kenderaan Sekaligus 4 Cedera Seorang Maut

Pemandu Memandu Melawan Arus Di Susur Keluar Nilai Merempuh Empat Kenderaan Sekaligus 4 Cedera Seorang Maut

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 458 hits
Semalam terjadi sekali lagi kemalangan membabitkan pemandu mabuk di Nilai yang menyebabkan kematian orang lain yang tidak berdosa Sudah terlalu banyak kemalangan sebegini sejak kebelakangan ini Sumber Menurut kajian dari Malaysian Institute...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah