Adakah Blog Masih Relevan Pada Tahun 2024 Dan Seterusnya
Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Adakah Blog Masih Relevan Pada Tahun 2024 Dan Seterusnya? | Apa pendapat korang? Any ideas boleh komen yea... Lama tak share pasal isu blog di sini. Bila tengok pageviews sendu... Tetiba persoalan tersebut ligat bermain di otak ni. 😂
First things first... Sendu ke tak, semangat nak berkongsi cerita itu tetap ada. Fiza berblog sejak tahun 2011... Sekarang dah masuk pertengahan tahun 2024. Lebih kurang 14 tahun dah... Tapi masih lagi setia dengan dunia blog, walaupun ada masa mood untuk bercerita tu kelaut... Bila dah kelaut dan tak update tu... Faham-faham jelah ye. Tapi, bila mood dah ok balik... Kita start balik. Sebab Fiza memang minattt sangat dengan blog, biar pun banyak dunia medsos yang lain muncul dan famous... Tetap bertahan di sini.
Pernah try buat youtube, tapii itu bukan minat Fiza. Macam rasa terpaksa pulak bila berdepan dengan kamera. Haha... Sudahnya tak menjadi. Alih-alih balik semula ke blog. Nak buat macam mana... Kan?. Kalau sesuatu tu bukan yang kita minat... Feel nak membuatnya tu confirm! Takde 'jiwa dan rasa'. Betul tak? Sudahnya... Hasil punn bagai melepaskan batuk di tangga.
Hurmmm...
Berbalik kepada point utama.
Kalau tanya Fiza, still relevankah dunia blog sekarang ni? Jawapan Fiza secara peribadinya... Yup! Masih lagi relevan.
Kenapa?
Sebab... Blog masih sangat diperlukan dalam era digital sekarang ni, kerana... Pertama, Fiza percaya pasti masih ramai yang menggunakan mesin carian untuk mencari maklumat. Kalau seo mengena, secara tak lansung ianya akan mengarah kepada konten yang kita buat. Bonuslah buat mereka yang terror bab-bab SEO. Kalau Fiza, adoiii... Tak kuasa dah nak kejar SEO, algorithm semua tu. Boleh jadi tertekan dibuatnya.
Apa yang penting...
Sekarang ni, try to update sepanjang masa... Walaupun, kadang-kadang ada masa kita tak update pun. Kan? Adat manusia la, ada ketika rajin... Ada ketika malas. Semua tu normal. Raikan je. Apa yang pasti kena jugak update... At least, sekali dalam seminggu.
Tapi percayalah, selagi ada pengguna mesin carian... Blog tetap relevan. Pasal pendapatan tu, serahkanlah kepada pemberi rezeki. Kalau dah rezeki, tak ke mana jugak. Apa yang penting, jangan rasa terpaksa dan putus asa. Tu je tips nak maintain dalam dunia blogger.
Kalau rasa nak dapat income cepat, tu... Fiza tak tahu nak komen macam mana. Lain orang lain keperluan, lain orang lain pandangan. So, semuanya terpulang kepada pemikiran masing-masing.
Pendapat kedua pulak...
Pada Fiza... Blog masih lagi diguna pakai dalam bidang pengiklanan. Ada je syarikat yang upah blogger untuk promote produk mereka. Cumanya, ramai yang tak nak berkongsi secara umum mengenainya. Itu jugak salah satu faktor mengapa blog masih relevan...
Actually, Di blog... Kita boleh bercerita secara details tentang sesuatu produk walaupun hakikatnya bersaing dengan media sosial yang lain. Kekadang ada manusia tak puas dengan info secara visual atau audio tauu... Nakkk jugak membaca maklumat yang panjang berjela. Baru puasss... Pendek kata, blog pun ada pengikutnya yang tersendiri. Tu based on Fiza sendiri lah ye... Di mana lebih suka baca maklumat di blog daripada medsos yang lainnya.
Siapa macam Fiza? Kita geng... 😜🤭
Rasanya, tu dua sebab palingg utama yang mengukuhkan pendapat Fiza bagi mempertahankan blog sebagai medium yang masih relevan sampai sekarang untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna. Apa yang pasti, selagi mesin carian masih berfungsi... Selagi tula blog masih kekal relevan.
That it's. Tak mauu... Taip panjang-panjang, nanti jemu pulak korang nak baca. 🤭
Jadi, lain-lain sebab... Kalau korang ada pandangan, boleh komen di bawah ye.
Bye...
Notes : Maksud peribahasa bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja, tetapi tidak sampai selesai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2024/07/adakah-blog-masih-relevan.html