Adakah Bersatu Hanya Dilihat Iklas Menyertai Mn Jika Muhyiddin Segera Melantik Zahid Hamidi Sebagai Tpm



Pengumuman Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu bersetuju menyertai Muafakat Nasional ternyata mengundang lebih banyak persoalan tentang keikhlasan berbanding keselesaan, khususnya buat UMNO
Meskipun ternampak mengalu-alukan hasrat itu, tetapi beberapa pemimpin UMNO secara terbuka membangkitkan soal keikhlasan Bersatu untuk bersama di dalam MN
Presiden UMNO, Zahid Hamidi berharap Bersatu dapat menunjukkan keikhlasan untuk bersama MN dengan tidak ada agenda lain di sebalik tabir berbuat demikian
“Kalau mahu berkongsi, berkongsikah dengan perkongsian sebenar. Kita tidak mahu ada agenda di sebalik tabir dan UMNO diguna sebagai batu loncatan
“Jangan main-main dengan BN dan MN. Bila telah nampak cahaya di hujung terowong makin terang, saya tidak mahu mana-mana pihak, masih hidup atau masih mati, terhegeh-hegeh mahu bersama BN,” katanya
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin juga membangkitkan soal keiklasan Bersatu
Kata bekas Menteri Besar Johor itu, Bersatu boleh menyertai MN, tetapi kemasukannya ke dalam gabungan itu janganlah pula digunakan untuk mendesak UMNO menyertai PN
“Menjadi sebahagian MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian daripada PN,” ujar beliau
Pemimpin veteran UMNO, Shahrir Samad turut membangkitkan beberapa persoalan antara yang tersurat dan tersirat di sebalik pengumuman Muhyiddin yang mengesahkan Bersatu akan menyertai MN tidak lama lagi
Ia dengan jelas bahawa Shahrir juga ada keraguan terhadap keikhlasan hasrat Muhyiddin itu
Namun, beliau mengingatkan Muhyiddin – “Demikian, PN sebagai suatu “Grand Coalition” bukanlah menepati kehendak akar umbi UMNO dan BN. PN adalah setakat hayat Parlimen ke-14. Pada PRU15 sudah tidak ada PN tapi adanya permuafakatan politik berasas kepada Piagam Muafakat Nasional.”Dalam pengumumannya semalam, Muhyiddin berkata, menyertai MN adalah pilihan terbaik buat Bersatu
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai MN yang mendokong PN sebagai gabungan besar atau the grand coalition
“InsyaAllah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin
Begitu pun, sementara kemasukan Bersatu dialu-alukan, majoriti dalam UMNO juga membangkitkan keikhlasan Bersatu bersama dengan MN
Bukan saja Zahid Hamidi, Khaled dan Shahrir yang ada perasaan demikian, malah dipercayai sebahagian besar pemimpin dan ahli UMNO juga berperasaan yang sama
Ini kerana sebagaimana yang diketahui umum, Bersatu ketika ini berada dalam kedudukan yang sangat lemah dan berpecah, berbeza dengan UMNO yang telah pulih serta bangkit semula selepas kekalahan dalam PRU14 lalu
Sekarang ini, masih adanya sokongan ahli kepada Bersatu dan Muhyiddin hanyalah semata-mata kerana parti itu berada dalam kerajaan dan Muhyiddin masih lagi Perdana Menteri
Jika tiada semua itu, mungkin boleh dikira dengan jari mereka yang sanggup terus berjuang dalam Bersatu
Lantaran itu, tindakan UMNO menuntut keikhlasan daripada Bersatu, sedikit sebanyak memang ada asasnya
Cuma, bagaimana untuk mengukur dan menilai keikhlasan Bersatu itu
Adakah Bersatu akan dilihat 100 peratus ikhlas untuk bersama MN jika Muhyiddin segera melantik Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menggugurkan semua kes mahkamahnya
Tetapi sebelum itu, ketika Zahid Hamidi mengumumkan UMNO tidak akan menyertai PN di mana keputusan itu diambil hanya dua hari selepas Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan kemudian memaklumkan Bersatu dipelawa menyertai MN, adakah ia sesuatu yang benar-benar ikhlas

 (Shahbudindotcom 16/08/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/adakah-bersatu-hanya-dilihat-iklas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Tinggal Hanya Muhyiddin Dan Orang Yang Ada Kepentingan Dalam Bersatu

Bakal Tinggal Hanya Muhyiddin Dan Orang Yang Ada Kepentingan Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 288 hits
TREND KELUAR PARTI JADIKAN BERSATU LEBIH MENGECIL TERUS JADI MANGSA BULI UMNO Shahbudin Husin Sebaik saja Tun Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru petang semalam ternampak sudah ramai mula membuat keputusan meningg...
Bersatu Veep Downplays Exodus Says Most In Selangor Back Muhyiddin

Bersatu Veep Downplays Exodus Says Most In Selangor Back Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 245 hits
A majority of Selangor Bersatu divisions support party president Muhyiddin Yassin assured vice president Abdul Rashid Asari This comes after Klang Kuala Selangor and Jeram Bersatu leaders the party earlier this month The defections followed...
Bersatu Silent Muhyiddin Beats Noisy Mahathir Again

Bersatu Silent Muhyiddin Beats Noisy Mahathir Again

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 387 hits
For now Muhyiddin seems to be riding high against the grandmaster Dr Mahathir Yes the silent Muhyiddin beats the noisy Mahathir again and again His Perikatan Nasional alliance seems to be scoring many successes against Pakatan Harapan Howev...
Hakikat Mengapa Ahli Ahli Parlimen Bersatu Pkr Dan Pan Ingin Menyertai Muafakat Nasional Menjelang Pru 15

Hakikat Mengapa Ahli Ahli Parlimen Bersatu Pkr Dan Pan Ingin Menyertai Muafakat Nasional Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 455 hits
Oleh Isham JalilHari ini ada ura ura bahawa beberapa pemimpin Parti Amanah Negara akan menyertai Muafakat Nasional Parti Bersatu juga telah membuat keputusan untuk menyertai MN minggu lepas Seorang menteri Bersatu berkata bahawa ada kemungk...
Muhyiddin Hargai Pimpinan Pas Sambut Baik Bersatu Sertai Mn

Muhyiddin Hargai Pimpinan Pas Sambut Baik Bersatu Sertai Mn

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 285 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi ...
Bersatu Hanya Mahu Tumpang Jentera Umno Pas Dakwa Ahli Umno

Bersatu Hanya Mahu Tumpang Jentera Umno Pas Dakwa Ahli Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 412 hits
PRU14 Bersatu tumpang jentera PKR DAP dan Amanah Kali ini mereka bersungguh dengan Muafakat Nasional pula sebab nak tumpang jentera UMNO BN dan PAS sebab itulah beriya iya mereka mahu Muafakat Nasional Plus Sama juga di Sabah bersungguh mer...
Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 282 hits
Majoriti bahagian Bersatu di Selangor menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin kata naib presidennya Abdul Rashid Asari Ini selepas pemimpin Bersatu bahagian Klang Kuala Selangor dan Jeram keluar parti awal bulan ini Tindakan keluar parti ...
Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Langkah bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pimpinan parti bergabung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Perikatan Nasional adalah untuk menyelamatkan negara Ketua Pemuda Negara Afif Bahardin berkata ia ...
Muhyiddin Accepts Invitation For Bersatu To Join Muafakat

Muhyiddin Accepts Invitation For Bersatu To Join Muafakat

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 242 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin has officially accepted an invitation for the party to join Muafakat Nasional according to PAS secretary general Takiyuddin Hassan Takiyuddin said Muhyiddin had personally responded to the invitation lette...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm