Adakah Benar Minum Air Suam Boleh Membunuh Virus Covid 19


Selepas wabak Covid-19 mula merebak, telah timbul banyak cakap-cakap mengenai pengambilan air suam dikatakan sangat penting untuk membunuh virus korona baharu, Covid-19, ini di dalam tubuh badan kita.

Minum Air Suam Untuk Bunuh COVID-19 Adalah Mitos Semata - Dr Amalina

Kepercayaan ini mungkin timbul daripada satu pesanan bergambar yang tular di Twitter, yang dikatakan bahawa kita boleh melakukan diagnosis sendiri di rumah dengan cara menahan nafas selama 10 saat.

Jika berjaya melakukannya tanpa kesukaran, anda mungkin tidak dijangkiti wabak ini. Selain itu, pesanan tersebut juga mengatakan kita perlu memastikan mulut dan tekak kita sentiasa berada dalam keadaan basah. Oleh itu, disarankan untuk kita minum air suam sekali setiap 15 minit.

Alasannya, dikatakan virus ini dapat 'dicuci' dan akan jatuh ke dalam perut. Seterusnya, virus ini dipercayai boleh 'dibunuh' dengan kehadiran asid hiklorik yang terhasil secara semula jadi di dalam perut.

Malangnya, ini adalah salah satu mitos yang sangat mengarut!

Mitos ini telah mendapat perhatian dari pakar perubatan tanah air kita iaitu Dr Amalina Bakri kerana keprihatinannya dalam merungkai setiap mitos perubatan yang timbul.

Menurut beliau, ia bukanlah satu rekomendasi pakar perubatan dan tidak ada bukti di sebalik kenyataan ini.

Selain itu, beliau turut berpesan agar kita semua hanya mengikuti pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahaja.

"Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di kaca televisyen nasional, tips ini adalah mitos semata-mata. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk dan bersin, duduk rumah serta amalkan jarak sosial 1 meter," jelas beliau lagi.

Selepas Dr Amalina, Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang pakar sakit puan turut menafikan dengan sekeras-kerasnya akan keberkesanan mitos minum air suam untuk membunuh virus COVID-19.

Menurut beliau, tiada bukti yang mengatakan jika menelan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuhnya.

Ini kerana ia berada di dalam sel kerongkong dan hidup di dalam sel. Jadi, bagaimana pula ia boleh bergerak ke tempat lain melalui air suam?

Sebaliknya, beliau menyarankan agar mereka yang mengesyaki diri telah terjangkiti virus COVID-19 agar mendapatkan rawatan doktor serta mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelak daripada menjangkiti individu lain pula!

Jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19

Selain minum air suam, kita juga telah dihebahkan dengan mitos lain berkenaan air iaitu alkohol yang dikhabarkan juga boleh membunuh virus korona baharu ini seperti dilaporkan di Iran.

Menurut pakar perubatan tempatan, Dr Lee Boon Chye, tiada pengambilan cecair sama ada air suam, alkohol atau lain-lain yang boleh dijadikan cara berkesan untuk merawat atau mencegah virus COVID-19.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya basuh tangan, elakkan daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan guna topeng muka jika berada di tempat awam selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah sepanjang tempoh ini.

Dalam erti kata yang lebih mudah, orang awam diminta untuk jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19 dan membuat usul periksa dengan pakar terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting adalah, kita perlu sama-sama melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini dengan kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Akhir kata, bersamalah kita menjayakan aspirasi kerajaan untuk membendung penularan virus korona baharu ini dengan #stayathome.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
6 Waktu Paling Sesuai Minum Air PutihBagaimana Sabun Mampu Membunuh Covid-19?
sumber: hellodoktor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/04/minum-air-suam-boleh-bunuh-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Air Suam Dapat Singkirkan Covid 19

Minum Air Suam Dapat Singkirkan Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 591 hits
Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID 19 Kecoh sebelum ni bertebaran petua untuk mengubati atau pun mencegah wabak yang sedang mengganas iaitu COVID 19 dengan mengamalkan minum air suam berkumur dengan air garam atau cuka dapat singkirkan C...
Hasil Bedah Siasat Virus Covid 19 Dikesan Di Permukaan Badan Organ Dalaman Air Kencing Cecair Badan Mayat Kkm

Hasil Bedah Siasat Virus Covid 19 Dikesan Di Permukaan Badan Organ Dalaman Air Kencing Cecair Badan Mayat Kkm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 320 hits
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat COVID 19 Bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342 Pen...
Penemuan Forensik Virus Ditemui Pada Permukaan Badan Organ Air Kencing Mayat Pesakit Covid 19

Penemuan Forensik Virus Ditemui Pada Permukaan Badan Organ Air Kencing Mayat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 463 hits
Penemuan Forensik Virus ditemui pada permukaan badan organ air kencing mayat pesakit COVID 19Hasil Bedah Siasat Virus COVID 19 Dikesan Di Permukaan Badan Organ Dalaman Air Kencing Cecair Badan Mayat KKMPenemuan Forensik Virus ditemui pada p...
Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan

Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan Biar betul minum air kosong pun boleh memudaratkan kesihatan Pok Ucu Seolah oleh tidak pecaya yang minum...
Bersih Dan Berkilat Ini Tip Deep Cleaning Bilik Air Yang Anda Boleh Cuba

Bersih Dan Berkilat Ini Tip Deep Cleaning Bilik Air Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 261 hits
Ramai daripada kita yang lebih memilih untuk membeli rumah secondhand kerana harganya yang murah tetapi selalunya banyak kerja pembersihan yang perlu dilakukan oleh anda Kerja pembersihan paling sukar sekali adalah membersihkan bilik air te...
Polis Boleh Minta Bil Letrik Air Untuk Sahkan Alamat

Polis Boleh Minta Bil Letrik Air Untuk Sahkan Alamat

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 362 hits
Polis boleh meminta bil elektrik dan air untuk mengesahkan seorang individu dalam perjalanan jarak radius 10km dari tempat kediamannya kata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Jurucakap Ismail Muslim memberitahu sidang media sekatan baru b...
Gara Gara Air Suam Covid 19 Ph Tak Tahu Mana Yang Utama Kutuk Aje Yang Mereka Tahu Langsung Tak Membantu Rakyat

Gara Gara Air Suam Covid 19 Ph Tak Tahu Mana Yang Utama Kutuk Aje Yang Mereka Tahu Langsung Tak Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 274 hits
BILA menteri mungkin tersalah cakap agar banyak minum air suam bagi menangani COVID 19 heboh satu dunia sedangkan banyak lagi perkara lebih penting untuk dibincangkan dalam berhadapan wabak ini Bukan main lagi ultra kiasu mengkritik dan men...
Tips Menang Di Gudangtoto

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini

Filem Martabat Misi Berdarah

Lepak Mengopi Beramai Ramai Di Koffie Jln Mentol

Nak Ketupat Tahan Sampai Esok Elak 6 Kesilapan Ini Waktu Masak

Pasaran Menyedari Bahawa Wang Bukan Segalanya