Adakah Bila Dalam Keperitan Baru Kita Tahu Menadah Tangan
Adakah Bila Dalam Keperitan Baru Kita Tahu Menadah Tangan ? | Assalammualaikum wbt. Sejenak untuk kita fikirkan adakah kita bersyukur bila mendapat rezeki dariNya. Pernahkan kita terfikir Allah swt sentiasa berikan rezeki kepada kita setiap hari tanpa kita sedar? Semoga coretan yang Umi catatkan dan diceduk dari kiriman kawan ni memberikan kita kesedaran dan membantu kita terus berterima kasih dan meningkatkan ketakwaan kepadaNya dan semoga kita terus menerima rezeki dan mendapat rezeki yang halal untuk kita dan keluarga kita.
Kisah menarik untuk dikongsi yang hampir setiap dari kita melaluinya, mungkin caranya tidak sama tapi masih tidak berbeza.
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen.Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya.Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Buat renungan para sahabat dan pembaca.
ALLAH sering menjatuhkan REZEKI (syiling), Rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita
ALLAH menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya
Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita
Segala puji bagi ALLAH SWT
91/140820
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2017/03/bagaimana-kita-berterima-kasih-dengan.html